Bab 56

345 66 11
                                    

Boleh dengar lagu ni masa baca chapter ni...

________________
Nakhon Si Thammarat, Thailand

Aku siapkan lauk ikan khengsom sebagai juadah makan malam untuk aku, Ta, Sahiran dan Lung Norman. Selepas ketiadaan Yay, aku tengok dapur semakin huru-hara dan aku tak salahkan sesiapa untuk itu.

Ta jarang memasak. Aku tak pasti samada dia tahu hatta untuk masak simple dishes pun. All the years, semuanya arwah Yay yang sediakan untuk dia. Jadinya selepas perginya Yay, it's either Ta beli kedai or Wen jiran kami yang hantarkan makanan.

Lung Norman seperti kita tahu, ada kedai makan sendiri yang dia kena uruskan. Sahiran pun dah sambung belajar dan mujurlah aku balik ni, dia ada kat rumah tu.

Suasana makan malam terasa sunyi apabila Yay tiada bersama kami. Biasanya ada sahaja topik yang dia ingin bincangkan bersama kami semua. Kalau tak pun, dia akan usik Lung Norman tuk cari isteri seorang lagi di selatan Thailand.

"Razif, toksah basuhlah. Hang dah masak tadi tu, biaq Iran jelah basuh pinggan tu."

"ไม่แปนไร่นะลุง. Lagipun bukan Razif ada kerja lain pun."

Dia pun akur sahajalah dengan aku. Habis membasuh pinggan, aku turun ke luar rumah dan duduk di atas sebuah pangkin memerhatikan bintang malam. Memang malam itu nampak lebih banyak bintangnya dari sebelum ini. Mungkin juga kerana siang tadi di sini hujan.

Maybe that's life. Kau takkan nampak bintang pada malam yang mendung. Siang tadi, bumi Nakhon Si Thammarat ini bagaikan disimbah dari langit dan sekarang bukan main terang lagi bukan dan bintang. Sepertimana kehidupan, begitu jugalah lumrahnya.

Setakat ini, Haydar tak ada menghubungi aku langsung. Elok jugalah. Kedua-dua kami memang perlu,an masa untuk bertenang.

Aku tak nafikan yang aku sangat rindukan dia. Tak pernah terfikir bagaimana hidup aku tanpa dia di sisi selama ini. Aku tak tahu bagaimana untuk hidup tanpa dia.

Gambar dia masih menjadi wallpaper phone aku. Tak pernah berubah sekali pun. Senang nak tengok bila rindu ke apa ke?

Video-video dia menyanyi aku tengok untuk menghilangkan rasa rindu yang semakin menebal ini. Ada airmata yang bergenang tapi aku cukup kuat untuk tidak membiarkannya jatuh.

(Perbualan dari sini telah diubah bahasa dari Bahasa Thai)

"Hai, Razif." Seseorang menegurku. Aku mengangkat muka dan melihatnya ia adalah rakan sekolahku, Wen. Suwensila Ratchamporoong (ซุแวนสีลา รชําโปรูง). Aka kekasih lama.

"Hai, Wen. Seorang je ke?"

"Lebih kurang. Tadi pergi hantar bekas makanan kat rumah Lung Tsada. Isteri dia hantar lauk tengahari tadi. Balik dari rumah dia tadi nampak awak tengah duduk seorang..." Dia menunjuk ke arah tempat kosong sebelah aku. "Boleh saya duduk sekali?"

Aku anggukkan untuk soalannya itu.

Compare dengan almost sepuluh tahun dulu, dia sememangnya cantik. Memang bodoh aku tinggalkan dia untuk pergi kat Nasha dulu but then I was like what, 16&17? Of course aku bodoh gila time tu.

"Awak buat apa duduk kat luar ni?"

"Takde buat apa. Saja tengok bintang."

Aku perasan yang dia sedang ralit memandang aku. Aku diamkan saja takut nanti dia malu.

HaydarRazif 3 Tahun Kemudian... (Razif Haydar 3)Where stories live. Discover now