Bab 43

316 65 11
                                    

Di tangan Haydar ada sebuah beg plastik yang aku assume dalamnya adalah makanan dan di tangan sebelah lagi adalah sejambak bunga. Memandang aku dan Haydar, dia nampaknya terpempan dengan apa yang dia lihat.

"Hai, Razif." Dia mendekat dengan katilku. Dia letakkan plastik makanan tu dan bunga itu diberikan kepadaku. "Hai, Fahrin."

"Hai, Abang Haydar."

"Fahrin dah makan dah?"

"Dah. Baru lepas dengan Abang Razif."

Haydar mengangguk tersenyum. Dia memandangku sekilas sebelum kembali memandang Fahrin.

"Abang drop by sekejap je. Nak balik dah pun."

Mendengarkan itu, secara tak sedarnya aku terpegang tangan Haydar dan hal itu turut disedari oleh Fahrin. Dia berundur dua langkah dari katil aku.

"Abang Razif, Fahrin turun bawah kejap. Nak call orang." Fahrin berkata seraya pergi meninggalkan aku dan Haydar berdua di dalam bilik wad itu.

Melihat Haydar, ada beberapa perkara yang sudah bertukar sedikit tentang dia. Dia macam dah kurus sikit, nampak cengkung as well as rambut dia macam messy sikit. Tapi dia maintain shaven and wangi as always.

Dia duduk di atas katil itu di sebelahku. Tangannya seperti hendak menyentuh aku tapi mungkin teringat akan status kami, dia terhenti niatnya itu.

"Haydar... dah makan?" Of all question, Razif. Of all.

Dia tersenyum seraya mengangguk.

"Kenapa datang?" Again, Razif! Of all you could've asked.

"Sebab aku care lagi pasal kau even kau dah tak kisah pasal aku."

"Tak pernah cakap pun aku tak kisah pasal kau." Aku membalas shady commentnya itu.

Dia senyum.

"I'm sorry for what I did. Aku tahu aku tak patut tampar kau masa tu. Aku patut explain what happened between me and Filzah as well."

Aku diam sahaja. Sebenarnya dia tak perlu kata apapun. Melihatkan wajahnya sahaja, hatiku sudah terubat.

"Dan for what happened masa aku tumbuk muka Fahrin tu, aku minta maaf jugak. Aku tak tahu yang dia tu penting not even just for you but for the sake of the band jugak."

"Aku tak marah kau sebab kau tumbuk dia tapi it's related jugaklah."

"Maksud kau?"

Aku tak memandang dia ketika aku berkata, "Kenapa kau kena tumbuk dia? Dia tak salah pun. Kalau betul kau marahkan dia sebab aku decide to go with him, then tumbuklah aku."

"Why would I hurt you?"

Aku menjeling dia. "You slapped me and you asked that question?"

Dia ketawa kecil. "Sorry, I shouldn't laughed."

Jujurnya, aku rindukan tawa kecil itu. Kali ini dengan sedar, aku raih tangannya itu. Tak sehangat yang aku pegang dulu tapi mungkin juga, aku menipu diri sendiri. Or mungkin benda itu bukan lagi kemungkinan.

"Razif, aku rindu kau."

Cakap sajalah Razif yang kau pun rindukan dia. Kau rindukan dia, then cakap sajalah.

"Tak payahlah rindu aku. Buat penat kau je."

"Aku pernah tunggu kau dua tahun untuk suka aku balik. Apalah sangat nak tunggu kau untuk sukakan aku balik once again."

"Sama jelah dengan dulu pun. Kau tunggu tapi tak pernah nak datang kat aku show some effort pun."

"Because I'm waiting for the right time to do it. Just like now."

KAU NAK TIPU DIRI KAU APA LAGI, RAZIF?! "Tapi kau tahu yang aku dah ada Fahrin kan?"

"Dengan Natalie dulu pun sama je."

"Haydar..." Aku memanggil namanya perlahan. "Rehatlah. Ya, aku maafkan kau tapi at what cost? Kau korbankan perasaan kau lagi untuk aku?"

"Dah tu apa bezanya? Razif, percayalah cakap aku ni. Tak pernah sehari pun aku hidup lepas dengan kau, aku tak fikirkan pasal kau. Everyday after you came is all about you."

"Maybe you can stop make your life revolves about me. It's your life after all."

Dia senyum sahaja sebelum menyentuh tanganku. A moment of realisation hits him mungkin membuatkan dia menarik semula tangannya itu.

"Kau tak rindu aku ke, Razif? Sikit pun?"

RINDU SANGAT, HAYDAR! RINDU SANGAT SANGAT!

Tapi tak. Aku seorang yang bodoh jadi apa yang aku cakap adalah, "I miss the memories. The things we used we to do together. Not sure if I ever miss you."

Dia tersenyum lagi. "Cepatnya, Razif. Then tell me how to do it like you. I really would appreciate it."

Aku harap aku tahu, Haydar. Tapi tak. Aku Razif Haydar, seorang penipu diri sendiri.

"Razif, regardless whatever you said, aku tetap dan akan sentiasa cintakan kau, Razif sayang. Percayalah."

"Selamanya?"

"Yes, I am. Aku menyesal dengan apa yang aku buat. Mungkin kata-kata tak cukup untuk aku buktikan yang aku sanggup berubah to be a better person but trust me, I will. Aku tahu aku bukan boyfriend terbaik one can ever dreamed tapi just so you know, I have been always trying to be the best for you."

Aku masih memandang dia. Best believe mata aku dah bergenang.

"Tapi kalau itu yang kau minta, aku nak kau doakan aku satu benda. Doakanlah aku dapat cari hati yang baru untuk aku kejar macam mana kau dapat Fahrin. Sebab aku dah terbiasa dengan kau, aku tak tahu macam mana nak mulakan dengan orang lain."

"Haydar..."

"Aku tahu, aku memang tak pernah layak untuk dapat kau. Kau ada muka yang handsome, suara yang sedap, perangai pun baik. Aku ni siapa je. Dahlah among adik-beradik pun, aku yang paling underdog sekali. Clearly, dia yang layak untuk kau."

"Tapi, Haydar..."

"Razif, janji dengan aku. Please stay happy, okay. Sebab like I said before and I will always say, your happiness is my happiness. Maafkanlah aku untuk segalanya..."

Fahrin masuk ke bilik wad itu dan memandang kami berdua sebelum melangkah untuk keluar. Langkahnya itu dihentikan oleh Haydar.

"No need. Fahrin, ingat pesan Abang ni. Jaga Abang Razif baik-baik tau. Fahrin lebih layak dapatkan dia daripada Abang. I failed as a boyfriend and maybe you can do the job better."

Dia berlalu pergi dari bilik wad itu. Pergi sahaja dia keluar, air mata aku mengalir laju membasahi pipi. Tak mampu diempang langsung tangisan itu.

Puas sudah hati kau, Razif? Puas dah menipu diri sendiri? Now siapa yang rugi, Razif? Kaulah yang bodoh, Razif. Memang kau ni layak pun kena tampar dulu tapi ingatkan bijak rupanya sama saja bangang tu.

"Abang..." Fahrin memanggil. "Apa yang Abang dah buat?"

Aku tidak ada jawapan untuk itu. Sial kenapa semua ni complicated sangat?!
------------------------

Let's use this as a 'pukul Razif' button! Siapa yang pernah ada dalam posisi Razif tapi korang pandai sikit mungkin?

Drop your thoughts on comments yall and vote jugak! Vote makin turun ya last update! Tengok dapat tak 45 votes!

HaydarRazif 3 Tahun Kemudian... (Razif Haydar 3)Where stories live. Discover now