Julai 2019
—
Setelah selesai mencuci pinggan mangkuk dan membersihkan singki, Erina mengelap tangannya yang basah dengan kain lap. Dia menuju ke ruang tamu dan menghempaskan punggung di atas sofa. Penat. Tak dinafikan yang kerja dia amatlah penat tetapi gaji juga lumayan.
Dia tidak mencuba untuk menghubungi mana-mana ahli keluarganya kerana ibunya telah berpesan kepadanya. Surat yang diterima tempoh hari sangat tidak dijangka. Surat daripada ibunya yang mengingatkan Erina supaya jangan sesekali berhubung dengan orang-orang di Malaysia. Seolah-olah dia telah dihalau walaupun ibunya menulis yang ini semua untuk keselematan diri dia sendiri. Dia mengeluh.
"Erin, saya keluar jap nak jumpa kawan. Nanti ada orang hantar barang saya tau, tolong ambilkan ok?" kata Chaerim selepas memegang bahu Erina lalu terus keluar dari situ. Erina mengurut dahinya dan berura-ura untuk tidur namun bunyi notifikasi daripada telefon mengganggunya.
(erinaleya): aniqshr : hai 👋🏻
Erina menggosok matanya bagi memastikan apa yang dilihatnya sekarang adalah benar dan bukan mimpi. Bekas teman lelakinya mesej dia! lama Erina berfikir sama ada perlu balas atau tidak. Akhirnya dia membalas
erinaleya : hai?
aniqshr : ingat lagi tak ni? ke dah lupa?
"Dia ingat aku ini jenis yang susah nak move on ke apa?" Erina berdecit.
erinaleya : ingat. aniq. budak kelas pandai yang ramai peminat.
aniqshr : haih takpelah. nak nombor rin boleh?
Oh ' rin ' nama panggilan manjanya sewaktu zaman bercinta dahulu. Erina mengangkat bibir atas kanannya apabila Aniq meminta nombornya.
erinaleya : nak buat ape? tak perlu kot
aniqshr : PLEASEEE🙏🏻🙏🏻
Malas nak panjangkan cerita, Erina akhirnya memberi nombor telefonnya kepada Aniq.
aniqshr : okay thank u rin comel! aniq ada kerja ni nanti kita sambung bye!❤️
Erina menutup telefonnya dan bersandar dengan malas. Dia membuka televisyen dan menonton apa yang ditunjukkan. Setelah 10 minit, loceng pintu berbunyi dan Erina terus ke arah pintu lalu membukanya.
Sepi. Mereka berdua tidak mampu untuk berkata apa-apa. Sepasang mata Erina tidak terlepas merenung orang di depannya sekarang. Tak. Tidak mungkin.
"Erina Aleya? Rin?" soal Aniq tidak percaya. Dia tersenyum gembira sehingga menampakkan gigi putihnya. Nasib baik Erina sudah move on. Boleh percaya ke Erina ini? jawapannya tidak.
"Mana barangnya? bak sini" Erina cuba untuk mengambil beg kertas di tangan Aniq tetapi tidak tercapai apabila Aniq mengangkat tangannya. Tau lah dia ini pendek huh.
"Bagitahu kenapa awak ada dekat sini dahulu" kata Aniq menyebabkan Erina mengeluh. Lelaki di hadapannya tidak layak untuk mengetahui masalah keluarganya sekarang.
"Lain kali okay? esok saya kerja nak kene tidur awal tolong lah" cebik Erina. Kalau boleh nak je tumbuk muka si Aniq ini. Eh sanggup ke Erina? hensem tu. Aniq menyerahkan barang di tangannya kepada Erina.
"Awak dah janji eh saya tunggu" kata Aniq sambil jari telunjuknya ke arah Erina. Erina menjeling lalu terus menutup pintu. Kenapa dalam ramai-ramai lelaki, bekas kekasihnya juga yang dia jumpa. Kenapa tak Tom Holland ke? Erina mengeluh seraya meletakkan barang Chaerim di atas meja makan lalu berlalu ke biliknya untuk menunaikan solat isyak.
Setelah selesai, dia berbaring di atas katil dengan selesa. Erina masih tidak boleh untuk tidak berfikir tentang Aniq. Bukan sebab dia masih ada perasaan pada Aniq tetapi kenapa dia daripada lelaki-lelaki di dunia ini juga yang dia jumpa. Jodoh? Takdir?
Erina menampar pipinya."Tak payah stres-stres Erin! baik kau layan kdrama je lagi bagus!" jerit Erina bagi menghilangkan masalah di kepalanya sekarang. Laptop di ambil lalu dia memasang Hotel de Luna episode 8. Siapa yang ajar dia layan kdrama? siapa lagi kalau bukan Chaerim anak Kim. Dengan itu, masalah kehadiran Aniq dapat dilupakan sebentar.
TAKDIR
📌terpaksa published balik sebab wattpad ada problem sikit
YOU ARE READING
Takdir | KTH
Fanfiction"Kalau awak kata takdir kita memang dah ditetapkan sebelum kita lahir lagi, macam mana pulak dengan orang-orang yang bunuh diri tu?" - Taehyung "Takdir dan qada' qadar sama maksud. Qada' dan qadar terbahagi kepada dua. First, qada' dan qadar yang m...