2 ☾

299 22 1
                                    

malay/korean

Click!

Sejurus menutup pintu dan membuka kasut, Erina terus membuat lompatan pandelela rinong ke atas katil.

"Mashaallah sedapnya dapat baring!" Jerit Erina sambil memusingkan badannya ke arah siling. Tanpa sedar, dia sudah pun dibuai mimpi.

                                   Erina Aleya

Mata digosok dan perlahan-lahan dibuka. Jam di hand phone aku lihat.

"11:11"

Aku bangun dan duduk sambil menggeliat. Pastu termenung kejap 10 minit.

"Nak kene kerja ke ek? Dia orang bagi ke foreigner kerja? Ah serabut!"

Aku buka beg roda, ambil towel dan terus masuk bilik air. Daripada serabut memikir pasal kerja, baik aku berendam dalam bathtub pastu main buih yeay.

Tepat pukul 12 tengah hari, aku keluar dari hotel sebab laparre nak mampus. Tapi keluar depan hotel berdiri macam pokok. AKU MANA TAHU PASAL KOREA NI WOII HUWAA IBUUU.

Tiba-tiba ada orang terlanggar aku. Gedebuk!.
Wait macam drama melayu je HAHA.

"Aduh!" Sebenarnya takdelah sakit mana pun.

"Oh! Mianhae" dia hulur tangan dan ketika itu lah aku mendapati bahawa dia adalah seorang perempuan :)

                                           third

Erina menyambut huluran tangan wanita itu. Wanita itu tidak henti-henti menunduk kepadanya.

"It's okay I'm okay" kata Erina sambil tersenyum. Wanita itu pun menunjuk reaksi lega dan meminta diri.

"Wait!" Secara automatic Erina menjerit. Dia pun terkejut. Tapi bagus jugak sebab dia sangat terdesak sekarang ini.

"Uhm can I know your name?" Erina memberanikan diri.

"Kim Chae Rim imnida" sekali lagi Chaerim menunduk.

"Chaerim, do you know any halal restaurant here?"

"Follow me" Chaerim mengangguk sambil tersenyum. Matanya turut tersenyum. Badannya yang agak berisi ditutup dengan jacket yang tebal serta rambut perang separas leher membuatkan dia nampak comel di mata Erina.

                                           🥟🥟

Setelah memesan makanan, Erina dan Chaerim hanya mendiamkan diri sehingga lah Chaerim bertanya "what is your name?" dengan mesra.

"Erina Aleya. Just call me Erin" jawab Erina.

"Where are you from?" Soal Chaerim lagi.

"Malaysia" jawab Erina sambil dalam otak memikir tentang kerja.

"Wah! Betul ke?!" Mata Erina membulat. Terkejut yang Chaerim baharu sahaja berbahasa melayu.

Erina mengangguk sambil menyoal "a-awak tau cakap melayu?"

Chaerim tersenyum lebar dan berkata "saya belajar di KL 6 tahun"

Erina ternganga dan itu membuatkan Chaerim ketawa. Pada masa itu, makanan yang mereka pesan pun sampai dan mereka menjamu dengan selera.

Selepas makan, mereka banyak berborak tentang kehidupan sendiri seperti umur masing-masing. Chaerim yang nampak comel itu sebenarnya sudah pun berumur 29 tahun. Selain itu, dia juga ada ajar Erina beberapa adab panggilan di korea tetapi dia lebih selesa jika Erina memanggilnya seperti kawan sahaja.

"So, awak nak kerja la ni?"

Erina menjawab dengan anggukan.

"Hmm nanti saya try tanya boss saya ada kerja kosong tak. Tapi saya rasa ada je" Mata Chaerim tersenyum membuatkan Erina rasa tenang.

"Thank you Chaerim"

"It's okay lah um btw saya kene gerak sekarang ni. Nanti free awak chat la saya okay bye Erin" Chaerim bangun dan bergerak keluar restoran sebelum melambai ke arahnya. Erina terus tersenyum. Bersyukur kerana ditemukan dengan orang yang baik.

















                                      TAKDIR

Takdir | KTH Where stories live. Discover now