35 ☾

115 11 9
                                    

Flashback
__

"Kim Chaehyun, model terkenal di Korea Selatan. Am I right?"

Chaehyun yang sedang membelek baju di butik mewah itu mengangkat kepala apabila terdengar namanya disebut. Dilihat lelaki tampan berkulit tanned tersenyum ke arahnya. Lelaki itu tidak nampak seperti orang Korea.

"Ya, kenapa?" Chaehyun mengangkat kening. Tangannya disilang ke dada.

"Saya Faizal." Faizal menghulur tangannya. Teragak-agak Chaehyun untuk menyentuh lelaki itu.

"And I'm from Malaysia." sambungnya lagi apabila tangan mereka sudah berpisah.

Chaehyun hanya merenung wajah Faizal yang sedang tersenyum lebar sehingga menampakkan gigi putihnya. Senyuman lelaki itu sangatlah lembut. Sejuk mata memandang wajahnya yang tersenyum. Dia pasti, Faizal adalah seorang yang sopan dan terutama sekali, hormat wanita.

Dan itulah pertemuan pertama di antara Kim Chaehyun dan Muhammad Faizal Halim.

                                      ////

"Kamu dah gila ke apa?!"

Tengkingan ibunya tidak dipedulikan. Chaehyun terus membawa bagasinya turun ke bawah hingga ke pintu rumah di mana Faizal sedang menunggu.

"Chaehyun! aku haramkan kau ikut jantan tu!"

Faizal tidak terkesan malah selamba sahaja mengangkat bagasi besar itu diletakkan ke dalam bonet kereta. Chaehyun berpaling menghadap ibunya dengan wajah simpati.

"Omma, tolong benarkan Hyun cari kebahagiaan Hyun sendiri. Hyun merayu..." dengan itu, Chaehyun terus keluar daripada rumah dan terus masuk ke dalam kereta Faizal.

Chaerim yang baru pulang dari sekolah hanya melihat kereta yang berjalan keluar daripada halaman rumah mereka. Sempat dia bertentang mata dengan kakaknya. Chaerim tahu, kakaknya hanya mahu hidup dengan orang yang dia sayang kerana kakaknya selalu bercerita kepada dia.

Selesai membuka kasut, Chaerim masuk ke dalam rumah dan serta-merta matanya membulat.

"Omma!"

                                       \\\\

"Kenapa macam sedih je? tak suka ke kahwin dengan saya?"

Chaehyun tersentak sedikit apabila lengan suaminya, Faizal melilit di pinggang rampingnya. Ya, mereka sudah menjadi suami isteri yang sah. Dengan senang, Chaehyun menyandarkan kepalanya di dada bidang Faizal. Dia mengeluh.

"Omma dah meninggal." kata Chaehyun perlahan.

"So?" tanya Faizal dengan nada yang malas.

"Adik saya, Chae... dia nak duduk dengan siapa?" Faizal tidak membalas. Tiba-tiba, Chaehyun memusingkan badan menghadap lelaki itu lalu memeluk lehernya.

"Apa kata kalau dia duduk dengan kita?"

Terus berubah riak wajah Faizal apabila mendengar idea yang sangat 'bernas' itu. Chaehyun membuat muka simpati. Takkanlah suami dia yang baik ini tidak bersetuju dengan cadangan dia.

"No. Saya tak suka kalau ada orang ganggu privasi kita." kata Faizal dengan nada tegas. Lengannya yang melilit pinggang Chaehyun juga sudah longgar.

"But she still a kid."

"Kid? dia dah sekolah rendah dah pun. And one more thing, awak mesti akan lebihkan dia berbanding saya. Lagipun kita bukannya jauh pun dengan dia, satu negara jugak. Awak patut bersyukur sebab saya tak bawak awak tinggal kat Malaysia."

Takdir | KTH Where stories live. Discover now