November 2019
—
Selepas sahaja Aniq menelefonnya, Erina terus ke bilik untuk bersiap. Jujur dia kata, dia sudah mula perlahan-lahan untuk mencamtumkan semula hubungan yang dahulunya pernah putus.
"Ha nak pergi mana pulak tu?" tanya Chaerim dari dapur apabila Erina sudah membuka pintu. Chaerim berjalan ke arah Erina sambil merenungnya.
"Kan saya dah bagitahu tadi, saya nak pergi tengok wayang." jawab Erina sambil memilih kasut yang hendak dipakai. Akhirnya, dia hanya memilih converse high cut berwarna pink sahaja.
"Dengan siapa?" soal Chaerim lagi dengan nada tegas. Mood mak-mak sudah merasukinya.
"Kawan lama saya. Dia melayu jugak sooo jangan risau ya wahai Chaerimku." Erina terus berlari keluar selepas mengenyit mata kepada Chaerim.
"Jangan balik lambat!" Erina terdengar lagi pesanan Chaerim sebelum masuk ke dalam lif. Mulutnya tidak lekang daripada tersenyum. Dia sangat gembira sekarang.
Panggung Wayang
Selepas membuat bayaran untuk popcorn dan air, mereka masuk ke dalam panggung. Sambil-sambil itu, mereka hanya berborak dan bergelak-tawa. Saling tak tumpah seperti pasangan yang sedang bahagia dilamun cinta.
Selepas menjumpai nombor tempat duduk, Erina dan Aniq terus meletakkan punggung. Satu cawan air Coke yang dipegang oleh Aniq dihulurkan kepada Erina. Tiada sesiapa yang bersuara pada tika itu kerana iklan di skrin besar lebih menarik perhatian.
"Lepas ni Rin ikut Aniq tau." Aniq memulakan perbualan. Dahi Erina berkerut.
"Pergi mana?" walaupun dia tidak kesah, dia masih ingin bertanya. Tak kesah! Janji dengan Aniq sahaja. Dia percaya Aniq.
Aniq hanya tersenyum sebelum mengalihkan pandangan ke hadapan. Erina menganggap ianya satu kejutan daripada Aniq mungkin? Akhirnya, Erina juga turut menghadap ke hadapan semula apabila lampu mula ditutup menandakan cerita akan bermula.
Setelah habis, Aniq mengajak Erina makan di restoran halal berdekatan. Selepas memesan makanan, Aniq ke tandas sebentar. Erina pula hanya bermain dengan telefonnya. Ambil gambar pemandangan luar yang penuh dengan pejalan kaki. Ala-ala aesthetic gitu.
Tidak lama sehingga telefonnya berbunyi minta dijawab. Tertera nama si dia. Ya.
Dia yang dahulunya berada di tempat Aniq sekarang."Hello." jawab Erina acuh tak acuh.
"Erin..." sepi. Itu sahaja?
"Kenapa awak call? Oh! tiba-tiba bosan lepastu cari saya, kan Taehyung?"
Erina sendiri tidak tahu mengapa dia marah. Hatinya sakit apabila teringat dia langsung tidak dilayan oleh Taehyung. Rasa macam dia pulak tergedik-gedik nak attention. Mungkin juga kerana dia kecewa. Kecewa dengan perubahan drastik lelaki itu."Awak kat mana? Saya nak jumpa." Taehyung tidak ambil kesah dengan perlian Erina. Dia mengaku dia salah. Tetapi dia ada sebab sendiri. Apabila ditanya kepada Chaerim, katanya Erina keluar.
Erina diam. Kenapa waktu dia keluar dengan Aniq juga Taehyung ajak jumpa?"Saya kat luar ni, lain kali lah. Bye." Erina memutuskan talian apabila ternampak Aniq yang baru keluar dari tandas. Pada masa yang sama, makanan yang dipesan siap dihidang oleh seorang pelayan.
"Jom makan! Tapi baca doa dulu ya." Erina tersengih sebab dia awal-awal dah pegang sudu dan garfu. Aniq membaca doa lalu mereka terus mengisi perut yang kosong.
🌪🌪
"Kereta siapa yang Aniq pinjam ini? Dan kenapa Aniq tak cakap yang Aniq ada lesen?"
Soal Erina hanya dengan satu nafas.
Dia sangatlah terkejut apabila Aniq memberitahunya yang dia dah ada lesen.
Aniq meletuskan tawa."Jangan comel sangat boleh tak?" dia melihat muka Erina yang berkerut itu. Macam budak-budak sedang tanya ibu mereka dari mana bayi keluar? Hadoi lahhh.
"By the way, Aniq nak bawak Rin pergi mana pulak ni?" Erina memandang ke sebelah apabila tiada jawapan yang didengari.
Aniq cuma senyum segaris. Dia belum lagi memulakan perjalanan."Nah minum air ini dulu. Tadi lepas makan tak minum air kosong pun kan? Pasal tempat yang kita nak pergi ini, jauh sikit so Aniq nak Rin rehat dulu, okay?" jelas Aniq panjang dengan suara yang paling lembut. Agak terpesona lah Erina. Tapi boleh percaya ke Aniq ini? Mana lah tahu Aniq nak kurung dia ke? Macam dalam movie itu. Yang psycho itu.
"Rin tak percaya Aniq ke?" seperti tahu apa yang berada dalam fikiran perempuan itu,
dia bertanya. Botol mineral di tangan Aniq diambil lalu diteguknya. Erina tersenyum dan mengangguk sebelum Aniq memulakan perjalanan.🐍🐍
Erina membuka mata. Siling putih menerjah matanya. Kepala yang berdenyut ditekan sedikit. Dia cuba untuk bangun daripada katil tersebut. Wait what? Katil? Seperti terkena renjatan eletrik, dia terus bangun dan duduk.
Tiba-tiba jantung mula berdegup kencang. Saluran pernafasan juga seperti ada yang menghalang udara masuk. Aniq sedang duduk di atas sofa sambil bersilang kaki betul-betul menghadap ke arahnya.
"Saya kat m-mana ni?" tanya Erina dengan gagapnya. Dia harapkan jawapan positif seperti mereka kemalangan dan dia pengsan lalu dibawa ke rumah Aniq. Tetapi jawapan daripada Aniq jauh sekali dengan pemikirannya sekarang.
"Hotel." jawab Aniq selamba sambil menongkat dagu.
"Hotel? For what?" kini, pemikiran positif sudah diganti dengan pelbagai pemikiran negatif. Ya Allah tolong aku!
"Your dad want to see you." Aniq perasan riak wajah Erina berubah tetapi tidak diherannya.
Air mata Erina mula bertakung sebaik sahaja melihat gerangan yang baru masuk bersama beberapa lelaki berbadan tegap di belakangnya. Jangan cakap dia..."Auw my baby dah besar makin cantik lah!"
Tiba-tiba lelaki berumur lingkungan 40-an itu berkata sambil mendepakan tangan. Erina rasa pipinya mula dibasahi dengan air mata. Sumpah dia takut sekarang.
"Anak papa tak rindu papa ke? Don't wanna hug?" lelaki itu sambung lagi sekali dengan muka yang dibuat-buat sedih.
"Kau siapa?" dengan kudrat yang ada, Erina bertanya. Kaki pula perlahan-lahan diletakkan di atas lantai. Erina sudah berdiri di sisi katil.
"Auch! I'm your father lah baby." naik geli Erina apabila dipanggil sebegitu. Kaki sudah melangkah setapak demi setapak ke belakang sehingga belakang badannya terasa dinding.
Lelaki itu melangkah ke arah Erina dan Erina terus terduduk akibat takut yang amat. Dia mencangkung di hadapan Erina yang sedang menangis teresak-esak. Diusap pipi kiri yang putih itu. Erina mula menggigil.
Dia masih menunduk. Tidak mahu bertentang mata dengan lelaki yang tidak dikenalinya itu."Aku Faizal. Bapak kandung kau."
Dengan ayat itu,
Pandangan Erina gelap serta-merta.
Dia tidak sedarkan diri.TAKDIR
YOU ARE READING
Takdir | KTH
Fanfic"Kalau awak kata takdir kita memang dah ditetapkan sebelum kita lahir lagi, macam mana pulak dengan orang-orang yang bunuh diri tu?" - Taehyung "Takdir dan qada' qadar sama maksud. Qada' dan qadar terbahagi kepada dua. First, qada' dan qadar yang m...