Erina menyisir rambut panjangnya di hadapan cermin. Dia berasa agak gementar kerana keluarga Taehyung akan datang ke rumah mereka untuk makan bersama. Tambahan lagi dia tidak pernah berjumpa dengan kedua-dua ibu bapa Taehyung menambahkan lagi rasa gemuruhnya."Sayang?" tegur Taehyung ketika muncul disebalik pintu.
"Diorang dah sampai ke?"
"Dah ada kat ruang tamu."
Taehyung mendekati Erina lalu menggenggam perlahan tangan isterinya. Dia tahu Erina berasa takut untuk berjumpa dengan keluarganya. Taehyung menayang senyum.
"Diorang okay. Trust me." katanya dan membawa Erina ke ruang tamu.
"Aigoo! cantiknya menantu omma." kata mak Taehyung lalu membawa Erina ke dalam pelukannya.
"Abang, kita bakal dapat cucu!" katanya lagi dengan gembira.
Erina tanpa membuang masa meraih tangan mak mertuanya dan mencium tangannya. Perkara yang sama dilakukan kepada bapa mertuanya juga. Bapa Taehyung yang melihat hanya tersenyum sambil menepuk perlahan belakang badan Erina.
Erina berlalu ke ruang tamu untuk berjumpa dengan adik-adik Taehyung. Eunjun menariknya ke dalam pelukan dengan wajah yang teruja. Teruja sebab dia bakal dapat anak buah! Jeongyu pula hanya menundukkan badannya sebagai tanda hormat.
"Erin nampak makin cantik sejak mengandung ni." puji Eunjun sambil memegang bahu Erina.
"Malu lah.." balas Erina tersipu malu.
"Jom makan!" kata Taehyung dengan teruja.
Mereka semua menuju ke arah ruang makan dan melabuhkan punggung di kerusi. Erina sudah semestinya duduk di sebelah suaminya manakala Eunjun dan Jeongyu duduk di hadapan mereka. Mereka mula menjamu selera.
"Omma ada buatkan salmon panggang untuk Erin." Erina agak tersentak ketika namanya disebut.
"Terima kasih, omma." Erina mengambil pinggan yang telah diisi dengan salmon panggang itu. Dia berasa agak terharu kerana mak mertuanya prihatin terhadap dirinya yang sedang sarat mengandung.
"Dah berapa bulan?"
"Tunggu masa je, ma." jawab Taehyung dengan senyuman di wajah.
Mereka yang berada di meja makan tersenyum melihat interaksi antara Taehyung dan Erina. Tidak lama apabila wajah Erina tiba-tiba bertukar menjadi serius.
"T-Tae.." Erina memegang perutnya dengan dahi yang berkedut.
"Kenapa? sakit?" soal Taehyung cuak.
Keluarga Taehyung juga sudah mula berdebar ketika melihat keadaan Erina yang seperti ingin bersalin itu. Perlahan-lahan Erina tersenyum lebar.
"Baby kick!" teriak Erina menyebabkan mereka semua menghembus nafas lega termasuklah Taehyung.
"Sayang!" Taehyung bernada geram lalu perlahan-lahan meletakkan tangannya ke atas perut Erina. Apabila terasa tendangan, Taehyung tergelak kecil. Gembira rasanya dapat berkumpul bersama ahli keluarganya semula.
///
"Tengok ni! comel kan?" Erina menghalakan iPhonenya kepada Taehyung yang sedang berehat di sisinya. Mereka sedang berehat di atas katil dan menunggu masa untuk tidur. Tubuh berasa agak penat setelah keluarga Taehyung sudah balik petang tadi.
Taehyung melihat baju-baju bayi yang ditunjukkan oleh Erina. Dia tersenyum lalu menganggukkan kepala.
"Comel sangat." katanya ringkas.
Mendengar jawapan suaminya, Erina tersengih lebar. Hatinya tidak sabar untuk berjumpa dengan anak-anak yang bakal lahir ini.
"Sayang dah minum susu?" soal Taehyung sambil mata melirik ke arah gelas yang berada di meja lampu.
"Dah."
Tepat jam 10:30 malam, Taehyung menutup telefonnya lalu menghadap ke arah isterinya yang berada di sisi.
"Dah tu, masa untuk tidur." arah Taehyung sambil membetulkan selimut untuk mereka berdua.
Erina hanya menurut dan perlahan-lahan dia baring di atas katil. Taehyung hanya menunggu Erina menyelesakan dirinya sebelum menarik selimut menutupi sebahagian badan isterinya itu.
Lampu tidur ditutup dan Taehyung juga melabuhkan kepala ke atas bantal sambil menyelesakan dirinya. Dia mendekatkan jarak antara mereka lalu perlahan-lahan tangannya naik mengusap perut Erina yang berlapikkan baju itu.
"Baby... bagi mama tidur dengan nyenyak ya?"
Erina yang mendengar nasihat Taehyung itu hanya tersenyum lembut. Semoga dia dapat tidur dengan selesa dan nyenyak malam ini!
"Taehyung..."
"Hm." Taehyung hanya menggumam sebagai balasan kerana dia sudah pun melelapkan mata.
"Andai kata saya tak berjaya, awak—"
Membuntang mata Erina apabila Taehyung mencium bibirnya supaya dia tidak terus bercakap. Lama pulak tu!
"Tidur." kata Taehyung ringkas.
"Taehyung—"
"Shh."
Taehyung menepuk perlahan pinggang Erina untuk membuat wanita itu tidur. Dia cuma tidak sanggup untuk bercakap tentang hal itu.
"I love you."
Terhenti tangannya yang sedang bergerak setelah mendengar bisikan itu. Perlahan-lahan dia menunduk memandang wajah Erina yang separas dadanya itu. Erina merenung anak mata Taehyung dengan penuh perasaan.
"Sayang cakap apa?" soal Taehyung bagi memastikan yang dia tidak tersalah dengar. Tidak pernah perkataan 'love' keluar daripada mulut Erina untuk dirinya!
"Saya cakap saya bersyukur saya ditakdirkan untuk awak di dunia ini. Mungkin tidak selamanya, tapi saya akan simpan segala kenangan indah yang telah awak lakukan untuk saya selama saya bernafas ini." kata Erina sambil memegang kedua-dua pipi Taehyung dengan tangannya.
Taehyung terkedu. Jantungnya berdegup pantas tatkala mendengar luahan hati Erina itu. Otaknya agak lambat untuk memproses kata-kata Erina itu apabila Erina melabuhkan ciuman di pipinya. Lama.
Tiba-tiba Erina menjerit di telinganya menyebabkan Taehyung bangun untuk membuka lampu tidur.
"Kenapa sayang?!" Taehyung sudah mula cemas apabila melihat Erina sudah terduduk dengan muka yang sedang menahan sakit. Tidak lama apabila dia melihat cecair yang keluar daripada celah kangkang Erina.
Cepat-cepat dia mengambil kunci kereta lalu mendukung Erina menuju ke pintu rumah. Taehyung tidak tahu ingin buat apa selain menuju ke hospital. Fikirannya hanya memikirkan keselamatan Erina dan anak yang bakal dilahirkan.
"Argh! sakit!" Erina meraung kesakitan sambil memegang erat perutnya. Dia sudah redha dengan apa yang bakal berlaku dan dia akan pastikan bayi di dalam kandungannya akan lahir ke dunia walau apa pun yang bakal berlaku.
TAKDIR
it's always "i love you" and not "saya bersyukur saya ditakdirkan untuk awak di dunia ini" 😞
YOU ARE READING
Takdir | KTH
Fanfiction"Kalau awak kata takdir kita memang dah ditetapkan sebelum kita lahir lagi, macam mana pulak dengan orang-orang yang bunuh diri tu?" - Taehyung "Takdir dan qada' qadar sama maksud. Qada' dan qadar terbahagi kepada dua. First, qada' dan qadar yang m...