34 ☾

123 11 3
                                    


"Erin!"


Kalut Erina mengambil tuala yang tersangkut lalu menutup badannya. Masalah betul. Dia fikirkan Taehyung keluar semasa baru bangun tidur sebentar tadi. Itu yang dia nak berendam sekejap dengan tenang.

"AWAK KENAPA MAIN TERJAH JE HA? KENAPA TAK KETUK DULU? ISH!"

Taehyung melihat Erina dari atas hingga bawah lalu ke dalam tub yang hampir penuh airnya. Sampai hati Erina meninggikan suara dekat dia. Dah lah tak ajak sekali hm.

"Siapa suruh seksi sangat?" kata Taehyung bersahaja lalu mula menanggalkan t-shirt hitam yang berada di tubuhnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Siapa suruh seksi sangat?" kata Taehyung bersahaja lalu mula menanggalkan t-shirt hitam yang berada di tubuhnya.

"Ahmad Mikhail! awak nak buat apa ni?" Erina sudah mula berdebar. Air liur ditelan kelat sambil menggenggam tuala di tubuhnya.

"Sayang takut kenapa?"

Setapak demi setapak Taehyung melangkah sehingga berhenti di hadapan Erina yang sudah tertunduk. Taehyung menahan senyum lalu memegang dagu Erina untuk memandang muka dia. Erina mengemam bibir.

Taehyung mendekatkan wajah menyebabkan Erina berundur ke belakang namun tiada guna apabila suami dia telah menahan kepala serta belakang badannya dengan tangan. Erina hanya mampu menutup mata sahaja.

"Jom teman saya masuk dalam tub."

Erina membuka kelopak mata hanya untuk melihat Taehyung sedang berbisik di telinga dia. Fuh! nasib yang sangat baik... eh?

"T-Teman?" gagap Erina bertanya. Taehyung menganggukkan kepala lalu memegang hujung tuala yang melilit badan Erina.

"Awak m-masuk dulu, saya nak pergi dapur kejap." Erina terus meloloskan diri keluar dari bilik air yang sudah mula membahang itu. Mungkin bahang sebab situasi tadi kot. Walaupun itu bukanlah kali pertama dia dan Taehyung mandi bersama-sama, sebelum ini pernah je. Dia terus berjalan ke arah dapur.

Tiba-tiba, iPhonenya yang sedang dicas di atas meja lampu berbunyi membuatkan Erina masuk ke dalam bilik dan menjawab panggilan yang tidak dikenali itu. Dia tidak memulakan percakapan sehinggalah suara seorang lelaki bercakap.

"Hello.."

Dahi Erina berkerut. Suara ini seperti dia pernah dengar tapi di mana dan siapa?

"Erin? ini saya, Ismail."

Entah mengapa, Erina berasa lega apabila mengetahui bahawa orang itu ialah Ismail. Takutlah kalau tiba-tiba peminat Taehyung yang menghubungi dia. Bak kata Taehyung, "sasaeng" sangatlah bahaya.

"Oh! Abang Ismail.. macam mana abang tahu nombor Erin?"

"Mikha bagi. Dia kata kalau Erina perlukan bantuan ketika dia sibuk, saya boleh tolong."

Entah mengapa, Erina dapat membayangkan wajah lelaki itu ketika berkata-kata. Mata yang akan hilang apabila dia tersenyum dengan tingkah lakunya yang sangat gentleman...

Takdir | KTH Where stories live. Discover now