40 ☾

148 15 3
                                        


Erina menyisir rambut hitamnya di hadapan cermin. Minyak wangi diambil lalu disembur ke badan. Sedar tak sedar, dia sudah seminggu berada di Brunei. Sudah tiba masanya untuk dia pulang ke Korea dan meninggalkan mamanya.

Erina berlalu keluar dari bilik bersama beg tangan kecilnya. Bagasi yang berisi baju semuanya Chaerim yang tolong bawa keluar. Risau ibu mengandung bawa benda berat katakan.

"Erin, siap dah?" tegur Chaehyun yang baru keluar dari dapur. Erina mengangguk.

"Kak, kitorang dah nak kene pergi ni." kata Chaerim setelah membawa bagasi mereka ke teksi yang berada di luar.

Chaehyun mengangguk dengan perlahan. Dia menghadap Erina. Dia lihat wajah anaknya dengan lama. Siapa tahu, mungkin ini kali terakhir dia melihat wajah itu. Perlahan-lahan Chaehyun membawa Erina ke dalam pelukan. Tanpa sedar, air matanya jatuh ke pipi.

"Erin jaga diri. Jadi isteri yang baik. Ya?" kata Chaehyun lembut. Belakang badan anaknya digosok perlahan.

"Mama minta maaf sebab mama tinggalkan Erin dulu." sambung Chaehyun dengan sebak.

"Tak, mama. Erin yang sepatutnya berterima kasih kat mama sebab dah berjuang untuk Erin..."

Chaerim yang melihat dua beranak itu juga terasa sebak. Dia yang menjadi saksi perjuangan kakaknya kepada Erina.

"Dah... nanti lambat pulak kamu berdua." Chaehyun tertawa kecil sambil mengelap air matanya.

"Erin balik dulu. Assalamualaikum.." Erina membawa tangan mamanya ke bibir. Lama dicium olehnya.

"Kak, Chae balik dulu. Nanti ada masa kami datang lagi." kata Chaerim seraya memeluk tubuh kakaknya. Chaehyun sekadar menganggukkan kepala. Bibirnya terukir senyuman lebar.

Sempat Erina melambaikan tangan sebelum teksi itu hilang dari pandangan. Chaehyun menghembus nafas perlahan. Jujur sahaja dia risau dengan keselamatan anaknya. Takut kalau lelaki tua itu masih ada niat untuk menjual anak sendiri.

                                       \\\\

Chaerim menggosok belakang badan Erina yang sedang memuntahkan isi dari perutnya. Dia fikirkan tiada lagi muntah-muntah namun disebabkan oleh bau minyak wangi daripada orang yang duduk berhadapan dengannya ketika di dalam kapal terbang tadi sangat kuat menyebabkan dia pening.

"Okay dah?" tanya Chaerim apabila melihat Erina sudah membasuh muka.

Erina menganggukkan kepala lalu melihat dirinya di pantulan cermin. Pucat dan buruk. Macam mana lah suami dia tengok bila balik nanti?

"Saya nak air." pinta Erina apabila mereka keluar dari tandas lapangan terbang itu. Mereka baru sahaja tiba di Korea setelah beberapa jam perjalanan.

"Awak duduk kat sini, saya pergi beli jap."

Chaerim membantu Erina duduk di kerusi panjang lalu terus bergerak ke salah satu kedai yang berada di situ. Sementara menunggu, Erina memicit dahinya. Rambutnya yang terlepas diikat longgar.

Tiba-tiba matanya tertutup dari belakang dengan satu tangan yang besar. Erina tidak sempat untuk menjerit apabila telinganya terdengar bisikan suara seorang lelaki. Erina terdiam. Dia seperti dipukau.

"Ikut aku."

Lelaki misteri itu bersuara seraya menjatuhkan tangannya. Dia tersenyum sinis apabila Erina dengan patuhnya mengikut dirinya. Tangan Erina dibawa ke dalam genggaman lalu mereka keluar dari lapangan terbang itu. Lelaki itu bersiul kecil dengan hati yang senang.

Dia membuka pintu kereta di bahagian sebelah pemandu lalu memberi laluan untuk Erina masuk ke dalam sebelum dia juga turut duduk di tempat pemandu. Lengan Erina yang berlapikkan baju lengan panjang itu diselak hingga ke siku.

Takdir | KTH Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang