Chaerim merenung skrin Samsungnya dengan lama. Dia sedang melihat gambar-gambar yang tersebar di media sosial. Gambar siapa lagi kalau bukan gambar Taehyung dan Erina.Gambar pertama, gambar Erina menyuap Taehyung di sebuah kafe manakala gambar kedua adalah gambar Taehyung dan Erina sedang berjalan sambil berpegang tangan di sebuah restoran terkenal.
Chaerim meletakkan semula Samsungnya ke atas meja. Kepalanya dipicit perlahan. Belum sampai satu jam lagi, sudah banyak emel yang dia terima daripada pihak wartawan. Tidak pernah lagi dia terima emel banyak sebegini.
Tiba-tiba telefon kerjanya berbunyi menyebabkan Chaerim mengeluh perlahan. Dia malas mahu menjawab kerana dia pasti itu adalah panggilan daripada pihak wartawan.
Namun Chaerim tidak terlalu stres kerana Taehyung sudah membuat persediaan awal-awal lagi. Kata lelaki itu, jika dia sudah kantoi dengan orang ramai, hanya keluarkan sahaja penerangan yang telah dia rangka itu.
Sehelai kertas A4 dikeluarkan daripada laci meja. Hampir satu kertas itu merupakan penerangan yang dibuat oleh Taehyung.
A+ for the effort!Tok tok!
"Chaerim-ssi, hubungi Taehyung dengan kadar segera." arah Bang Si Hyuk yang muncul di pintu bilik kerjanya itu.
"Taehyung dah sediakan official statement. Tinggal nak release je." kata Chaerim dengan tenang.
"Okay, proceed."
Chaerim mengangguk dengan senyuman lebar. Senang kerja dia. Terima kasih Taehyung!
//
"Argh!"
Taehyung yang sedang melipat kain baju di atas sofa itu terangkat bahu apabila mendengar teriakan Erina. Isteri dia bagi high note satu!
"Taehyung, matilah kita!"
Erina muncul dari bilik mereka dengan muka cemberut. Taehyung ternampak gambar yang berada di skrin iPhone milik Erina. Dia menahan senyum.
"Kenapa ni Erin?"
Erina cepat-cepat duduk di sebelah suaminya dan menunjuk gambar-gambar yang dia lihat di media sosial. Bukan itu sahaja, malah nama Kim Taehyung juga trending di Twitter!
"Wow, cantiknya gambar." balas Taehyung tenang.
Erina membulatkan mata dengan reaksi yang diberikan oleh lelaki itu.
"Taehyung, awak sedar tak yang awak ni artis?"
"Sedar. Kenapa?"
"Sebab awak sepatutnya risau dengan reputasi awak selepas ni!" balas Erina dengan rasa ingin nangis.
Taehyung menekup wajah Erina dengan tangannya agar perempuan itu dapat bertentang mata dengannya. Taehyung menayang senyuman.
"Saya harap kita dapat hadapi semua ni bersama-sama."
"Awak sayang saya tak, Erin?"
Perlahan sahaja Erina menganggukan kepalanya. Gila ke tak sayang suami?
"Kalau sayang, kita kena hadapi dugaan ni sama-sama. Okay?"
Sekali lagi Erina hanya menganggukan kepala. Taehyung mencium dahi bersih Erina sebelum sambung melipat kain.
Erina yang melihat tingkah laku Taehyung itu hanya terdiam sahaja. Memang tabik lah. Ramai wanita diluar sana yang mungkin sudah patah hati, namun lelaki itu hanya relaks melipat kain. Tabik!
"Anak-anak buat apa?" soalan Taehyung membuatkan Erina kembali ke alam nyata.
"Baru lepas bagi makan, dah tidur."
"Dah tidur?" soalnya lagi membuatkan Erina mengerutkan dahi.
"Haah."
"Jom."
"Jom pergi mana?" semakin berkerut dahi Erina dibuatnya.
"Jom buat baby."
Mengucap Erina apabila mendengar ayat tak bertapis Taehyung itu. Syaitan apa yang telah merasuki badan suaminya ini?
"Kenapa sayang diam? Hana dan Nara dah nak masuk 7 bulan dah."
"Kenapa pun kalau diorang dah 7 bulan?" Erina bertanya malas. Kadang-kadang dia melayan sahaja karenah lelaki itu. Dapatlah juga menceriakan harinya.
"7 bulan tu dah besar tau!" kata Taehyung dengan yakin. Reaksi mukanya yang bersungguh-sungguh itu membuatkan Erina ketawa kecil. Adoi!
"Nope. Tunggu diorang besar lagi."
Taehyung merengus perlahan sambil bersandar lemah di sofa. Tak boleh lagi!
"Lagipun saya tengah period." kata Erina dengan muka tidak bersalah.
"Takpelah. Try lagi lepas habis period." kata Taehyung dengan perlahan namun Erina dapat mendengar segalanya. Sejurus itu Erina terus melepaskan tawanya. Comel juga suaminya ini!
TAMAT
YOU ARE READING
Takdir | KTH
Fanfic"Kalau awak kata takdir kita memang dah ditetapkan sebelum kita lahir lagi, macam mana pulak dengan orang-orang yang bunuh diri tu?" - Taehyung "Takdir dan qada' qadar sama maksud. Qada' dan qadar terbahagi kepada dua. First, qada' dan qadar yang m...