"Terima kasih, assalamualaikum." Erina terus keluar sebelum sempat Aniq berkata apa-apa. Dia juga tidak sempat untuk bertanya tentang apartment mewah yang menjadi tempat tinggal Erina sekarang. Aniq tersenyum kecil. Dia sebenarnya mahu meminta maaf kepada Erina kerana telah mengasari perempuan itu dahulu. Sungguh dia menyesal sangat dengan apa yang dia dah buat.Erina menutup pintu lalu berlalu ke bilik. Hatinya mengharap yang Taehyung ada di dalam bilik namun hampa. Tiada orang. Dia mengambil tuala lalu masuk ke dalam bilik air dengan hati yang kecewa. Teruk sangat ke salah dia sampai macam ini sekali Taehyung punya perangai?
Erina selesai membersihkan diri lalu terus terhenti di hadapan pintu. Taehyung sedang duduk di birai katil menghadap diri dia dengan mata seperti helang. Terasa peluh merenik di dahi Erina apabila dia teringat yang dia hanya berkemban sahaja.
"Awak pergi mana tadi? saya cari tau tak!" Erina menyoal dengan nada yang kecewa.
"Sekurang-kurangnya saya tak jumpa perempuan lain." Taehyung bernada dingin. Dia sehabis baik menahan nafsu lelakinya apabila melihat keadaan Erina sekarang.
"Awak tahu tak? dia datang balik. Dia cakap dia rindu saya! saya takut, Taehyung. Tapi mana awak masa tu? awak dah janji akan sentiasa lindungi saya kan?" Erina tidak menangis namun jelas nada kecewa dia. Taehyung bangun lalu perlahan-lahan menapak ke arah Erina. Dia juga membetulkan t-shirt Celine yang dimasukkan ke dalam seluar jeansnya itu.
"T-Taehyung, apa ni?" Erina tersandar di pintu di belakangnya. Sebelah tangannya naik menahan dada Taehyung daripada terus mendekat. Dia takut kalau Taehyung mengasarinya walaupun perkara itu tidak berkemungkinan akan berlaku.
Taehyung meletakkan kedua-dua belah tangan ke sebelah Erina dan mengunci pergerakannya. Dia mendekatkan wajah sehingga hidung mereka bergesel. Bulu roma Erina menegak apabila terasa hangat nafas suaminya. Mereka merenung antara satu sama lain.
"Takut? tapi balik dengan dia jugak kan?" perlahan dan dalam sahaja suara Taehyung menyoal. Erina seperti baru tersedar lalu terus menggeleng dengan perlahan.
"Bukan Aniq tapi—"
Sungguh Erina terkejut apabila Taehyung mencium bibirnya dengan kasar. Tangan besarnya juga naik meraba lengan Erina yang terdedah. Dengan beraninya, Erina menolak Taehyung sehingga dia terdorong ke belakang.
"Lelaki yang serang saya kat surau tu! kalau bukan sebab Aniq yang datang selamatkan saya, awak takkan jumpa saya sekarang." menggigil Erina cuba menjelaskan. Dia tak nak Taehyung melepaskan nafsunya kerana marah.
Serta-merta wajah Taehyung berubah menjadi risau. Tidak lagi marah seperti tadi. Dia meraup rambutnya ke belakang lalu menghembus nafas menenangkan perasaan. Perasaan marah dan nafsu.
"Ya Allah. Saya minta maaf, Erin." Taehyung membawa Erina ke dalam pelukan. Erina tidak membalas namun dia menumbuk pinggang Taehyung dengan perlahan.
"Awak jahat. Awak tinggalkan saya seorang-seorang." Erina menutup mata dan bersyukur Allah telah lembutkan hati suami dia. Biasalah, setiap rumah tangga pasti ada ujiannya.
"Saya betul-betul menyesal, Erin. Saya jumpa kawan kat dalam kereta tapi saya tak bagitahu awak dan tinggalkan awak kat tempat macam itu seorang diri. Saya minta maaf, sayang." Taehyung mencium kepala isterinya berkali-kali. Lama mereka berpelukan di hadapan bilik air itu sebelum Taehyung meleraikannya.
"Awak maafkan saya tak?" Taehyung merenung sepasang mata Erina dengan redup manakala tangannya memegang kedua-dua belah bahu Erina.
"Manusia mana yang tak buat salah? saya pun ada buat salah." Erina mengukir senyuman yang paling menawan membuatkan Taehyung mula berdebar. Erina pula sudah tidak kisah dengan keadaan diri dia sekarang ini yang hanya berkemban sahaja. Suami sendiri okay.
YOU ARE READING
Takdir | KTH
Fanfiction"Kalau awak kata takdir kita memang dah ditetapkan sebelum kita lahir lagi, macam mana pulak dengan orang-orang yang bunuh diri tu?" - Taehyung "Takdir dan qada' qadar sama maksud. Qada' dan qadar terbahagi kepada dua. First, qada' dan qadar yang m...