"Dah dapat ke belum pasal lelaki barua tu? apa yang lembap sangat kau buat kerja ni?!" tengking Faizal. Kepala anak buahnya itu ditunjalnya."Bos! polis dah mula masuk tempat kita!" teriak salah seorang pegawai yang bertugas menjaga pintu di hadapan.
Dengar sahaja ayat itu, kesemua mereka mula berlari mendapatkan senjata yang mereka miliki dan bersiap sedia untuk menerima arahan daripada ketua mereka untuk menyerang.
"Aku dah agak dah... diorang mesti target aku dulu." Faizal berkata-kata di dalam hati. Dia memang sudah dapat jangka bahawa pihak polis akan mencari dia jika Erina tiba-tiba hilang dari radar. Faizal menggeleng lemah.
"Bos! bila kita boleh mula serang ni?" tanya pembantunya yang sudah siap sedia memegang senapang di tangan. Faizal tersenyum sinis.
"Eh bodoh, kau ingat ni movie ke? Dah tentu lah kita yang kalah." kata Faizal berbahasa Melayu. Pembantunya itu mengerutkan dahi tidak faham apa yang dikatakan oleh ketuanya.
Tiba-tiba seorang anggota polis masuk melalui tingkap jendela. Akibat panik, salah seorang anak buah Faizal melepaskan tembakan namun tersasar.
"Letakkan senjata!" arah anggota polis itu sementara anggota yang lain masuk melalui pintu.
Mereka melihat ke arah ketua mereka dengan kening yang berkerut. Takkan lah bos mereka tak nak buat apa-apa apabila anggota polis sudah berhadapan dengan mereka?
Dengan tenang, Faizal mengarahkan anak buahnya untuk meletakkan senjata. Mereka semua terbeliak apabila menerima arahan seperti itu. Namun mereka menurut juga arahan Faizal. Perlahan-lahan mereka menjatuhkan segala senjata yang berada di tubuh.
"Melutut sekarang!"
Faizal merupakan orang pertama yang melutut di hadapan para anggota polis itu dengan tangan di udara. Inilah rancangannya.
Rancangan untuk dia 'cuci tangan' daripada aktiviti pemerdagangan manusia itu. Dia sanggup menyerah diri kepada polis di atas segala kesalahan yang telah dilakukan. Sungguh dia sudah bertaubat.
Gari di tangannya dilihat dengan mata yang kabur. Faizal berasa sangat berdosa terhadap orang-orang sudah dia khianati. Bekas isterinya, adik lelakinya, arwah ibu mertuanya, dan satu-satunya permaisuri mereka,
Erina Aleya.///
"Bawa mereka ke balai." Inspektor Han memutuskan talian. Dia menghembus nafas lega.
"Apa jadi?" tanya Chaerim.
Sekarang mereka sedang berhenti di tepi jalan kerana Inspektor Han perlu menjawab panggilan daripada pasukan yang sedang menyerang tempat penginapan Faizal.
Inspektor Han tersenyum lega memandang wajah perempuan di sebelahnya."Faizal dah kene tahan." balasnya dengan tenang. Perlahan-lahan dia mula menggerakkan keretanya.
Chaerim masih terdiam. Pelik kerana betapa mudahnya bekas abang iparnya ditahan. Punyalah susah nak tangkap orang tua itu sebelum ini. Hatinya berasa sedikit tenang kerana Erina juga pasti dapat diselamatkan oleh pihak polis.
Telefon berdering lagi menyentakkan Inspektor Han lalu dengan pantas dia menjawab panggilan daripada orang yang sama.
"Ada apa?" soalnya dengan nada serius.
Chaerim memalingkan kepala apabila keadaan menjadi sunyi sepi di sebelahnya. Dia dapat lihat kening Inspektor Han berkerut yang amat. Pasti ada masalah yang dihadapi.
"Takpe, kita bincang kat balai."
"Ada apa-apa yang terjadi ke?" Chaerim bersuara ingin tahu. Inspektor Han hanya mengeluh panjang sebelum menjawab.
![](https://img.wattpad.com/cover/244750243-288-k16830.jpg)
YOU ARE READING
Takdir | KTH
Fanfiction"Kalau awak kata takdir kita memang dah ditetapkan sebelum kita lahir lagi, macam mana pulak dengan orang-orang yang bunuh diri tu?" - Taehyung "Takdir dan qada' qadar sama maksud. Qada' dan qadar terbahagi kepada dua. First, qada' dan qadar yang m...