21 ☾

237 16 4
                                    


Sementara menunggu Taehyung membersihkan diri, Erina mencuci mukanya yang bersolek nipis itu. Tidak lama apabila pintu bilik air terbuka dan Taehyung hanya melilitkan tuala di pinggang sahaja.

"Argh!" Erina menutup mata dengan kedua-dua belah tangannya. Oh my eyes!

Taehyung tergelak dengan tindakan refleksi Erina itu. Dengan hanya melihat di celah-celah jari, Erina mengambil baju bersih di dalam bagasinya. Pergerakannya semakin pantas apabila Taehyung mula menapak ke arahnya. Entah baju apa yang diambil pun lantak lah!

Erina terus berlari ke dalam bilik air dan menutup pintu. Fuh, penat wo. Baru sahaja dia mahu membuka zip baju kurungnya, ketukan pintu kedengaran.

"Awak tercicir something ni." suara Taehyung seperti sedang menahan gelak. Erina check semula baju yang dibawa tadi.

"Baju, ada."

"Seluar, ada."

"Panties, ada."

"Br—shit!" Erina mengetuk kepalanya sendiri. Sumpah dia rasa mahu menangis sekarang.

"Kenapa Erin? kalau awak malu, tak payahlah ambil. Lagipun, kita je yang ada kat dalam rumah ni so takde masalah pun kalau awak tak nak pakai." nada Taehyung semakin menggoda.

Macam bernas idea itu. Erina check lagi baju yang dibawa. Putih dan nipis! Baju putih tanpa memakai apa-apa di dalam? Tiada beza pun dengan tak pakai apa-apa. Lama Erina berfikir. Akhirnya dia menebalkan muka untuk mengambil haknya yang satu itu daripada Taehyung. Dia menarik dan menghembus nafas untuk menghilangkan debaran. Perlahan-lahan pintu dibuka. Taehyung menahan gelak apabila tangan kecil Erina sahaja yang keluar. Comel!

"Ala tak payah la pakai." Taehyung berkata seperti seorang anak yang mahukan lolipop daripada ibunya. Erina menahan geram.

"Ish bagilah cepat!" suara Erina seperti mahu menangis. Apa lah nasib hidup ini?

"Yelah yelah!" Taehyung meletakkan barang 'itu' ke atas tapak tangan Erina. Sejurus itu, dia terus menutup pintu dengan muka yang merah. Ah malu 2.0!

"Jangan lama sangat! kita solat zohor berjemaah." Taehyung mula beredar dari pintu bilik air. Dengan itu, Erina segera membersihkan diri.

Setelah 20 minit, Erina keluar dari bilik air. Matanya tertancap pada figura yang sedang terbaring di atas katil. Taehyung tertidur kerana menunggu Erina mandi dengan kopiah di atas kepala. Comel! dia bergerak ke arah katil. Bahu Taehyung digoncang perlahan.

"Awak, bangun." terpisat-pisat mata Taehyung.

"Dah? jom solat." Taehyung meregangkan badan sekejap sebelum berdiri di atas sejadahnya. Erina pula rasa bersalah kerana sudah membuat suaminya menunggu.

"Em, saya tak boleh solat." Erina nampak muka kecewa Taehyung. Bukan salah dia.
Dia pun baru kena tadi semasa mandi.

"Sorry. Sebenarnya, saya baru kene tadi masa mandi." Erina memandang lantai. Taehyung menghembus nafas perlahan.

"It's okay... lain kali saya akan imamkan awak." Taehyung mengulum senyum sebelum bersedia untuk menunaikan solat.
Erina melihat sahaja apabila Taehyung mengangkat takbir. Sungguh dia rasa terharu. Erina melabuhkan punggung di atas katil dan  melihat Taehyung solat.

Selesai berdoa, Taehyung tersenyum kecil apabila terlihat Erina sudah tertidur mengiring di atas katil. Penat agaknya. Sejadah disangkut dan kopiah diletakkan di atas meja lampu. Kaki melangkah ke arah katil sebelum dia duduk melutut di hadapan muka Erina. Muka tenang bak bayi itu ditenung lama.

"Erin, bangun." hidung Erina dicubit perlahan. Tidak berjaya. Pipinya pula menjadi sasaran. Juga tidak berjaya. Akhirnya, Taehyung meniup telinga Erina sehinggalah dia terjaga.

Takdir | KTH Where stories live. Discover now