"Ah lega." Erina mencuci tangannya di singki sambil membetulkan baju yang agak kedut. Rambut panjangnya juga disikat menggunakan jari-jemari.Erina berlalu keluar dari tandas namun terhenti apabila ada tangan yang memeluknya dari belakang. Pada mulanya dia fikirkan Taehyung, tetapi dia kenal bau suami dia. Dan ini bukan baunya. Jantungnya semakin laju apabila terasa sesuatu yang tajam pada lehernya. Erina mengemam bibir menahan air mata.
"Kau jerit kau mati." lelaki itu berundur ke belakang dengan perlahan-lahan. Matanya tidak lepas memerhati pemilik kedai di kaunter serta beberapa pelanggan di bahagian hadapan.
Erina terfikir sesuatu membuatkan dia terus menjerit meminta tolong dengan sekuatnya sehingga semua yang berada di dalam kedai itu memandang ke arahnya. Lelaki itu mendecit lalu terus mengangkatnya keluar dari situ. Tidak berdiam diri, Erina terus memukul belakang badan lelaki itu bertubi-tubi sehingga dia berhenti berjalan di lorong belakang itu. Lelaki itu menurunkan Erina lalu menampar kuat pipinya sehingga dia terjatuh.
"Mati kau ni kang!" lelaki itu menampar lagi pipi Erina tanpa ada rasa belas kasihan.
Erina tahu, lelaki ini adalah anak buah Faizal. Itu bermaksud, dia tidak akan dibunuh kerana Faizal pasti nakkan diri dia dalam keadaan yang sempurna tanpa ada cacat cela. Sebab itu dia berani menjerit tadi. Kalau difikirkan, lelaki ini menamparnya juga sudah melanggar peraturan Faizal.
Dalam sekelip mata sahaja, lelaki berambut hijau itu sudah terbaring di sebelahnya. Dalam samar-samar, Erina dapat lihat seorang lagi lelaki... atau layak dipanggil penyelamat yang sudah membantunya sedang menumbuk wajah anak buah Faizal sehingga dia akhirnya melarikan diri.
Ismail termengah-mengah melihat makhluk berambut hijau itu semakin jauh lalu beralih kepada Erina. Dia bangun lalu melutut di sebelah perempuan itu.
"Erin? ini saya, Ismail."
Erina mengelak apabila Ismail ingin membantu dia untuk bangun. Kepala yang agak pening dipicit. Kuat betul joker itu tampar dia sampai mabuk dibuatnya. Haih.
"Serang!!" Erina dan Ismail menoleh ke hujung lorong. Sekumpulan remaja lelaki yang tak berapa nak remaja sedang berlari ke arah mereka. Atau yang lebih tepat ke arah Ismail. Tidak sempat untuk menghalang, ketiga-tiga lelaki itu sudah menyerang Ismail. Tak silap Erina, mereka ini semua ada di dalam kedai aiskrim tadi.
"BERHENTI!"
Serentak itu mereka berhenti bergerak. Seorang lelaki yang berambut hijau berdiri dahulu. Dia memandang serius wajah Erina sambil memasukkan kedua-dua belah tangannya ke dalam kocek seluar. Erina menelan air liur. Entah mengapa, seperti ada yang tidak kena dengan pandangannya. Rambut berwarna sebiji macam lelaki tadi, sweatshirt berwarna biru serta skinny jeans— astaghfirullah.
"Cik okay ke? ada cedera kat mana-mana? kitorang nak bawak lelaki ini pergi balai polis."
Seorang daripada mereka yang sedang duduk di atas badan Ismail bersuara. Erina tidak nampak mukanya dengan lebih jelas kerana dia sedang membelakangi dirinya. Tetapi wajah lelaki itu daripada tepi agak iras dengan seseorang...
"Lelaki ini tak bersalah, dia yang selamatkan saya tadi." jelas Erina.
Mereka semua membuat muka terkejut lalu cepat-cepat bangun dan meminta maaf kepada Ismail. Nasib baik dia pandai melindungi diri daripada ditumbuk tadi.
Erina mula berasa gusar dengan lelaki yang berambut hijau itu. Jap jap. Macam mana kalau tema anak buah Faizal tahun ini warna hijau? hm, masuk akal.
YOU ARE READING
Takdir | KTH
Fanfiction"Kalau awak kata takdir kita memang dah ditetapkan sebelum kita lahir lagi, macam mana pulak dengan orang-orang yang bunuh diri tu?" - Taehyung "Takdir dan qada' qadar sama maksud. Qada' dan qadar terbahagi kepada dua. First, qada' dan qadar yang m...