38 ☾

114 12 4
                                    


Ustaz Fahmi membawa secawan kopi bersama keluar dari rumah. Bangku simen yang berada di halaman rumah diduduki olehnya. Memang sudah menjadi rutin harian dia untuk minum petang di halaman rumah. Walaupun hanya berseorangan sahaja.

Air kopi yang panas itu disisip sedikit sambil memandang kanak-kanak yang sedang bermain di lorong kampung tersebut. Tidak lama apabila sebuah kereta mewah masuk ke perkarangan rumahnya. Dahinya berkerut.

Agak terbeliak mata ustaz Fahmi apabila melihat orang yang sudah keluar daripada kereta mewah itu. Tidak sangka bahawa lelaki itu sendiri yang datang kepadanya.

Faizal mengemam bibir apabila bertentang mata dengan adiknya itu. Sesekali dia menundukkan kepala. Malu.

"Mana kau tahu aku ada kat sini?" soal ustaz Fahmi apabila Faizal sudah duduk bertentangan dengannya.

"Tak payah tahu lah." kopi yang berada di atas meja bulat itu dia ambil lalu meneguknya. Ustaz Fahmi mengetap bibir.

"Itu air aku!" Faizal mengangkat kening tidak peduli. Adik-beradik kan?

"Kau pergi lah buat lain. Aku kan tetamu? hormat lah sikit." Faizal tersenyum sinis. Ustaz Fahmi hanya membuat muka kosong.

Sudahlah mereka tidak pernah berjumpa dalam masa yang lama. Tiba-tiba sahaja Faizal muncul semula dengan muka tak bersalah dia. Yelah! muka tak bersalah dia bila sudah menyebabkan bekas isteri dia pergi bersama anak perempuannya.

"Aku rindu anak aku..."

Tersentak ustaz Fahmi apabila mendengar kata-kata abangnya. Tiba-tiba dia berasa geram dengan abangnya itu. Dia masih boleh terima kalau orang lain yang menjadi mangsa tapi tidak kepada Erina.

"Kau memang betul-betul dah gila kan? memang dari dulu lagi takde hati perut tapi sampai sekarang bukan hati perut je, saraf-saraf otak semua dah hilang!" kata ustaz Fahmi dengan nada suara yang menahan marah. Nanti dia jerit, kecoh pula sekampung ini.

"Chill lah. Aku kata aku rindu anak aku je kan? yang kau nak meletup ni asal?" Faizal menggeleng perlahan sambil menongkat dagu memandang adiknya.

"Eh, aku kenal lah kau tu macam mana dan aku takkan benarkan kau libatkan Erina dalam kerja jijik kau tu!"

Bagi meredakan amarah yang membuak di hati, ustaz Fahmi bangun lalu menapak ke dalam rumahnya. Takut jika dia termakan hasutan syaitan untuk terus meninggikan suara kepada orang yang lebih tua daripadanya.

Dia membasuh mukanya di singki dapur lalu duduk di meja makan. Mulutnya tidak berhenti berzikir untuk meredakan perasaan marah yang masih ada.

Dengan muka selamba, Faizal menarik kerusi berhadapan dengan ustaz Fahmi lalu melabuhkan punggung di situ.

"Mi, aku tak cakap pun aku nak jual Erin." kata Faizal dengan suara mendatar. Dia menyandarkan badan dengan lemah. Ya, dia mengaku dia sudah banyak berdosa dengan bekas isteri serta anaknya yang tidak bersalah itu dahulu. Namun dia masih manusia biasa yang melakukan kesilapan.

"Habistu?" soal ustaz Fahmi dengan dingin.

"A-Aku..." Faizal mengemam bibir.

"Aku nak bertaubat." Faizal terus memejamkan mata. Tidak mahu melihat reaksi adiknya itu. Pasti dia akan ditertawakan.

Perlahan-lahan dia mencelikkan mata apabila hampir dua minit lelaki itu tidak memberi sebarang reaksi. Berkerut dahi Faizal apabila melihat adiknya yang sudah mengalirkan air mata.

"B-Betul ke apa yang aku dengar?" soal ustaz Fahmi. Sungguh dia bersyukur kerana Allah sudi membuka pintu hati abangnya untuk kembali semula ke jalan yang benar.

Takdir | KTH Where stories live. Discover now