4 ☾

234 18 0
                                    

malay/korean

__

Pada pukul 6:14 Erina terjaga dan terus membersihkan dirinya. Selepas selesai mandi, dia mengeringkan rambut dan terus menunaikan solat subuh.

"Ya Allah ya tuhanku, ampunilah segala dosaku ya Allah. Ampunilah segala dosa ibu dan ayahku, dosa adik beradikku dan seluruh umat Islam ya Allah. Engkau permudahkanlah segala urusanku di sini dan urusan keluargaku di sana. Aku mohon ya Allah sesungguhnya engkau lagi Maha Besar, Maha Mengetahui dan Maha Pengampun. Hanya padaMu sahaja aku meminta ya Allah kasihanilah hambaMu ini. Aamin ya rabb al amin"

Erina menekup mukanya dan berharap tuhan mendengar doanya. Dia berazam untuk melakukan yang terbaik dalam apa sahaja pekerjaan yang akan dia laksanakan nanti. Selagi pekerjaan itu tidak menyalahi hukum syarak, dia akan kerja dengan bersungguh-sungguh sehingga berjaya satu hari nanti tetapi Erina juga tau bahawa setiap kejayaan pasti ada ujian. Dan dia juga bersedia dengan ujian yang akan dihadapi olehnya.

8:26 pagi Erina melihat dirinya di cermin sebelum keluar dari bilik hotel.

Selepas itu, dia pun keluar dan teksi yang dia telah tempah pagi tadi sampai

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Selepas itu, dia pun keluar dan teksi yang dia telah tempah pagi tadi sampai. Sepanjang perjalanan Erina hanya berzikir di dalam hati. Dia agak takut juga kerana ini adalah pertama kali dia bekerja di luar negara lagi-lagi bahasa yang tidak difahami.

Perjalanan hanya mengambil 30 minit sahaja. Setelah membayar, Erina mengucapkan terima kasih kepada pemandu teksi itu sebelum keluar.

Erina ternganga mendongak melihat bangunan yang dia akan bekerja ini amatlah besar dan tinggi. Dia menelan air liur sebelum perlahan-lahan melangkah masuk. Erina juga hampir memberi salam tetapi nasib baik kesedaran datang. Apabila dia telah masuk, dia hanya berdiri di tepi pintu kaca sambil berdoa yang Chaerim akan sampai sekarang.

"Maaf, tapi ada apa yang saya boleh bantu?" Seorang wanita korea menegurnya. Erina hanya menggigit bibir bawahnya sambil menunduk kerana dia langsung tidak faham apa yang dikatakan oleh wanita itu.

"I'm here to meet Chaerim" balas Erina tidak tahu betul ataupun tidak dengan jawapannya itu.

Wanita itu mengerutkan dahi. Dalam otak Erina berfikir adakah dia telah ditipu? Ah takkan. Chaerim nampak sangat innocent untuk jadi jahat. Wanita itu kemudiannya memanggil seorang lelaki yang baru sahaja masuk. Rambut berwarna coklat pekat, cermin mata bulat dan beanie di atas kepala membuatkan lelaki itu terlihat cute dan masculine pada masa yang sama.

"Namjoon-ah, tolong tanya dia buat apa kat sini" wanita itu cakap dengan lelaki yang bernama Namjoon itu. Setelah itu, wanita itu terus berlari ke luar seperti terkejar sesuatu. Erina mula tak sedap hati. Namjoon memandang Erina sambil tersenyum sehingga menampakkan lesung pipitnya.

"What can I help you, miss?" Namjoon bertanya.

"I'm here to meet Chaerim"

"Chaerim?" Tanya Namjoon lagi.

Ha sudah. Betulkah dirinya sudah ditipu?

"Yes. Kim Chaerim?"

Belum sempat Namjoon membuka mulut, satu suara memanggil namanya

"Erin!"
















TAKDIR

Takdir | KTH Where stories live. Discover now