Dari tadi, Erina tidak berpisah langsung dengan Chaehyun menyebabkan Chaerim tergelak kecil. Puan Jasmin juga tersenyum lebar. Erina tersangatlah manja."Sayang, kesian mama tu macam dah tak boleh nak bernafas awak peluk macam tu." Taehyung menegur Erina yang sedang duduk di sebelahnya.
"Salah ke?" soal Erina lalu mencium pipi mamanya dengan mesra.
Erina bukanlah seorang yang mudah mesra dengan orang tetapi tidak dengan Chaehyun. Mungkin kerana dia adalah darah dagingnya dan wanita yang telah membawa dirinya di dalam badan selama 9 bulan.
"Salah sebab saya cemburu." Taehyung menggumam dengan perlahan lalu bermain dengan tali beg tangan Erina.
"Makanan dah siap!"
Mendengar teriakan Chaerim, mereka berkumpul di meja makan. Nasib baik tempat duduk cukup-cukup untuk 5 orang. Bersinar mata Erina melihat lauk-pauk di atas meja makan.
"Siapa yang masak ni?" tanya Erina. Chaerim baru sahaja mahu membuka mulut, Erina menyambung lagi.
"Mestilah ibu! takkan Chae pulak, kan ibu?" Erina mengangkat kening kepada Puan Jasmin dan wanita itu hanya mengangguk dengan senyuman. Chaerim memandang Erina besar kecil besar kecil sahaja. Mulutnya juga terkumat-kamit.
Melihat muka Chaerim sebegitu, kesemua mereka melepaskan tawa. Riuh satu rumah itu dengan gelak tawa mereka. Jangan jiran datang 'sound' sudah lah.
Chaehyun menyuap Erina dan Erina membuka mulut dengan bahagia. Melihat aksi itu, Taehyung juga membuka mulut kepada Erina. Kesemua mereka melihat Taehyung dengan muka yang pelik.
"Awak dah kenapa, Tae?" soal Erina berhenti mengunyah. Taehyung tersengih sehingga hilang kedua-dua matanya.
"Nak suap jugak."
Terus membulat mata Erina. Taehyung ini tak takut ke maruah dia sebagai seorang artis tercalar? Chaehyun menyiku perlahan lengan Erina membuatkan Erina berpaling menghadap wanita itu.
"Suaplah suami tu... dapat pahala." bisik Chaehyun di telinga Erina lalu sambung makan. Erina menghadap Taehyung semula.
"Aaaa." Erina menyuap Taehyung lalu sambung semula makan. Bukannya dia tidak pernah main suap-suap ini cuma dia agak segan apabila di hadapan orang lain. Lagi-lagi keluarganya sendiri.
"Thank you, sayang." kata Taehyung dengan mulut yang penuh dengan nasi.
////
"Taehyung, Erin... takpe ke tidur atas lantai tu je?" soal Chaehyun dengan muka yang bersalah.
Disebabkan di rumah ini hanya terdapat dua bilik sahaja, Erina dan Taehyung terpaksa tidur di ruang tamu berlapikkan tilam sahaja. Chaerim pula tidur sekatil dengan kakak dia.
"Eh, takde hal lah mama. Lagipun bukannya atas lantai pun, ada tilam ni ha." kata Erina dengan mesra. Sungguh dia tidak kisah pun.
"Betul tu. Kalau Erin sejuk pun, saya boleh je peluk dia." Taehyung tersenyum senget membuatkan Erina menggulingkan mata.
"Kalau macam tu, mama tutup lampu sekarang lah ya..."
Serta-merta rumah itu gelap gelita. Erina terpaksa meraba-rabakan tangannya agar dapat membaringkan diri.
"Amboi, mengambil kesempatan eh?"
Erina terasa pergelangan tangannya dipegang oleh Taehyung. Baru dia perasan, dia terpegang dada bidang lelaki itu tadi. Tiba-tiba, Taehyung menarik lengannya sehingga kepalanya mendarat di atas dada itu.
YOU ARE READING
Takdir | KTH
Fanfiction"Kalau awak kata takdir kita memang dah ditetapkan sebelum kita lahir lagi, macam mana pulak dengan orang-orang yang bunuh diri tu?" - Taehyung "Takdir dan qada' qadar sama maksud. Qada' dan qadar terbahagi kepada dua. First, qada' dan qadar yang m...