17 ☾

169 16 3
                                    

Disember 2019

"Sampai bila kau nak jadi macam ni Taehyung? Sudah-sudah lah tu sedihnya. Kita serahkan pada polis sahaja, mereka tahulah nak buat apa."

Bebel Seokjin. Dia lihat Taehyung lebih banyak berdiam diri dan susah untuk senyum sejak berita bahawa Erina sudah hilang. Kini sudah hampir sebulan juga tiada berita apa-apa.

Sekarang mereka baru habis berlatih untuk persembahan SBS Gayo Daejun yang akan berlangsung seminggu lagi. Seokjin keluar dari bilik berlatih. Chaerim yang sedia menunggu mengangkat kening inginkan jawapan.
Seokjin hanya menggeleng perlahan.

"Takpelah, biar noona cakap dengan dia." Chaerim masuk dan menutup pintu.
Dari jauh dia nampak Taehyung sedang bersandar lemah di cermin besar dengan muka yang tiada perasaan. Chaerim duduk bersila di sebelah adik lelakinya itu. Ya. Dia sudah anggap mereka bertujuh seperti adiknya sendiri.

"Ada apa-apa berita ke?" baru tersedar Chaerim di sebelah, Taehyung menegakkan tubuh. Kalau Chaerim yang datang, tak lain tak bukan mesti ada berita tentang kehilangan Erina.

Tidak sampai hati apabila melihat muka berharap Taehyung, tetapi Chaerim hanya menggeleng lemah. Dia perlu jujur. Dengan jawapan itu, Taehyung kembali termenung. Serupa orang hilang isteri.

Chaerim sentuh tangan Taehyung. Digenggam seperti mahu berkongsi tenaga agar Taehyung menjadi lebih kuat walaupun dirinya turut sedih dengan apa yang telah terjadi. Dia gagal untuk melindungi Erina.

"Tae sayang Erin?" hanya soalan itu yang keluar daripada mulut Chaerim. Walaupun dia tahu dan walaupun dia sudah nampak perubahan Taehyung, dia masih ingin mendengar dari mulut Kim Taehyung sendiri.

"Soalan apa tu, noona? Saya sayang sangat kat dia! Kalau tak, saya takkan berkorban lah demi dia." akhirnya air mata jantan Taehyung mula membasahi pipi. Ya dia menangis sebab perempuan. Perempuan yang dia sudah mula suka,
sudah mula sayang....

Chaerim terus memeluk badan tegap Taehyung. Dia juga turut menangis. Lama mereka sebegitu sebelum Chaerim meleraikan pelukan lalu dipegang bahu adiknya itu.

"Dengar sini. Kita akan cari Erina sampai jumpa." Chaerim merenung anak mata Taehyung yang merah dek kerana menangis tidak berhenti.

"Kita?" soal Taehyung. Chaerim mengangguk sambil tersenyum. Tahulah apa dia nak buat.

                                      \\\\\

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

                    \\\\\

Erina memandang kosong pakaian di atas katil itu. Gila. Dia takkan pakai pakaian yang ketat dan seksa itu. Mata sekali lagi mula berair. Hampir sebulan dia dikurung di sini.

Kata Faizal, dia perlu tunggu seorang jutawan menyelesaikan kerjanya di France. Erina telah dibooking oleh jutawan itu. Tiada sesiapa yang boleh sentuh Erina selain dirinya. Dan hari ini, hari yang ditunggu-tunggu oleh jantan tak guna itu.

Takdir | KTH Where stories live. Discover now