Erina masih tenang menunggu di dalam kereta sementara Taehyung menghubungi ayahnya di luar untuk memberitahu tentang kehadirannya di rumah mereka, di Daegu. Petang tadi, suami dia tiba-tiba mengajak dia ke kampung halamannya dan di sini lah mereka sekarang. Erina pula tidak berhenti berdebar untuk berjumpa dengan keluarga Taehyung kerana dia tidak pernah berjumpa pun sebelum ini.Lamunannya melayang apabila bunyi pintu ditutup menyapa gegendang telinga. Taehyung menayang senyum kelat. Ha sudah.
"Macam mana?" tanya Erina.
"Omma dengan appa takde kat Daegu sekarang ni. Saya lupa pulak diorang ada kerja kat Ilsan." mata Taehyung berkedip sekali.
"And then macam mana kita nak masuk? awak takde kunci lebih ke?"
"Ada, tapi..." Taehyung mengemam bibir. Erina menggeleng pasrah. Tertinggal lah tu! takkan Yeontan curi pulak.
"Tapi awak jangan risau! sekejap lagi adik saya sampai." Taehyung menayang senyuman kotak. Erina mengangguk sahaja. Dia tahu suaminya ada dua orang adik. Seorang lelaki dan seorang perempuan tetapi nama mereka sahaja yang tidak diketahui.
Suasana di dalam kereta itu sunyi. Kedua-dua mereka leka dengan keindahan langit malam di atas. Bintang-bintang yang menghiasi langit membuatkan mereka berasa tenang.
"Erin..." Taehyung bersuara. Erina hanya menggumam sahaja.
"Kalau awak kata takdir kita memang dah ditetapkan sebelum kita lahir lagi, macam mana pulak dengan orang-orang yang bunuh diri tu?" Erina menoleh ke sebelah. Taehyung masih leka memerhati langit malam.
"Takdir dan qada' qadar sama maksud. Qada' dan qadar terbahagi kepada dua. First, qada' dan qadar yang memang tak boleh diubah. Contohnya jodoh saya adalah awak. Itu memang telah ditetapkan. Yang kedua, qada' dan qadar yang boleh diubah melalui usaha. Contohnya, awak dah dilahirkan dalam keadaan tiada agama tapi awak usaha untuk mendalami ilmu Islamiah. Tapi orang-orang yang bunuh diri memang tidak disukai Allah sebab Allah masih beri dia peluang untuk teruskan hidup melakukan amal tetapi dia memilih untuk tinggalkan segalanya." jelas Erina sambil menggariskan bintang-bintang dengan jari telunjuknya.
"Taehyung... awak pernah jumpa dengan mak kandung saya tak?" Taehyung mengangkat kening memandang isteri dia yang masih memandang ke atas.
"Saya teringin nak jumpa dengan dia. Saya nak tanya dia kenapa dia tinggalkan saya."
Taehyung perasan mata Erina sudah berkaca dan belum sempat dia nak buat apa-apa, air mata perempuan itu sudah menurun.
"Dia sihat ke tidak? hidup lagi ke tidak?" Erina menggigit bibir menahan tangisannya. Jari Taehyung naik menyeka air mata Erina.
"Saya tak pernah jumpa dengan mak. Tapi saya tahu orang yang kenal dengan mak." semakin terharu Erina dibuatnya apabila Taehyung memanggil dengan panggilan 'mak' walaupun dia tidak pernah kenal dan jumpa pun mak kandungnya itu.
YOU ARE READING
Takdir | KTH
Fanfiction"Kalau awak kata takdir kita memang dah ditetapkan sebelum kita lahir lagi, macam mana pulak dengan orang-orang yang bunuh diri tu?" - Taehyung "Takdir dan qada' qadar sama maksud. Qada' dan qadar terbahagi kepada dua. First, qada' dan qadar yang m...