Januari 2020
—
"Nah your favourite cake, red velvet. Dijamin halal." Chaerim menghulurkan sepinggan kek red velvet kepada Erina lalu duduk bersila di sebelahnya. Erina menyambut pinggan itu dengan senyuman.
Mereka sekarang berada di halaman rumah kawan Chaerim yang juga salah seorang manager dari syarikat Big Hit. Jamuan makan-makan sempena isterinya mengandung anak pertama. Mereka berdua tidak bersuara. Kedua-dua masih terbuai dengan keindahan malam yang dihiasi bersama bintang-bintang yang bercahaya. Sepi yang lama.
"Kenapa dia mengaku dia ayah kandung saya?"
Chaerim memandang Erina disisinya. Agak terkejut juga. Sejak daripada peristiwa itu, Erina langsung tidak sentuh tentang hal ini lagi. Dia juga tidak mahu bercerita lebih. Chaerim tahu Erina masih trauma dengan apa yang telah terjadi. Tangan Erina digenggam.
"Kenapa Aniq sanggup buat saya macam itu?"
Air mata Erina mula bertakung lagi.
Pedih rasanya apabila kita sudah mula menyayangi seseorang, tapi dibalas dengan kekecewaan. Dikhianati. Setitis air mata Erina jatuh ke pipi."Erin... Aniq itu sebenarnya daripada pasukan unit tindakan khas Malaysia. Dia perlu menyamar menjadi anak buah Faizal dan mengumpul maklumat yang boleh membantu polis di sini..."
Chaerim mengeluh.
"Tetapi dia juga akan dikenakan hukuman atas perbuatan yang telah dilakukan kepada awak, Erin. Ramai saksi yang nampak."
Erina terdiam. Dia tidak sangka Aniq adalah seorang polis. Tak pelik juga kerana Aniq memang pencinta seni mempertahankan diri. Erina juga tahu bahawa Aniq sudah mempelajari sukan Taekwondo sejak umur tujuh tahun lagi.
Dia masih ingat lagi pada tahun 2014. Ketika itu, hubungan mereka baru mencecah 1 tahun. Aniq telah memenangi 2 pingat emas dan 1 pingat perak ketika mewakili negara di Korea Selatan. Teringat suara Aniq berceritakan pengalaman dia ketika menelefon Erina.
Erina juga sudah tentu sangat bangga. Gembiranya mereka ketika itu.Tetapi bukan itu yang Erina kisahkan sangat. Dia cuma nak tahu kenapa Faizal mengaku diri dia sebagai bapa kandungnya? Atau lelaki itu ingin dia memanggil dirinya sebagai sugar daddy? Boleh jadi.
"Erin, ada orang nak jumpa. Jom." Chaerim sudah bangun. Dia menghulurkan tangan kepada Erina. Dahi Erina berkerut memandang Chaerim tetapi dia turut bangun juga.
Mereka bergerak ke pintu gerbang. Chaerim mengarahkan Erina untuk duduk di bangku hadapan taman mini rumah ini. Erina tidak membantah apabila Chaerim berdiri jauh sedikit darinya. Sementara menunggu, Erina melihat tanaman-tanaman bunga yang cantik tersusun rapi di dalam pasu. Dia tersenyum. Angin malam yang dingin membuatkannya memeluk tubuh.
"Assalamualaikum, Erin..."
Erina menoleh ke belakang. Serta-merta dia terbangun dari bangku. Berdiri tegak dengan mata yang membulat memandang pemilik suara tadi.
"Abang Am?" soal Erina bagi memastikan yang matanya tidak salah melihat.
"Ya abang Am lah ni." Am atau nama panjangnya, Amirul merupakan abang sulung kepada Erina. Setahu Erina, abangnya itu sedang belajar di Universiti Nagoya, Jepun. Kali terakhir mereka berjumpa ketika Erina baru masuk sekolah menengah. Rindunya dia pada Amirul Tuhan sahaja yang tahu.
Erina lebih rapat dengan Amirul berbanding adik-adik kembarnya, Andika dan Arjuna. Dulu, Amirul lah yang selalu mengajar Erina menulis, mengira, mengaji, memasak dan banyak lagi. Erina mendepakan tangan ingin memeluk Amirul. Air mata sudah lama menurun.
YOU ARE READING
Takdir | KTH
Fanfic"Kalau awak kata takdir kita memang dah ditetapkan sebelum kita lahir lagi, macam mana pulak dengan orang-orang yang bunuh diri tu?" - Taehyung "Takdir dan qada' qadar sama maksud. Qada' dan qadar terbahagi kepada dua. First, qada' dan qadar yang m...