47 ☾

23 1 0
                                    


Sebatang rokok diletakkan di bibir lalu pemetik api diambil. Setelah beberapa saat, dia mengeluarkan asap dari mulutnya. Ismail berdiri di balkoni rumahnya tanpa berbaju bagi menikmati angin malam. Sekeping gambar di tangannya ditenung lama dengan penuh perasaan.

"Erina lari daripada abang?" katanya sambil mengusap perlahan gambar seorang wanita yang dicintainya.

Memang dia sudah lama berdendam dengan Taehyung kerana lelaki itu memiliki segala-galanya sedangkan dia? Tapi itu tak bermaksud bahawa Taehyung juga boleh memiliki wanita yang disayanginya. Dia yang kenal dengan Erina dahulu tetapi kenapa lelaki lain yang dapat memiliki wanita itu?!

Kadang-kadang Ismail bertindak berimaginasi bersama Erina jika dia terlalu cemburu. Tambahan pula apabila dia terfikir bahawa ada tangan yang melingkari pinggang ramping wanita itu. Hati dia seperti ingin mati mengingatkan bahawa dia tidak akan dapat menyentuh Erina.

"Kau boleh memiliki segalanya, Taehyung..." katanya dengan penuh dendam sambil melihat pada gambar Erina yang berada di dalam genggamannya.

"Tapi bukan Erina." sejurus itu dia menjilat perlahan wajah wanita itu yang berada di dalam gambar. Menandakan bahawa Erina sepatutnya menjadi miliknya, bukan milik seorang Kim Taehyung!

Bunyi telefon menghentikan pemikirannya. Ismail berlalu masuk ke dalam rumahnya dan telefon miliknya dicapai. Nombor lelaki yang paling dibencinya.

"Hello, Mikha!"

"Assalamualaikum, Mail."

Ismail mencarut di dalam hati apabila mendengar suara lelaki itu.

"Waalaikumsalam. Kenapa kau call?" tanya Ismail malas mahu bermesra lagi.

"K-Kau kena tolong aku! isteri aku hilang... Erina hilang!" jelas cemas suara Taehyung pada saat itu.

Ismail yang mendengar berita itu turut berasa gundah. Erina kesayangannya hilang?

"Macam mana boleh hilang? kau tak jaga isteri kau betul-betul ke?" balasnya dengan suara yang ditahan. Tidak mahu Taehyung perasan jika dia meninggikan suaranya.

"Aku nak jumpa kau. Aku rasa kau aje yang boleh bantu aku, Mail."

Ismail mendengar suara Taehyung yang sudah seperti kehilangan sumber hidup. Dia pasti akan gembira jika Erina berada di sisinya dan Taehyung menangis di hadapannya sekarang ini tetapi tidak... Erina benar-benar sudah hilang.


\\\


"Taehyung..."

Taehyung berpaling ke belakang. Mulutnya terus mengukir senyuman lebar apabila melihat Erina yang sudah terjaga dari lenanya.

"Saya nak air."

Cepat-cepat Taehyung menghulurkan Erina secawan air masak. Rambut hitam isterinya dibelai lembut. Erina masih sama dengan muka pucatnya namun kesihatannya semakin baik dan tidak lama lagi isterinya boleh pulang semula ke rumah.

"Saya meracau lagi ke malam tadi?" soal Erina sambil mengurut dahinya.

Sudah 3 malam dia mimpi perkara-perkara yang tidak ingin dia ingat. Mimpi apa lagi kalau bukan saat dia dan lelaki asing berada di atas katil yang sama?

"Surprisingly, sayang tidur dengan sangat nyenyak malam tadi. Macam baby." jawab Taehyung sambil membelai tangan Erina dengan senyuman.

Erina menghentikan pergerakan tangan Taehyung dan membawa tangan lelaki itu ke dalam genggamannya. Perlahan-lahan bibir Erina berlabuh di tangan suaminya itu.

"Saya tahu awak tak nak dengar ini, tapi saya minta maaf sebab tak mampu nak jaga maruah saya sebagai isteri awak. Saya dah berdosa sebab berada di satu katil yang sama dengan lelaki lain. Saya betul-betul redha dengan takdir hidup saya. Maafkan saya, Taehyung?"

Lidah Taehyung terkelu dan hatinya yang sebelum ini berasa kosong akhirnya terasa debaran setelah mendengar kata-kata Erina. Tanpa sedar air mata sudah mengalir di pipi.

"Satu fakta yang awak perlu tahu, Erin. Saya sentiasa maafkan awak dalam apa jua situasi sekali pun. Saya juga minta maaf kerana sudah gagal melindungi awak sebagai seorang suami dan seorang ayah. Maafkan saya, Erin.
Kosong-kosong?"

Akhirnya terlepas juga tawa Erina ketika mendengar kata-kata suaminya. Taehyung membawa Erina ke dalam pelukannya. Mereka berdua saling mengeluarkan air mata.
Air mata bahagia.

"Saya nak awak ingat sentuhan saya, Erin. Only me. Tiada lelaki lain yang boleh sentuh awak macam mana saya sentuh isteri saya. Ingat tu?" tambah Taehyung lagi sambil membelai perlahan pinggang ramping milik Erina.

///

Ding dong!

Mendengar bunyi loceng, Ismail meneguk lagi segelas air bagi menghilangkan rasa gementarnya. Wajahnya dilihat di cermin bagi memastikan tiada reaksi yang mencurigakan.

Pintu dibuka dari dalam dan Ismail kini berada berhadapan dengan Taehyung. Wajah Taehyung terlihat seperti tiada perasaan.

Belum sempat Ismail ingin membuka mulut, penumbuk telah hinggap ke pipi kanannya menyebabkan dia terjatuh ke lantai. Taehyung mengurut perlahan tangannya yang sudah melepaskan penumbuk itu. Pedih.

Tetapi tidak sepedih hatinya apabila melihat wajah lelaki yang dianggap sahabat, sudah menganiaya dirinya. Malah sudah melampaui batas dengan menyentuh isterinya!

"Auch!" Ismail tiba-tiba tertawa dengan bibirnya yang sudah mengeluarkan cecair merah.

"Kenapa? marah? kau marah aku sebab simpan bini kau dalam bilik aku?" katanya sambil gagah berdiri semula berhadapan dengan lelaki itu.

"Kau tahu dia isteri aku. Kenapa dia juga yang kau nak?!"

Taehyung sudah meninggikan suara sambil menghentak pintu rumah itu dengan tangannya. Perkara yang sama dilakukan olehnya ketika di surau dahulu.

"Aku kenal dia dulu! tapi kau yang menyemak rampas dia daripada aku!" jeritnya sambil jari telunjuk menunjuk ke arah Taehyung.

Taehyung tidak mengambil peduli lalu mula melangkah ke pintu yang berada di tengah-tengah rumah itu. Dengan selamba tangannya memulas tombol pintu lalu serta-merta matanya membulat.

Gambar-gambar Erina hampir memenuhi dinding bilik ini. Gambar Erina ketika bersama Chaerim, gambar Erina ketika mereka selesai nikah dan banyak lagi. Matanya terhenti pada satu gambar iaitu gambar Erina sedang tidur di atas lengan Ismail. Hancur hatinya melihat gambar itu walaupun dia tahu itu bukan salah Erina.

"Aku boleh jaga dia lebih baik daripada kau." bisik Ismail perlahan sambil tersenyum sinis.

Dia tahu bahawa Taehyung sudah nampak gambar dia dan Erina berada di atas katil yang sama. Dan semestinya dia lah orang yang paling bahagia sekarang. Dia sangat suka apabila melihat wajah Taehyung bertukar muram kerana itu tandanya lelaki itu sudah kalah di tangannya.

Dengan tangan yang menggenggam penumbuk, Taehyung berpaling ke belakang menghadap Ismail yang sudah tersenyum sinis.

"Fuck off." ucap Taehyung seraya meludah ke wajah lelaki di hadapannya itu.

Tiba-tiba sekumpulan polis menyerbu ke dalam rumah tersebut menyebabkan Ismail mengusutkan rambutnya. Dia ingin lari namun terlalu lambat kerana Inspektor Han telah menahannya. Taehyung tersenyum menang tatkala mata mereka bertentang antara satu sama lain. Sempat dia menunjukkan jari tengahnya kepada Ismail sebelum dia berlalu keluar dari rumah itu.












































TAKDIR

Takdir | KTH Where stories live. Discover now