28 ☾

163 12 4
                                    


"Betul ni tak nak?" Eunjun duduk di meja makan sambil menyuap daging khinzir yang sudah digoreng oleh dia tadi ke dalam mulut. Jarang tau dia masak. Disebabkan abang kesayangan, dia gigihkan juga tapi Taehyung pula tidak mahu.

"Jeongyu mana? dari semalam dia tak balik." tanya Taehyung sambil menyisir rambutnya di hadapan cermin.

"Ntah. Tidur rumah kawan dia kut." Eunjun teruskan mengunyah dengan penuh selera. Nampaknya, hari ini cheat day untuk dia terus diet lagi lah!

"Erin! dah siap ke?" jerit Taehyung umpama jarak bilik dan ruang tamu seperti Malaysia dan Korea Selatan. Cepat-cepat Erina keluar dari bilik. Dia tersenyum mengangguk.

"Kitorang nak keluar. Jaga rumah elok-elok. Kalau ada orang pecah masuk, pastikan Yeontan selamat, faham?"

Terhenti mengunyah Eunjun dibuatnya. Wah. Habistu dia ini tak perlu diselamatkan lah? wah wah wah. Ada jugak yang jadi lauk sup anjing nanti kang.

"Hihi gurau je. Kalau ada apa-apa, call abang tau?" Taehyung tersenyum kotak lalu melayangkan sebuah ciuman di atas kepala adik perempuannya. Eunjun tersenyum kecil dengan anggukan.

Erina menghidupkan enjin kereta sementara Taehyung mengunci pintu pagar. Selesai, kereta itu mula bergerak pergi dari laman rumah itu.

                                        ////

Selepas mengenakan sedikit lip balm di bibir, Erina tersenyum di hadapan cermin. Membelek dirinya yang sedang tersenyum bahagia di dalam itu. Tiba-tiba satu notifikasi masuk di iPhonenya. Nombor yang tidak dikenali.

Unknown : *photo
Unknown : Papa rindu nak jumpa anak dara  papa. Rindu nak cakap dengan dia. Tunggu papa ya sayang? ❤️

Jantungnya berdetak lebih laju apabila dia melihat gambar yang dihantar oleh Faizal. Gambar dia dan Aniq di hadapan restoran hari itu. Erina bertukar pucat.

"Tak mungkin..." Erina menggeleng berkali-kali menolak sangkaannya. Tidak mungkin Aniq masih menjadi anak buah Faizal. Kalau tidak, dari malam itu lagi dia dah kene culik.

Erina terus teringatkan Chaerim. Mesej serta gambar yang diterima juga dia screenshots lalu hantar kepada Chaerim untuk diberikan kepada pihak polis.

"Erin! dah siap ke?"

Terkejut dengan panggilan Taehyung, dia membelek dirinya di cermin sekejap sebelum membawa beg tangannya bersama-sama melangkah keluar dari bilik itu.

"Sayang!"

Lamunan Erina hilang serta-merta. Taehyung di sebelah dilihat sedang mengangkat kening dengan muka yang tertanya-tanya.

"A-Apa?" Erina berdehem lalu bermain dengan zip beg Chanelnya di atas peha. Taehyung memegang tangan isterinya menyebabkan Erina mengangkat muka.

"Ada masalah ke?" Taehyung bertanya lembut. Sepanjang perjalanan tadi, Erina termenung sahaja seperti ada yang mengganggu fikiran perempuan itu. Erina mengulum senyum lalu menggeleng. Dia tidak mahu suaminya tahu tentang mesej itu. Erina tahu Taehyung penat dengan kerja jadi dia tidak mahu menyusahkan lelaki itu. Erina menjenguk ke luar.

"Awak bawak saya pergi mana ni?" ceria Erina bertanya. Biarlah dia lupa sekejap pasal masalah Faizal. Yang penting dia nak bergembira dengan suaminya, Taehyung.

Takdir | KTH Where stories live. Discover now