Dari lobi, dalam lif, sehinggalah sampai di hadapan pintu rumah, Erina dan Taehyung tidak bersuara. Tiada siapa antara mereka yang memulakan perbualan. Pintu apartment miliknya dikuak besar oleh Taehyung lalu mereka masuk ke dalam."Buatkan saya air. Haus." belum sempat Erina nak masuk bilik, Taehyung mengarah.
Dengan muka yang tiada perasaan, Erina berlalu ke dapur untuk membuat air. Taehyung duduk di atas sofa dengan muka yang dibuat serius sebelum mengemam bibir sambil mengintai ke dapur. Dia janji dia akan buat isteri dia tenang dan tidak lagi serabut dengan masalah yang dihadapi.
Erina muncul beberapa minit kemudian bersama jus oren di tangan. Gelas tersebut diletakkan di atas meja kaca di hadapan sofa yang diduduki Taehyung.
Erina terjerit apabila Taehyung menarik tangannya duduk di atas riba lelaki itu. Taehyung memeluk pinggang isterinya dari belakang. Dagu direhatkan di atas bahu Erina. Taehyung mengetatkan lagi pelukan apabila Erina mahu berdiri.
Lama Taehyung tunggu Erina untuk bersuara namun perempuan itu hanya berdiam diri. Taehyung membawa wajahnya seinci ke leher jinjang milik Erina. Aroma minyak wangi yang masuk ke rongga hidung membuatkan Taehyung tidak mampu untuk menahan diri.
Perlahan-lahan bibirnya menyentuh kulit Erina menyebabkan perempuan itu tersentak. Erina menggenggam kedua-dua belah tangannya, rasa seperti rama-rama sedang berterbangan di dalam perut.
"Taehyung!" akhirnya Erina terjerit kecil menghentikan perbuatan Taehyung. Dia tersenyum menang.
"Ya saya. Kenapa?" Taehyung menyoal dengan nada menggoda.
Erina menelan air liur kelat. Sekali lagi dia cuba untuk bangun dari riba Taehyung namun tidak berjaya. Erina menghembus nafas perlahan.
"Awak cakap awak haus kan tadi? itu saya dah buat air, minum lah."
Taehyung melihat gelas di atas meja sekilas. Tangannya mengambil gelas itu lalu diminum. Apabila air sudah habis separuh, Taehyung menghulur pula gelas itu kepada Erina.
"Sekarang, saya nak Erin minum pulak. Sayang mesti haus kan? hm?" Erina tidak menjawab.
"Air yang sejuk boleh menyegarkan badan. Segarkan otak daripada berserabut." jelas Taehyung dengan yakin. Dia pun tak tahu sahih ke tidak. Erina mengerutkan kening.
"Mana awak tahu?"
"Minum jelah. Dengar cakap suami."
Akhirnya Erina minum juga jus oren tersebut. Dia minum sehingga licin gelas itu. Jujur, dia berasa agak segar selepas itu. Maknanya betul lah apa yang Taehyung cakap. Erina letak semula gelas yang sudah kosong itu ke atas meja. Suasana sepi antara mereka.
"I'm sorry." kata Taehyung. Erina tidak membalas apa-apa.
"Erin, I'm sorry!" Taehyung menyembamkan wajahnya ke leher Erina.
YOU ARE READING
Takdir | KTH
Fanfiction"Kalau awak kata takdir kita memang dah ditetapkan sebelum kita lahir lagi, macam mana pulak dengan orang-orang yang bunuh diri tu?" - Taehyung "Takdir dan qada' qadar sama maksud. Qada' dan qadar terbahagi kepada dua. First, qada' dan qadar yang m...