Febuari 2020
—
Bergema satu kondominum milik Chaerim dengan hilai tawa mereka berdua. Erina dan Chaerim sama-sama sedang menonton rancangan Running Man. Sudah lama mereka tidak sebegitu. Sudah lama bagi Erina sebenarnya.
"Aduh sakit perut huhuh." Chaerim memegang perutnya. Mata pula berair kerana ketawa.
Erina? Ada ni dekat lantai. Dia punya ketawa sampai terjatuh dari sofa. Berjangkit dengan Jimin lah ni, huh!Tiba-tiba Samsung Galaxy Note10 5G milik Chaerim berbunyi. Kedua-dua mereka mula bertenang lalu Chaerim menekan ikon hijau untuk menjawab panggilan daripada Namjoon.
"Ha hello! Why you call me?!" Erina menjeling Chaerim di sebelah. Cara jawab call pun macam taiko. Dia tahu Namjoon yang menelefon Chaerim. Erina hanya memandang Chaerim yang sedang mengangguk-anggukkan kepala. Selepas beberapa minit, Chaerim sudah menjatuhkan tangan.
"Dia cakap apa?" dengan terujanya Erina bertanya. Dia pun tidak tahu kenapa dia gembira sahaja hari ini. Seperti akan ada perkara baik akan berlaku.
"Diorang ajak kita sambut birthday Hoseok kat restoran." jawab Chaerim selamba sambil mengorek hidung. Mendengar kata-kata Chaerim, Erina mengeluh perlahan. Paling tak suka apabila dia kene hadap orang-orang mabuk lagi. Tambahan pula minuman keras. Trauma.
"Namjoon kata kita wajib pergi." kata Chaerim selamba kuasa dua.
"Awak pergilah, saya malaslah." kata Erina sambil menyuapkan sebiji gimbap tuna ke dalam mulut. Baik sambung tengok Kwang Soo lagi baik!
"Namjoon kata wajib pergi sebab diorang dah tempah satu restoran steamboat HALAL dari pukul 12 tengahari sehingga 3 petang khas untuk awak, Erin oi!" jelas Chaerim. Mata Erina membulat mendengarnya.
Jap. Diorang tempah satu restoran?! Hanya sebab dia seorang sahaja yang muslim? Wow!
"Bukan sebab awak je, Yoongi tu ha mengidam." jelas Chaerim lagi membuatkan Erina tergelak. Mengandung ke apa?
"Jomlah siap!" dengan kelajuan Usain Bolt, Erina berlari masuk ke dalam bilik. Chaerim yang sedang menutup televisyen hanya tersenyum. Dia bersyukur Erina sudah seperti Erina yang dahulu. Bukan lagi yang selalu menangis.
Setelah itu, dia juga berlalu ke biliknya untuk bersiap. Tiba-tiba dia teringat sesuatu.
Pintu bilik Erina diketuk lalu dibuka dengan selamba. Dah biasa. Erina yang sedang memilih baju yang hendak dipakai di dalam almarinya tidak mengendah.Chaerim memilih baju-baju di dalam almari Erina lalu sebuah dres berwarna biru cair dikeluarkan. Mata menilik dres tersebut sebelum tersenyum.
"I think you should wear this." dia menyerahkan dres itu kepada Erina yang sedang berkerut. Tak pernah lagi dia pergi sambutan hari jadi pakai dres seperti itu.
"No need your opinion okay!" Chaerim berlari keluar. Erina hanya menggeleng.
"Takpelah sekali sekala kan..." kata Erina riang.
Restoran
Sebelum mereka bergerak masuk ke dalam restoran, Chaerim menilik dirinya dan Erina dahulu. Ditenung Erina dari atas hingga ke bawah. Tak berkelip matanya. Fuh!
YOU ARE READING
Takdir | KTH
Fiksi Penggemar"Kalau awak kata takdir kita memang dah ditetapkan sebelum kita lahir lagi, macam mana pulak dengan orang-orang yang bunuh diri tu?" - Taehyung "Takdir dan qada' qadar sama maksud. Qada' dan qadar terbahagi kepada dua. First, qada' dan qadar yang m...