48 ☾

21 1 0
                                    

5 bulan kemudian

_

"Sayang, tolong butangkan baju saya." 

Taehyung muncul dengan rambut yang serabai di belakang Erina yang sedang memperlihatkan dirinya di cermin. Tidak sempat lip matte itu sampai ke bibir apabila suaminya itu mencuit bahunya.

"Allah dah bagi dua tangan 10 jari pun masih nak mintak tolong isteri. Betul lah lelaki memang tak boleh hidup tanpa perempuan." Erina menggumam perlahan sambil tangannya naik membutang kemeja biru gelap suaminya itu.

"Betul. Saya tak boleh hidup tanpa Erina." kata Taehyung seraya mencuit pipi isterinya. Geram.

"Jangan sentuh-sentuh eh. Nanti rosak mekap saya." pesan Erina lalu sambung bersiap setelah selesai membutang kemeja Taehyung.

Taehyung tersenyum lalu tangannya naik melilit pinggang Erina dengan lembut dari belakang. Dia merehatkan dagunya ke atas bahu wanita itu. Erina yang sudah terbiasa hanya membiarkan dan kekal fokus dengan mekapnya.

Tapak tangan Taehyung naik mengusap perut Erina yang sudah membesar itu. Bahagia. Perkataan itu sahaja yang boleh menerangkan kehidupan mereka beberapa bulan ini. Setelah orang-orang negatif seperti Faizal dan Ismail ditahan oleh pihak polis, dia dan Erina semakin bahagia dengan kehidupan rumah tangga mereka.

"You're stunning." tanpa sedar kata-kata itu terpacul keluar dari mulut Taehyung.

Taehyung perasan dengan wajah merah Erina setelah dia memuji wanita itu. Erina sejak mengandung ini lebih mudah 'cair' dengan kata pujian Taehyung. Setiap kali lelaki itu berkata-kata dengan ayat yang manis, pasti wajahnya bertukar merah walaupun apa yang dikatakan tidak lah se'sweet' mana. Comel.

"Jomlah. Kita dah lambat." kata Erina malu-malu sambil membelai rambut suaminya.

Sungguh dia tiada idea mengapa dia menjadi sangat sangat malu apabila Taehyung memujinya. Sedangkan itu bukannya kali pertama dia dipuji. Mungkin pengaruh bayi yang berada dalam kandungan?

///

"Erin!" Puan Jasmin terjerit kecil tatkala melihat kelibat Erina dan Taehyung di pintu gerbang dewan itu.

"Ibu rindu sangat dengan awak." ucapnya lagi sambil memeluk tubuh Erina. Ubun-ubun perempuan itu juga dia cium lama.

"Erin pun rindu ibu."

"Cucu ibu sihat?" soalnya sambil mengusap perut Erina dengan senyuman.

"Alhamdulillah sihat." balas Erina dengan senyuman lebar.

Matanya memandang pasangan sehari di atas pelamin itu. Abang Amirul yang merupakan abang angkatnya sudah sah menjadi suami orang. Tanpa sedar air mata sudah bertakung di tubir mata.

"Taehyung, Erin, pergi makan dulu ya. Ibu nak kene sambut tetamu ni." pesan Puan Jasmin lalu meninggalkan mereka.

"Jom, Erin." Taehyung menarik perlahan tangan Erina lalu menggenggamnya.

Taehyung memilih meja yang berada di penjuru dewan memandangkan dia tidak mahu duduk di kalayak ramai. Dia cuma berdoa di dalam hati supaya tiada orang yang akan mengenali dirinya.

"Sayang nak makan apa? nasi atau spaghetti?" tanya Taehyung dengan wajah manisnya.

"Awak betul ke nak ambil? tak takut orang tahu?" Erina membalasnya dengan soalan.

Soalan Erina menyebabkan Taehyung terdiam. Dia memikir cara untuk pergi mengambil makanan di tempat yang penuh dengan orang. Tidak lama apabila dua orang lelaki yang terlihat seperti pelajar mendekati meja mereka.

"Hai, kak Erin!" ucap mereka berdua dengan serentak.

"Andika? Arjuna?!"

Akibat terlalu teruja, suara Erina hampir didengari oleh satu dewan. Takdelah satu dewan tapi orang-orang yang berdekatan juga melirik mata ke arah mereka. Erina menutup mulutnya dengan tangan. Sungguh tidak sangka dia akan bertemu semula dengan adik-adik kembarnya ini!

"Dah lama kita tak jumpa." kata Erina dengan nada sedih.

Taehyung yang melihat interaksi antara mereka menayang senyum senget. Perlahan-lahan dia berdiri di belakang kerusi Erina dan tersenyum ke arah si kembar itu.

"Sebelum kita berborak panjang, apa kata korang tolong ambilkan makanan untuk kakak korang ni?" tanya Taehyung tanpa segan silu.

Erina menahan ketawa dan meminta tolong kepada Andika dan Arjuna untuk menghidangkan juada-juadah yang disediakan kepada mereka. Taehyung bersyukur apabila mereka tidak merungut malah lebih besar hati untuk melayan Erina. Mungkin kerana mereka sudah lama tidak berjumpa.

Sementara menunggu adik-adiknya, Erina hanya merenung pasangan pengantin baru yang berada di atas pelamin itu. Jauh di dalam sudut hatinya, dia teringin untuk merasai perasaan ketika di atas pelamin. Berpakaian cantik dan menawan, kamera sentiasa menangkap segala memori indah sebagai pasangan sehari.

"Sayang?" Taehyung menyentuh lembut tangan Erina menyebabkan dia mengalihkan pandangan.

"Hm."

"Kenapa sayang tengok pengantin tu macam sayang nak jadi pengantin jugak?" soal Taehyung dengan nada bergurau.

"Saya teringin nak naik pelamin..." jujur Erina menjawab dengan muka polosnya.

"Itu kalau makcik-makcik dengar tu, boleh fikir lain dah." gumam Taehyung perlahan sebelum menayang senyuman kotaknya.

"Takpe... nanti kita naik pelamin."

Erina melihat Taehyung atas bawah bagi mencari kebenaran daripada kata-kata lelaki di hadapannya itu.

"Maksud awak... nanti kita naik pelamin tu untuk tangkap gambar?" soalnya sambil jari telunjuk menunjuk ke arah pelamin Amirul.

"Yelah, itu yang Erin maksudkan kan?" tanya Taehyung sambil mengedip matanya beberapa kali.

Erina hanya menghembus nafas perlahan sambil perlahan-lahan dia menarik tangannya dari genggaman Taehyung. Tanpa sedar bibirnya sudah muncung ke hadapan. Taehyung yang baru tersedar, tersenyum dan mengangkat kepala Erina memandang wajahnya.

"Sayang nak naik pelamin?"

Tiada respons.

"Erina.."

"Hish! saya nak dengan awaklah. Itu pun tak faham ke..." jawab Erina dengan nada yang ditahan. Keningnya bertaut menandakan dia geram dengan soalan Taehyung. Kalau dah tahu tu jangan lah tanya lagi!

"Okay. Anything for you."

                                        \\\

"Awalnya balik... saya tak puas lagi bersembang dengan ibu dan adik-adik."

Erina merungut sambil memeluk tubuh ketika sudah berada di dalam kereta. Taehyung yang sedang memandu hanya melihat isterinya sekilas. Dia tersenyum melihat bibir Erina yang muncung mengalahkan Donald Duck.

"Sorry, Erin. Kita kene balik sebab saya ada kerja."

Taehyung cuba meraih tangan Erina namun wanita itu mengelak. Perlahan-lahan tangannya turun ke peha isterinya. Jari-jemarinya bermain di sekitar peha Erina menyebabkan wajah isterinya mula bertukar merah. Malu!

"Tangan ni letak kat sini diam-diam." kata Erina seraya meletakkan tangan Taehyung yang berada di pehanya ke stereng kereta semula.

Keadaan menjadi lebih sunyi dan hanya lagu yang berkumandang di radio sahaja kedengaran apabila Erina sudah melelapkan mata. Selepas beberapa minit, Taehyung meraih tangan Erina lalu digenggam erat. Tidak cukup dengan itu, dia membawa tangan isterinya ke bibir. Lama.
































TAKDIR

Takdir | KTH Where stories live. Discover now