Taehyung ikut tertawa bersama rakan-rakannya sambil menjamu selera. Sebenarnya dia tidaklah begitu selera mahu makan. Hatinya berasa tidak sedap sejak petang tadi. Tidak tahu mengapa."AH! KUMBANG! JUNGKOOK!" jerit Hoseok sambil berselindung di belakang badan sasa Jungkook. Taehyung juga turut berselindung di belakang Hoseok. Dua-dua penakut.
Jungkook dengan tenangnya membuang kumbang tersebut menggunakan tisu. Selesai, Taehyung kembali duduk di kerusi manakala Hoseok mengucapkan terima kasih kepada maknae mereka.
"Taehyung, kau ada masalah ke?" soal Namjoon sebagai ketua yang prihatin. Bahu Taehyung di sebelahnya dipeluk mesra.
"Eleh rindu bini ler tu..." usik Jimin sambil mengunyah. Melihat reaksi Taehyung yang memandangnya tajam membuatkan dia melepaskan tawa sehingga matanya tersenyum.
"Lah, aku lupa pulak yang dia dah jadi suami orang." sampuk Yoongi yang ketika itu sedang membuka tin minuman.
"Nampak sangat kau dah tua, dah nyanyuk." dengan semangatnya Seokjin berkata sambil tangannya mengipas daging yang sedang dibakar.
"Hyung pun sebenarnya lupa jugak kan?" tanya Jungkook dengan nada mengusik.
Mereka akhirnya melepaskan tawa apabila Seokjin menganggukkan kepala dengan wajah yang memerah. Haa tahu malu!
"Tae, kalau kau nak share, kitorang sudi mendengar tapi kalau kau tak nak, kitorang tak paksa." kata Hoseok dengan lembut.
Taehyung berasa terharu. Memang sebelum ini, masalah dia akan berkongsi dengan mereka. Tetapi kali ini bukan pasal dirinya sahaja malah ianya melibatkan isterinya sendiri.
"Takde apa pun cuma dari petang tadi hati aku rasa tak tenang." jujur Taehyung tidak peduli dengan kamera-kamera yang sedang merakam mereka dari setiap sudut.
"Macam ada yang tak kena." sambungnya lagi sambil meraup rambutnya ke belakang.
"Pasal Erina ke?" soal Jungkook dan Taehyung hanya mengangkat bahu tidak tahu.
"Tak sure. Boleh jadi family dia jugak." sampuk Namjoon.
Taehyung hanya termenung pada langit yang gelap itu. Gelap sehingga tiada satu bintang pun berada di situ. Langit pada malam itu tidak seindah sebelum ini. Taehyung melepaskan keluhan panjang lalu sambung makan malam yang tergendala sebentar tadi.
\\\
"Bos, Erina kene culik!" lelaki itu berkata dengan cemas.
"Kau merepek apa ni?" Jantung Faizal mula berdetak laju.
"Betul bos! tadi saya sendiri yang ikut anak bos kat airport lepastu saya tak sempat kejar kereta dia—"
"Siapa dia?" Faizal soal dengan serius. Urat-urat di leher yang terlihat menandakan dia sedang marah. Sangat marah.
"Maaf, bos. Budak kita tak dapat maklumat lagi tentang lelaki tu." lelaki itu menelan air liur. Bukan dia tidak kenal dengan bosnya itu. Haram jika ada yang menyentuh kulit anak perempuannya tanpa izin dirinya.
Tanpa sepatah kata, Faizal berlalu keluar dari perpustakaan itu dengan wajah yang bengis. Berani orang itu mengambil haknya.
"Aku ingatkan bos aku je yang ada niat nak culik anak dia, ada lagi eh? cantik sangat ke anak bos tu? aku tengok biasa je..." kata lelaki itu sambil menggelengkan kepala.
YOU ARE READING
Takdir | KTH
Fanfic"Kalau awak kata takdir kita memang dah ditetapkan sebelum kita lahir lagi, macam mana pulak dengan orang-orang yang bunuh diri tu?" - Taehyung "Takdir dan qada' qadar sama maksud. Qada' dan qadar terbahagi kepada dua. First, qada' dan qadar yang m...