"Cheer up baby! cheer up baby!"Erina mengeluarkan bakat menarinya yang tak berapa nak elok itu. Biarlah tak pandai menari sekali pun, janji dia mahu menepikan keserabutannya sekarang. Yang mengemberikan dia lagi adalah ustaz Fahmi yang sedang dalam perjalanan ke sini. Yeay!
Tiga pinggan dan gelas disusun rapi di atas meja makan. Tidak dilupakan juga semangkuk air untuk mencuci tangan sebelum makan. Apabila mendapat tahu bahawa ustaz Fahmi sudi untuk berjumpa dengan Erina, dia terus gigih masak masakan Malaysia iaitu kari ayam.
Erina ingat-ingat lupa bahan-bahan yang diperlukan kerana sudah lama dia tidak masak masakan negaranya. Sebelum ini, dia selalu membantu ibu memasak di dapur.
"Sayang, ustaz dah sampai kat bawah. Saya turun jemput dia kejap." Taehyung memakai sandal lalu keluar daripada rumah bersama kunci di tangan.
Jujur Erina berasa agak berdebar. Berdebar untuk mendengar penjelasan daripada adik kepada ayah kandung dia sendiri. Dalam hati, Erina berdoa banyak-banyak agar Allah SWT memberi dia peluang untuk berjumpa dengan ibu kandungnya.
Dan akhir sekali, nasi yang sudah ditanak dituang ke dalam mangkuk kaca besar lalu diletakkan ke atas meja makan. Erina melepaskan keluhan. Penat tapi dia bahagia.
"Assalamualaikum..." suara Taehyung memberi salam membuatkan Erina berlari anak ke dalam bilik untuk menyarung tudung di kepala.
"Waalaikumsalam. Jemput masuk, ustaz." Erina menayang senyum.
Taehyung menjemput ustaz Fahmi untuk duduk di meja makan. Erina mengikut dari belakang. Daripada pandangannya, Faizal terlihat agak kacak walaupun sudah berumur. Mungkin dalam lingkungan 40-an? Wajah Faizal dan ustaz Fahmi tidak banyak yang berbeza, cuma wajah ustaz Fahmi nampak lebih tenang dan kaya dengan senyuman manakala Faizal lebih kepada aura ketegasan dan sangat serius.
"Jadi.. ini Erina?" soal ustaz Fahmi lalu tersenyum lembut. Semasa menjadi wali kepada wanita itu, dia tidak mempunyai masa yang lama untuk berbual dengannya. Walau hanya lihat daripada jauh sahaja, dia sangat bersyukur kerana anak buahnya itu membesar dengan baik.
Erina mengangguk tersenyum. Perlahan-lahan dia menghulurkan tangan untuk bersalam dengan ustaz Fahmi. Taehyung yang melihat turut tersenyum. Ustaz Fahmi menyentuh kepala Erina ketika wanita itu mencium tangannya. Tanpa sedar, matanya berair.
"Sebelum kita borak-borak, makan tengahari dulu ya, ustaz?" kata Taehyung mesra.
"Jangan panggil ustaz... panggil pak ngah je." Taehyung dan Erina menganggukkan kepala. Mereka mula menjamu selera dimulai dengan doa yang dibaca oleh ustaz Fahmi.
///
Selepas sahaja selesai menjamu selera, mereka solat Zohor berjemaah. Sekarang, ustaz Fahmi dan Taehyung sedang berehat di ruang tamu manakala Erina sedang membancuh air di dapur. Erina menghembus nafas perlahan lalu melangkah ke ruang tamu.
"Jemput minum, pak ngah." kata Erina dengan nada yang ceria. Dia melabuhkan punggung di sebelah suaminya.
"Pak ngah, boleh saya tahu mak ada kat mana sekarang?" Taehyung terus menoleh ke arah Erina. Macam tak hormat je terus tanya macam itu.
Ustaz Fahmi tergelak kecil lalu memandang anak kepada abangnya itu. Haih. Sama sahaja seperti ayah dia. Tak boleh nak sabar...
"Erin yakin mak masih ada di dunia?" soal Ustaz Fahmi tiba-tiba membuatkan wajah Erina bertukar pucat. Taehyung juga agak terkejut dengan soalan yang diterima.
Tanpa banyak berfikir, Erina mengangguk dengan yakin. Hatinya kuat mengatakan bahawa ibu kandungnya masih bernafas lagi. Melihat anggukan Erina, ustaz Fahmi tersenyum lembut.
YOU ARE READING
Takdir | KTH
Fanfiction"Kalau awak kata takdir kita memang dah ditetapkan sebelum kita lahir lagi, macam mana pulak dengan orang-orang yang bunuh diri tu?" - Taehyung "Takdir dan qada' qadar sama maksud. Qada' dan qadar terbahagi kepada dua. First, qada' dan qadar yang m...