"Kalau awak kata takdir kita memang dah ditetapkan sebelum kita lahir lagi, macam mana pulak dengan orang-orang yang bunuh diri tu?" - Taehyung
"Takdir dan qada' qadar sama maksud. Qada' dan qadar terbahagi kepada dua. First, qada' dan qadar yang m...
Erina duduk di sebelah Chaerim sambil mengunyah gula-gula getahnya. Pemandu terus memulakan perjalanan ke Seoul's Olympic Gymnastics Arena iaitu tempat Lotte Duty Family Concert yang ke-29 akan berlangsung.
"Chaerim, awak dengan Taehyung okay ke?" soal Erina kepada Chaerim yang sedang bermain dengan telefonnya.
"Kenapa awak tanya camtu?" Chaerim memandang Erina di sebelahnya pelik.
"Takdelah. Sejak lepas habis konsert diorang haritu, dia langsung tak cakap dengan saya. Call even messages pun takde and saya pelik. Dia macam itu dengan awak juga ke?" jelas Erina panjang lebar. Chaerim membuat muka seperti sedang berfikir.
"Takde pun tadi elok je time dia call" balas Chaerim berura-ura untuk sambung bermain game.
"Dia ada call awak? cakap pasal apa? setahu saya awak pernah cakap yang awak takkan call diorang kalau bukan hal penting" Erina bertanya kerana perasaan ingin tahunya. Daripada pandangannya, Chaerim seperti tidak mahu menjawab jadi Erina bertanya soalan yang menyebabkan semua orang di dalam van itu tersedak malah ada yang tergelak sehingga terjatuh.
"Hey bila nak kahwin awak ni umur dah 30 kot" selepas itu dia terus menutup mata sambil menahan gelak. Chaerim menyuruh yang gelak tadi untuk berhenti dan mula lah dia memberi alasan mengapa dia tidak mahu kahwin lagi. Nak tahu dia cakap apa? dia cakap jodoh tak sampai lagi pfftt.
🚶🏻♀️🚶🏻♀️
"Erina-ssi, boleh tolong kejutkan Taehyung tak sebab sekarang turn dia buat rambut"
Erina mengangguk dan tersenyum. Dia pergi ke arah sofa di mana tempat Taehyung tidur. Pakaian semua Taehyung telah sarung cuma tinggal buat rambut dan berdandan sahaja. Dengan menggunakan telefonnya, dia menggerak-gerakkan bahu Taehyung. Hanya beberapa saat, dia terjaga lalu terus menggeliat.
"Turn awak buat rambut" kata Erina sambil menunjuk ke arah unnie tadi. Perlahan-lahan Taehyung bangun tanpa memandang langsung ke arah Erina. Erina yang berasa rimas dengan perubahan Taehyung itu terus bertanya.
"Saya ada buat salah dengan awak ke Taehyung-ssi?" pertanyaan itu akhirnya keluar daripada mulut Erina. Taehyung tersentak tetapi tidak menjawab malah menganggap seolah-olah Erina tiada di situ. Rasanya seperti dia bercakap dengan dinding. Erina mengeluh.
Setelah 30 minit, akhirnya Taehyung sudah siap berdandan. Dia duduk semula di sofa tadi sementara menunggu yang lain bersiap. Tiba-tiba seorang perempuan duduk di sebelahnya. Taehyung tidak melihat kerana dia kenal sangat perempuan itu. Taehyung meneruskan bermain dengan telefon dan Erina tidak dilayan olehnya.
"Asal dengan dia ni eh?" bisik hati Erina dan ingin terus bertanya Taehyung sekali lagi tetapi ada panggilan daripada telefonnya pula. Telefon di kocek seluar dikeluarkan dan nombor yang tidak dikenali terpampar di skrin. Erina mengerutkan dahi. Dia menjawab panggilan itu dan tidak berkata apa-apa. Setelah beberapa saat, keluarlah suara lelaki yang sangat dia tidak suka.
"Hello rin ku yang comel" kata Aniq dengan suara dalamnya. Erina mengeluh.
"Awak nak apa lagi Aniq?"
"Lah dah lupa lah tuh"
"Lupa apa?!"
"Awak dah janji kan? nak cerita dengan saya pasal awak ada kat sini. Dah lupa?" Erina memicit kepalanya pening.
"Sorry saya busy bye" dengan sepantas kilat Erina memutuskan talian. Dia bersandar dengan mata yang tertutup. Apa dia kesah Taehyung di sebelahnya itu. Taehyung kan sudah tidak mahu layan dia lagi.
"Bangtan sonyeondan! Boleh gerak sekarang!" jerit salah seorang pekerja di situ. Ketujuh-tujuh mereka pun berlalu pergi. Apabila Erina membuka mata, dia mendapati yang Taehyung sedang merenungnya. Erina pula memerhati Taehyung dari atas hingga bawah. Macam ada yang kurang.
Alamak! Skarf yang perlu ada pada leher Taehyung masih tiada. Dengan pantas Erina mengambil skarf di dalam beg baju dan terus berlari mengejar mereka.
"Taehyung!" Taehyung berhenti dan menoleh ke belakang. Mukanya seperti blur dengan apa yang terjadi. Tanpa membuang masa, Erina terus menarik kolar kemeja yang dipakai Taehyung sehingga kepala Taehyung serendah Erina dan mengikat skarf tersebut pada leher Taehyung dengan berhati-hati. Harap-harap takde yang fikir bukan-bukanlah. Taehyung pun agak terkejut dengan situasi itu sehingga tiada tempat lain dia boleh lihat selain mata coklat Erina.
Setelah selesai, Taehyung terus bersiap sedia untuk naik ke pentas. Sempat juga Erina memberi kata semangat seperti "fighting" kepada mereka. Erina kembali semula ke bilik persalinan mereka dan melabuhkan punggung di sofa. Dia menghembus nafas lega.
"Asal berdebar semacam ni?" Dia memegang dadanya dan disitu lah dia dapat rasakan jantungnya berdegup dengan sangat laju. Dah nak mati ke dia ini? Akhirnya dia terlelap dek kerana terlalu penat bekerja.
TAKDIR he turned on by what erina has done 😳
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.