51 ☾

23 1 0
                                    


Selesai menunaikan solat subuh, Erina terus bersandar di kepala katil untuk memberi Hana dan Nara susu. Lebih baik dia menyusukan mereka sekarang memandangkan Taehyung sedang membersihkan diri di dalam bilik air.

Erina tahu, dia tidak patut berasa malu untuk menyusukan anak di hadapan suami. Tetapi dia tetap berasa malu. Perasaan malunya itu susah untuk dibuang tambahan pula perangai gatal Taehyung itu semakin menjadi-jadi.

Erina memejamkan matanya sebentar sebelum bunyi pintu dibuka berbunyi. Terbuka luas mata Erina dan dia cuba untuk menutup sedikit bahagian dadanya. Erina menayang senyuman kekok kepada lelaki itu.

"Erin, petang ni kita hantar Hana dan Nara kat Daegu boleh?" soal Taehyung sambil mengeringkan rambut basahnya dengan kain kecil.

Erina mengerutkan dahi. Kenapa nak kena hantar Hana dan Nara di rumah ibu bapa Taehyung? Daegu dan Seoul bukannya dekat.

"Kenapa? Daegu tu jauh kot." soalan dibalas dengan soalan.

Taehyung tidak menjawab terus namun dia melabuhkan punggung di sebelah Erina yang sedang menyusukan Hana itu.

"Sebab saya nak bawak awak pergi dinner. Only us." jawab Taehyung dengan suara dalamnya. Sesiapa sahaja yang mendengar pasti boleh lemah lutut.

"Jadi saya nak awak sediakan susu untuk diorang kat sana nanti." Taehyung berlalu pula ke arah almari baju mereka.

Erina masih diam.

"Penting ke?"

Terhenti tangan Taehyung yang ingin memakai seluar itu apabila mendengar soalan Erina.

"Penting. Saya rindu awak, Erin." balasan Taehyung itu membuatkan Erina berkerut dahi.

"Ha? kenapa awak rindu saya pulak? saya ada dekat depan mata awak ni." Erina menurunkan sedikit suaranya apabila tersedar yang dia hampir meninggikan suara. Nasib baik anaknya tidak merengek.

"Malam nanti awak akan tahu, Erin."

Taehyung mendekati Erina lalu duduk bersebelahan dengan perempuan itu tanpa sepatah kata. Erina yang mula tidak sedap hati itu berdehem sedikit.

"Taehyung."

"Hm."

"Awak demam ke?"

Taehyung terus melepaskan tawanya menyebabkan Erina menutup mulut lelaki itu. Risau jika si kembar akan menangis kerana lena mereka terganggu.

"Saya pergi kerja dulu. Apa-apa hal call saya." pesan Taehyung. Erina mencium tangan suaminya dengan anggukan.



//



"Noona, boleh tolong tak?"

Chaerim menggaru kepalanya yang gatal. Dia melihat wajah Taehyung yang sedang berharap itu. Gila!

"Tapi Tae tahu kan risikonya? apa yang Erin akan hadap?"

"Ya, saya tahu dan saya dah buat persediaan, noona." jawab Taehyung dengan bersungguh-sungguh. Memang betul bahawa dia sudah membuat persediaan awal-awal lagi.

"Tae dah bincang perkara ni dengan Erin?"

Taehyung tidak menjawab.

"Malam ni saya jelaskan kat dia tapi tolong! tolong bantu Tae, boleh?" Taehyung menyatukan kedua-dua belah tangannya dengan penuh terdesak. Chaerim sahaja harapannya sekarang ini.

"Yelah, noona akan cuba bantu."

"Yeay! thank you, Chae noona."



\\



Takdir | KTH Where stories live. Discover now