malay/korean
—
"Selamat hari jadi!" riuh satu dorm itu dengan tepukan tangan. Taehyung yang baru sahaja bertukar kepada 24 tahun membuat hajat sebelum meniup lilin pada kek coklat tersebut. Dia tersenyum lebar sambil mencium anjing peliharaannya, Yeontan di dalam pegangannya.
Erina mestilah berada di belah belakang. Takut anjing hehe. Erina ke sini pun kerana Chaerim memaksanya. Walaupun terdapat beribu alasan yang dia telah bagi tetapi Chaerim tetap memaksanya. Jahatkan Chaerim? kecam dia jom.
Apabila mereka mula membuka air soju dan wine, Erina bergerak ke balkoni dorm itu. Langit yang gelap dihiasi dengan salji yang jatuh ke tanah membuatkan Erina tersenyum kecil. Tak pernah rasa salji seumur hidup dia. Erina menutup mata sambil memeluk tubuh.
"Buat apa sejuk-sejuk ini?" suara Taehyung menyebabkan Erina mencelikkan mata. Dia berdiri di sebelah Erina dengan membawa satu kotak kek yang kosong dan satu pinggan kek coklat yang telah dipotong. Erina memandang pelik. Taehyung yang faham terus berkata
"Saya bawak kotak ini sebagai bukti yang kek ini tiada bahan yang dilarang. Nah" Erina mengambil kotak kek itu lalu membaca segalanya. Yup tiada. Tetapi itu bukan masalahnya yang dia tidak mahu makan.
"Taehyung-ssi, saya tak makan coklat" kata Erina tersengih tetapi masih menyambut pinggan di tangan Taehyung. Taehyung hanya mengangguk dan mengambil semula pinggan di tangan Erina lalu meletakkan ke atas meja kecil di belakang.
Dia kemudiannya berdiri satu meter jarak dengan Erina dan melihat ke arah langit di mana Erina melihat tadi. Sepi. Yang ada hanyalah suara gelak tawa orang-orang di dalam. Akhirnya, Taehyung memandang Erina di sebelahnya yang sedang menutup mata. Rambut depan yang hampir sebaris dengan mata membuatkan dia terlihat ..... cantik.
Erina tidak sedar yang Taehyung sedang tenung dia. Satu muka Erina ditenung olehnya sehinggalah Taehyung ternampak satu parut di kening kanan Erina. Mula-mula, dia tidak mahu mengambil tahu tetapi perasaan ingin tahu itu semakin membuak-buak.
"Erin" panggil Taehyung dan Erina terus memandang Taehyung di tepinya.
"K-kalau saya nak tau punca parut itu boleh?" soal Taehyung sambil menunjuk keningnya sendiri.
Erina menyentuh parutnya. Sebelum ini dia menutup parut itu dengan bahan solek tetapi malam ini dia tidak. Selama dia di sini, tiada seorang pun yang perasan selain Chaerim dan Taehyung."Ibu saya cakap ada orang pernah tercukur kening saya waktu saya masih beberapa hari" Erina tersenyum kecil. Bercakap tentang keluarganya memang dia lemah. Ayahnya yang sering sibuk dengan kerja sehingga tiada masa langsung dengannya. Tiada langsung. Adik-beradiknya yang lain pun selalu menjarakkan diri dengan dia.
Kadang-kadang dia terfikir, dia pernah buat salah kah? Hari raya pun jarang berkumpul bersama-sama. Jujur dia cakap yang dia tidak pernah tahu pun kampungnya di mana. Seolah-olah dia ini anak angkat sahaja.
"Erina?" Erina tersedar daripada lamunan. Kini gilirannya pula menyoal Taehyung.
"Tak nak join diorang sekali ke?" tanya Erina sambil menunjuk ke arah orang-orang di dalam yang sedang memabukkan diri. Haih balik naik teksi lah dia malam ini. Taehyung menggeleng.
"Kenapa tak jemput teman wanita sekali?" Erina bertanya sekadar gurau tetapi Taehyung memandang Erina dengan riak wajah yang serius.
"Mana awak tahu saya ada seorang?" pertanyaan Taehyung itu pula membuatkan Erina terdiam. Dia main-main sahaja. Alah muka helok macam ini gila lah single.
"Last saya ada pun masa jadi senior kat sekolah menengah" sambung Taehyung lagi. Dia memandang ke langit tanpa melihat reaksi Erina. Apabila tiada respon, Taehyung memandang ke arah Erina yang sedang menenungnya. Erina mengangkat kening untuk pengesahan.
"Tak percaya? sudahlah, nak try cakap jelah" Taehyung tersenyum senget. What?
Tiba-tiba Chaerim muncul di pintu. Kedua-dua mereka memandang ke arah Chaerim."Erin, jom balik" kata Chaerim normal. Eh? dia tidak mabukkah? Taehyung menghantar Chaerim dan Erina sehingga di tempat parkir kereta. Selepas mengucapkan terima kasih, mereka berlalu pulang ke rumah. Perjalanan yang sunyi. Tiada siapa yang mulakan perbualan sehinggalah kereta berhenti ketika lampu isyarat berwarna merah.
"Borak apa je dengan Taehyung tadi?" soal Chaerim bermain dengan jarinya. Ah sudah. Seriau je dia ini. Tengah period ke apa? Nak jawab apa ini?
"Dia just tanya pasal parut saya ini je" jawab Erina sambil memegang parutnya. Chaerim hanya mendiamkan diri sebelum berkata
"Jangan risau. Parut itu membuatkan awak lebih cantik Erin" Erina memandang Chaerim. Tak pernah-pernah dia memuji parutnya ini. Entah apa yang merasuki Chaerim?
"I don't think so" balas Erina menggeleng lalu bersandar dan menutup mata. Apabila lampu isyarat bertukar kepada warna hijau, Chaerim meneruskan perjalanan. Setelah beberapa minit, Erina mendengar kata-kata Chaerim yang susah dia nak percaya walaupun suaranya sangat perlahan.
"Tapi Taehyung yang bagitahu saya yang awak tak perlu sorokkan parut awak itu . kerana parut itu lah yang membuatkan awak lebih cantik di mata dia"
di mata dia ?
TAKDIR
tak sekarang ini apa masalah Chaerim nak kene cakap kuat-kuat? dalam hati tak boleh ke? author pun dah kekurangan idea. cringe tau tak cringe 😀
YOU ARE READING
Takdir | KTH
Fanfiction"Kalau awak kata takdir kita memang dah ditetapkan sebelum kita lahir lagi, macam mana pulak dengan orang-orang yang bunuh diri tu?" - Taehyung "Takdir dan qada' qadar sama maksud. Qada' dan qadar terbahagi kepada dua. First, qada' dan qadar yang m...