"Kitorang terus pergi balai polis. The end."Taehyung menggeleng perlahan sambil menggigit kukunya selepas mendengar penjelasan daripada Aniq. Dia tersenyum sinis.
"Aku tak percaya orang macam kau." komennya selamba menyebabkan Aniq mencarut di dalam hati.
"Eh, Taehyung. Kau ni budak pandai kan? kalau aku yang culik Rin kenapa aku nak kena bawak dia balik sini? baik aku simpan je dia sampai bila-bila." terang Aniq lalu mengeluh panjang.
Erina muncul di ruang tamu setelah siap membersihkan diri. Matanya masih kelihatan sembap namun wanita itu tetap kelihatan cantik dengan kulit putihnya ditambahkan lagi dengan rambut yang lurus mencecah pinggang.
"Berani kau tenung isteri aku?" suara garau Taehyung menyebabkan Aniq tersedar dari lamunan. Dia mengusap mukanya. Tapi benar, Erina masih cantik dari dulu dan sekarang.
Perlahan-lahan Taehyung menarik lengan Erina untuk duduk di sisinya. Sumpah dia rindu kulit gebu isterinya itu. Dengan spontan, pipi milik Erina dicium. Wangi. Taehyung seolah-olah tidak ingat akan tetamu yang juga berada di situ.
Aniq yang tidak mampu untuk melihat lagi, meminta diri untuk pulang. Walaupun hatinya pedih melihat orang yang dia sayang bersama dengan lelaki lain, sekurang-kurangnya Erina kini selamat.
"Aniq..."
Aniq terhenti seketika di hadapan pintu. Perlahan-lahan dia memusingkan badan hanya untuk melihat Erina yang sudah berada betul-betul di hadapannya. Erina menayang senyuman.
"Thank you so much for everything.." bisik Erina lalu menyatukan tangannya tanda dia sangat sangat berterima kasih. Aniq hanya membalas dengan senyuman kecil.
"Kenapa susah sangat untuk Aniq lupakan Rin?" Aniq hanya berdialog di dalam hati. Dia melangkah keluar dari apartment milik Taehyung lalu menutup pintu. Menitis air mata Erina apabila Aniq hilang disebalik pintu.
Tiba-tiba, sepasang tangan melilit pinggang Erina dari belakang dengan penuh lembut. Taehyung membawa wajahnya seinci ke leher jinjang milik isterinya. Aroma minyak wangi yang mampu membuatkan dia menjadi gila. Gila dengan cinta.
"I really miss you, Erin." suara garau yang berbisik itu cukup membuatkan lutut Erina lemah. Tetapi dia bertahan sebaik mungkin dan berpaling menghadap Taehyung. Belum sempat Erina ingin bersuara, Taehyung terlebih dahulu menghalang dengan bibirnya.
A passionate but gentle kiss.
Taehyung meleraikan ciuman lalu merehatkan dahinya di atas dahi Erina.Perlahan-lahan tangannya turun menggenggam tangan Erina. Sepi. Hanya bunyi deruan nafas mereka sahaja yang kedengaran ketika ini.
"Saya minta maaf sebab saya dah gagal jadi seorang suami yang baik." kata Taehyung lemah dengan mata yang terpejam. Itulah hakikatnya.
"Bukan salah awak, Taehyung. Mungkin ini takdir saya."
Tangan Erina naik menekup wajah Taehyung. Dia menayang senyuman lebar. Erina tidak mahu Taehyung terus-terusan menyalahkan diri sendiri sedangkan ianya 100% bukan salah lelaki itu.
"Saya minta maaf sebab saya tak dapat nak jadi isteri yang terbaik... dia dah sentuh saya. Lelaki lain dah sentuh saya, Taehyung!" teriak Erina seperti telah dirasuk.
Dengan hati yang rapuh, Taehyung memeluk isterinya dengan kuat. Erina meronta-ronta lagi namun Taehyung mengetatkan pelukannya. Air matanya juga turun mengalir di pipi. Rasa pedih di hatinya hanya Allah sahaja yang mengetahui.
Setelah hampir 15 minit, Erina akhirnya semakin tenang di dalam pelukan suaminya. Dengan esakan kecil, Taehyung meleraikan pelukan. Ibu jarinya naik mengelap wajah Erina yang basah itu. Basah kerana air mata.
Tiba-tiba Erina rebah di dakapan Taehyung. Mungkin terlalu penat menangis sehingga kehabisan tenaga.
"Erin? sayang?" hati Taehyung semakin tidak keruan. Perkara yang dia paling takut adalah kehilangan Erina sekarang.
Cepat-cepat Erina dirangkul erat. Kunci kereta disambar lalu pintu rumah dibuka kasar. Tidak hiraukan pandangan orang lain, Taehyung gagahkan diri untuk berlari ke keretanya sebelum kereta bergerak keluar dari kawasan perumahan itu.
////
Chaerim membaca sekali lagi email yang diberi oleh bosnya. Entah mengapa, dia susah untuk fokus bekerja sejak pagi tadi. Segalanya kelam kabut dan tidak tentu arah. Akhirnya, Chaerim menyandarkan badan ke kerusi itu dengan selesa. Ini semua pasal Erina.
Terhinjut bahunya apabila telefonnya berdering minta diangkat. Panggilan daripada orang penting. Inspektor Han. Tanpa membuang masa, Chaerim menjawab panggilan itu.
"Maaf kalau mengganggu cik tengah buat kerja tapi ada hal penting yang saya perlu bagitahu."
"Apa dia tu?"
"Ada orang hubungi saya dan mengatakan bahawa Erina ada membuat laporan pagi tadi. Laporan diculik dan dipukau."
Jantung Chaerim mula berdegup kencang. Adakah ini bermaksud bahawa Erina sudah berjaya melepaskan diri?
"Boleh tak kalau saya nak jumpa awak? sekarang—"
Tok tok!
Tanpa sempat Chaerim untuk bertanya gerangan orang itu, Inspektor Han muncul dengan riak selamba. Dia melabuhkan punggung di kerusi berhadapan dengan Chaerim.
"Boleh." talian diputuskan dan Inspektor Han menahan senyum. Chaerim menarik dan menghembus nafas perlahan.
"Semasa Erin buat report tu, dia ada dengan siapa? and macam mana keadaan dia? ada luka atau darah ke?" berdas-das Chaerim menyerang. Inspektor Han menggaru hidungnya yang gatal.
"Yang saya tahu, Erina datang dengan seorang penghantar makanan. Luka atau darah tu saya tak pasti."
"Habistu dia ada kat mana sekarang?"
"Boleh jadi Erina sudah balik ke rumah dia atau dia tak sempat..."
"Jap saya call Taehyung."
-
"Phone dia mati." Chaerim menekup mukanya bagi menenangkan hati. Selagi dia tidak tahu keberadaan Erina selagi itu dia takkan tenang.
"Kita pergi rumah dia." Inspektor Han memberi idea.
\\\\
Selesai sahaja membuat laporan di balai polis, Erina menghembus nafas lega. Aniq yang setia di belakangnya dipandang. Nampak sangat muka ingin tahu dia itu.
"Now explain." arah Aniq bersandar di tembok sambil memeluk tubuh.
"Semalam, Rin dengan Chaerim baru balik dari Brunei." perlahan-lahan Erina duduk di atas motor Aniq menghadap lelaki itu.
"Rin kene pukau kat airport sampai lah dia bawak Rin balik tempat dia..." suara Erina semakin perlahan menahan sebak. Dia tidak sangka orang itu sanggup membuat dia sebegini. Sangat tidak sangka.
"Masa Rin tersedar tu, dia...."
Jatuh setitis air mata di pipinya. Perasaan takut itu semakin meninggi apabila dia memikirkan perkara itu. Dalam keadaan dia tidak sedar, apa-apa pun boleh berlaku.
"Dia tengah peluk Rin... dalam keadaan gelap." Aniq menggenggam penumbuk. Memang tak lama lah lelaki sial itu nak kena dengan dia.
"Rin takut kalau dia ada buat apa-apa kat Rin sebab Rin tak sedar pun..." Erina sudah teresak. Dia menekup mukanya lama. Kenapa? kenapa takdir dia sebegini?
"Dah, jangan nangis." ingin sahaja Aniq membawa perempuan itu ke dalam pelukannya, memujuknya dan mengelap air mata yang mahal itu.
"Jom, Aniq hantar Rin balik." cepat-cepat dia memakaikan topi keledar di atas kepala Erina. Suasana semakin kekok apabila mereka tertenung mata antara satu sama lain. Wajah yang hanya jarak seinci itu pun tidak membantu.
TAKDIR
YOU ARE READING
Takdir | KTH
Fanfiction"Kalau awak kata takdir kita memang dah ditetapkan sebelum kita lahir lagi, macam mana pulak dengan orang-orang yang bunuh diri tu?" - Taehyung "Takdir dan qada' qadar sama maksud. Qada' dan qadar terbahagi kepada dua. First, qada' dan qadar yang m...