Taehyung mengerutkan dahi apabila melihat nombor yang tertera. Tidak pernah tuan punya nombor ini menghubungi dia tanpa sebab. Ikon hijau ditekan bagi menjawab panggilannya."Hello?" lelaki itu memulakan perbualan.
"Assalamualaikum." sebaliknya Taehyung membalasnya dengan memberi salam.
"Waalaikumsalam, Mikha. Kau sihat?" soal Ismail dengan nada biasanya. Nada ceria.
"Aku sihat je. Bahagia." kata Taehyung sarkastik.
Sejujurnya, dia dan Ismail sudah lama tidak berhubung. Biasanya diri dia memang sangat sibuk dengan jadualnya sehingga tidak dapat nak berjumpa mahupun berhubung dengan Ismail. Tetapi kawannya itu tiba-tiba sahaja menghubungi dia hari ini.
"Alhamdulillah lah kalau macam tu. Bahagia macam tengah honeymoon kan?" tanya Ismail lalu melepaskan tawa dengan perlahan. Taehyung sudah semakin berkerut dahi.
"Kenapa pulak macam tengah honeymoon?"
"Takde papelah! sorry lah kalau aku ganggu masa kau dan isteri."
"Jap jap." Taehyung sudah menegakkan badan dengan wajah yang serius.
"Ada apa eh kau call aku? sebab tak pernah pernah kau call aku melainkan kau nak ajar aku bahasa melayu."
Taehyung menunggu jawapan Ismail sambil bermain dengan bibirnya. Macam mana kalau Ismail terminat dengan Erina? dan Erina sudah terjatuh hati dengan Ismail?
"Sebenarnya aku rindu nak dengar Erina panggil aku ab—"
"Taehyung-ah!"
Terhinjut bahu Taehyung dek jeritan Jimin di luar pintu. Tanpa sedar dia terputuskan taliannya dengan Ismail. Dia turun dari katil lalu membuka pintu dengan wajah tanpa riak.
"Jom makan." kata Jimin lalu berlalu semula ke meja makan di bawah.
Taehyung membalas dengan anggukan. Otaknya masih memikirkan perkara yang dikatakan oleh Ismail sebentar tadi. Kawannya itu rindu Erina? dan Erina ialah isteri dia. Rambut diraup ke belakang dengan wajah yang tidak berpuas hati sebelum kaki melangkah menuruni tangga.
"Belah sini halal food khas untuk Taehyung dan belah sana untuk kita semua." jelas Namjoon kepada 6 orang 'anaknya'.
Mereka semua mula memenuhkan perut yang kosong. Macam biasalah, riuhnya seperti tiada hari esok. Mereka semua sangat teruja untuk ke luar negeri pada esok hari.
"Taehyung, Erina duduk seorang-seorang ke kat rumah?" tanya Hoseok sambil meneguk air spritenya. Taehyung menggelengkan kepala.
"Dia duduk dengan mama dia."
Mereka yang lain hanya menganggukkan kepala dengan mulut yang sedang mengunyah.
"Bila kau pergi Brunei tu? semalam eh? ha macam mana honeymoon?" soal Jimin dengan senyuman nakal sebelum tergelak kecil. Seokjin tersedak ketika sedang menghirup sup apabila soalan itu terpacul keluar dari mulut Jimin.
Taehyung tidak terus menjawab namun bibirnya sahaja perlahan-lahan mengukir senyuman sinis. Suka dia melihat wajah kawan-kawannya yang tertunggu-tunggu itu.
"Nikmat..." jawab Taehyung meleret dengan suara garaunya. Bibirnya juga sengaja digigit membuatkan mereka yang lain sudah terbatuk-batuk. Namun tidak Jungkook.
"Apa yang nikmat?" soal Jungkook dengan mata bulatnya serta bibir yang merah akibat makan makanan yang pedas.
Sekali lagi mereka melepaskan tawa dan kali ini dengan Taehyung sekali. Riuh satu dorm itu dengan tawa mereka. Sudah lama mereka bertujuh tidak seperti itu. Tertawa bahagia tanpa jadual kerja yang padat.
YOU ARE READING
Takdir | KTH
Fanfiction"Kalau awak kata takdir kita memang dah ditetapkan sebelum kita lahir lagi, macam mana pulak dengan orang-orang yang bunuh diri tu?" - Taehyung "Takdir dan qada' qadar sama maksud. Qada' dan qadar terbahagi kepada dua. First, qada' dan qadar yang m...