4 bulan kemudian
—
Erina memasukkan sesudu kek red velvet ke dalam mulutnya dengan mata yang terpejam. Nikmatnya! dirinya sahaja yang tahu betapa dia mengidamkan kek red velvet ketika dia sedang berpantang sebelum ini. Akhirnya dia dapat menikmati semula kek kegemarannya hari ini.
Erina menikmati minuman petangnya di kafe berhampiran dengan bangunan HYBE Entertainment. Tempat kerja Taehyung yang sudah bertukar rupa. Lebih nampak megah dan berkualiti.
"Anak mama dah bangun?" tanya Erina dengan lembut apabila Nara yang berada di dalam stroller itu mula membuka matanya.
Hana Khalisa.
Nara Kamila.Nama yang indah maknanya diberikan kepada sepasang anak kembar perempuan milik Erina dan Taehyung. Siapa sangka? mereka akan dapat anak kembar perempuan. Sekarang baru Erina sedar mengapa dia sering malu-malu jika Taehyung memuji dirinya. Rupa-rupanya, ada 2 lagi perempuan di dalam kandungannya itu.
Hana adalah kakak kerana Nara lahir 3 minit selepas Hana. Kalau tengok perangai sekarang pun, Hana lebih tenang jika terdengar bunyi bising yang mengganggu lenanya berbanding Nara yang lebih sensitif.
Perlahan-lahan Erina mengangkat Nara dan membawa bayi itu ke dalam dukungannya. Mata bulat Nara hanya memerhati lampu chandelier yang tergantung di atas siling itu.
"Hai, sayang."
Hampir tercabut jantung Erina apabila Taehyung muncul dari belakangnya. Satu jelingan dihadiahkan kepada lelaki itu.
"Lain kali bagi salam boleh?" kata Erina sambil tangannya menepuk perlahan belakang badan Nara.
"I'm sorry." Taehyung membuka penutup mulut yang dipakainya.
"Taehyung! kenapa awak bukak?" hampir terjerit Erina apabila Taehyung dengan selambanya mempamerkan wajahnya di tempat yang umum sebegini. Dengan susah payah Erina cuba menutup wajahnya dengan tangan.
"Erin, it's okaylah. Sambung je makan macam biasa." kata Taehyung sambil memegang tangan isterinya yang menutup wajah.
"Tapi nanti reputation awak macam mana?"
"Sayang, trust me." kata Taehyung dengan nada lembut sambil merenung anak mata isterinya. Erina hanya menurut.
"Dah lama ke tunggu?" soalnya sambil menyedut air iced lemon tea milik Erina. Mungkin kerana cuaca yang agak panas menyebabkan tekaknya kering.
"Takdelah lama sangat... 10 minit je." jawab Erina sambil menyuapkan Taehyung sesudu kek red velvet itu. Lelaki itu hanya menerima dengan sengihan lebar.
"Nara, kenapa bangun tak ajak kakak sekali ha?" Taehyung mencuit dagu bulat milik Nara dengan senyuman lebar. Nara yang geli apabila dicuit itu tersengih lebar menampakkan gusinya.
"Kalau dua-dua terjaga, susah lah mama nak jaga. Kan Nara?" tanya Erina sambil memuncungkan bibirnya. Nara yang seperti faham dengan kata-kata mamanya, mengedip matanya dengan senyuman.
"Eee! comel betul anak papa ni." Taehyung mencubit perlahan pipi anaknya itu. Perlahan sahajalah, kalau kuat sangat nanti menangis pula.
"Awak perasan tak? Nara punya senyuman sebiji ikut awak, Taehyung."
"Tahu." kata Taehyung dengan senyuman bangga sambil menongkat dagu.
"Saya bukanlah nak cakap yang saya tak suka, cuma rasa tak adil pulak." kata Erina mendatar. Matanya memandang pula ke arah Hana yang sedang nyenyak tidur di stroller.
"Kenapa pulak?" Taehyung mengerutkan dahi.
"Saya yang penat melahirkan diorang, tapi muka awak juga yang diorang dapat. Unfair."
YOU ARE READING
Takdir | KTH
Fanfiction"Kalau awak kata takdir kita memang dah ditetapkan sebelum kita lahir lagi, macam mana pulak dengan orang-orang yang bunuh diri tu?" - Taehyung "Takdir dan qada' qadar sama maksud. Qada' dan qadar terbahagi kepada dua. First, qada' dan qadar yang m...