malay/korean
—
Hari ini merupakan hari kedua Erina bekerja. Dia dan Chaerim pergi ke Big Hit Entertainment bersama-sama dengan menaiki kereta Chaerim. Yang Erina tak berapa nak sedap hati ini kerana dari rumah lagi Chaerim suruh dirinya bersedia. Sedia untuk apa? Menari? Menyanyi? Menjahit?
"Awak masuk dalam ini untuk ujian" Chaerim berkata kepada Erina sambil mengarahnya masuk ke dalam suatu bilik.
"Ujian apa pulak ini? Saya kene buat karangan dalam bahasa Korea ke apa?" Erina membuat muka seperti mahu menangis sambil menggelengkan kepalanya.
Chaerim tidak menjawab malah lagi menolak Erina untuk masuk ke dalam dan terus menutup pintu. Erina masih menghadap pintu dan dia tidak tahu apa yang menunggunya. Tidak ingin tahu pun.
"Hey! You're Erina right? New staff?" suara Namjoon membuatkan Erina lega. Perlahan-lahan dia memusingkan badan dan pada masa itu lah dia rasa mahu nangis semula. Kesemua ahli BTS ada di dalam bilik yang sama dengannya. Terdapat cermin besar seperti bilik berlatih mungkin?
"Em y-yeah" kata Erina gagap sambil mengangkat tangan. Sesaat selepas itu, dia menampar pipinya sendiri lalu terus menunduk. Kau ingat apa? Mamak? Erina hanya menunduk di tempat yang sama.
"Can you make us some ice chocolate?" Namjoon bertanya. Erina mengangguk dan terus ke pantri kecil di hujung bilik itu. Sedang Erina tekun membuat minuman, lagu bergema di dalam bilik itu dan mereka sedang berlatih menari. Nasib tak tumpah.
"Siap" bisik Erina sendiri sambil menyusun 7 cawan berisi ais coklat di dalam dulang. Erina tidak perasan yang mereka telah habis berlatih dan sedang memandangnya. Erina tersenyum bangga sambil memusingkan badan. Sekali lagi, senyumannya pudar. Ketujuh-tujuh jejaka itu sedang memandangnya seperti dirinya penjahat.
"D-done! H-heh" gagap paling teruk dia pernah alami. Time SPM pun kalah gagapnya!
Tiba-tiba, mereka berlari ke arah Erina sambil tersenyum lebar lalu mengucapkan terima kasih. Erina hanya mengangguk sambil tersengih. Setelah itu, dia melihat terdapat satu lagi cawan yang tidak bertuan. Baru sahaja dia mahu mengangkat muka, satu tangan mengambil cawan itu. Rambut warna peach tapi muka macam cikgu disiplin. Dia meneguk air tersebut sambil merenung mata Erina.
Dan ya, mereka saling bertatapan."Aku nasihatkan, kalau kau sasaeng dan teringin nak goda kitorang baik kau balik sebelum aku yang halau kau sendiri" kata lelaki itu dengan suara dalamnya. Erina? Satu perkataan pun dia tidak faham. Yang dia dengar tadi cacing? Sasing? Apa benda tah.
"Taehyung-ah! Kau buat apa tu? Cepat ah!" suara Jimin membuatkan Erina tersedar lalu cepat-cepat melarikan anak mata ke arah lain. Taehyung sudah pun berlalu pergi. Erina memegang dadanya yang sedang berdegup dengan kuat. Apa masalah dia ini? Taehyung baru lepas baca mantera ke apa?
"Erina-ssi, you can go now" Namjoon berkata mesra. Chaerim suruh dia masuk dalam ini hanya semata-mata untuk buat air je?! Marah tak marah, Erina masih keluar juga. Gila lah kalau dia nak kata yang dia tidak mahu keluar. Dia bersandar di pintu dengan mata tertutup.
"Macam penat sangat je? Practice sekali ke?" Chaerim bergurau sambil tergelak kecil. Erina hanya menjeling dan terus berjalan. Ke mana pun dia tidak kesah.
"Eh nak pergi mana pulak tu?" soal Chaerim.
"Awak suruh saya masuk dalam tu semata-mata untuk buat air je?! Kenapa tak bagitahu je? Kenapa kene paksa macam tu?" akhirnya terlepas juga soalan yang serabut di kepalanya itu.
"Itulah ujian. Kami nak uji awak. Nak tengok awak ini sasaeng atau tidak. Kalau awak sasaeng, awak akan letak something dalam minuman itu, faham?" Chaerim berkata seperti seorang ibu sedang memujuk anaknya.
"Oh my god, Chaerim! awak ingat saya tau ke perkataan sasing tu?!" kata Erina masih marah.
"Lah awak tak tahu ke?" muka Chaerim tiada perasaan. Mana tidaknya, dia lupa yang Erina ini langsung tidak tahu bahasa Korea. Erina menggeleng.
"Tak! Tadi Taehyung pun sebut perkataan sasaeng tu tapi saya diam je lah sebab awak tahu kan yang saya tak faham satu perkataan pun" jelas Erina sambil menghentak-hentak kaki.
"Okay dah I'm sorry. Hari ini tugas Erin belajar bahasa Korea pulak!" Chaerim berkata dengan gembira sambil membawa Erina ke tempat kerjanya. Chaerim merupakan salah satu manager di sini. Erina nak tak nak terpaksa lah. Bukan apa, untuk kebaikannya sendiri juga. Mana lah tahu, 7 orang tu ada mengata dia ke kan?
TAKDIR
agak bosan tapi takpelah 😂
YOU ARE READING
Takdir | KTH
Fanfiction"Kalau awak kata takdir kita memang dah ditetapkan sebelum kita lahir lagi, macam mana pulak dengan orang-orang yang bunuh diri tu?" - Taehyung "Takdir dan qada' qadar sama maksud. Qada' dan qadar terbahagi kepada dua. First, qada' dan qadar yang m...