Urusan perkahwinan mengambil masa selama dua minggu termasuklah ujian HIV dan kursus kahwin. Semuanya diselesaikan oleh Chaerim, Taehyung dan Ustaz Fahmi. Erina lebih banyak termenung dan berdiam diri sahaja.Dia sudah tidak bercakap langsung dengan orang. Jika ditanya, hanya mengangguk atau menggeleng sahaja. Makan pula perlu dipaksa. Walaupun dia tidak dirogol, tetapi dia masih rasa jijik dengan diri sendiri. Apabila teringatkan hal itu, Erina akan menangis.
Hari ini, hari dia bernikah. Mungkin bagi wanita lain akad nikah merupakan hari terbahagia bagi mereka tetapi tidak bagi Erina. Dia tidak berasa apa-apa. Kosong. Tiada majlis. Hantaran hanyalah sebentuk cincin dan wang mahar 10 000,000 won. Akad nikah juga akan dijalankan di Majlis Pusat Seoul.
Chaerim mengerling Erina yang sedang termenung di sebelahnya. Mereka kini dalam perjalanan dan Jimin yang memandu manakala mereka duduk di seat belakang.
"Are you okay?" tanya Chaerim dengan nada lembut. Perkahwinan ini bukanlah penyebab Chaerim sedih, tetapi kelakuan Erina yang sekarang membuatkan dia sedih. Erina tidak menangis. Tidak memberontak. Cuma hatinya seolah-olah sudah kosong dengan kegembiraan.
Erina menoleh. Dia cuba untuk senyum walaupun nampak sangat palsunya. Erina masih perlukan masa untuk pulih. Bukannya dia sengaja mahu susahkan hati Chaerim.
"Okay dah sampai. Jom!" Jimin keluar dahulu sebelum berlalu untuk membuka pintu untuk Erina.
"Erin?" Jimin melambai tangannya di hadapan muka Erina. Barulah dia tersedar bahawa mereka sudah sampai ke destinasi. Perlahan-lahan Erina keluar dari kereta.
Erina hanya mengenakan baju kurung moden berwarna putih dan shawl satin berwarna putih. Simple but gorgeous.Kelihatan Taehyung yang baru keluar dari keretanya. Dia segak bersongkok, berbaju melayu berwarna putih dan samping songket berwarna kelabu. Ya Allah. Indahnya ciptaanmu!
Erina memaut lengan Chaerim sebelum bergerak masuk ke dalam. Pertama kali sejak peristiwa di restoran hari itu, perasaan Erina mula datang. Takut dan gementar.
Mereka masuk ke dalam sebuah bilik yang penuh dengan buku. Bilik apa? Tidak tahu. Hanya Chaerim dan Jungkook ikut masuk sekali. Chaerim untuk menemani Erina manakala Jungkook untuk mengambil gambar. Erina melabuhkan punggung di kerusi yang agak belakang dari Taehyung. Chaerim di sebelah tidak putus memberi semangat.
Ustaz Fahmi dan Taehyung berbual sekejap sebelum tangan kanan mereka bersatu. Erina nampak Taehyung menjeling sekilas ke arahnya sebelum Ustaz Fahmi memulakan akad.
Alhamdulillah. Dengan bersaksikan dua orang saksi serta sekali lafaz, Erina sah menjadi isteri kepada Ahmad Mikhail iaitu nama Islam milik Kim Taehyung. Doa dibaca oleh Ustaz Fahmi dan kali pertama mereka bertatapan pada hari ini. Selepas mengaminkan doa, sesi pembatalan air wudhuk pula. Pelik. Erina tidak menangis pun seperti wanita diluar sana apabila sah menjadi isteri orang.
YOU ARE READING
Takdir | KTH
Fanfiction"Kalau awak kata takdir kita memang dah ditetapkan sebelum kita lahir lagi, macam mana pulak dengan orang-orang yang bunuh diri tu?" - Taehyung "Takdir dan qada' qadar sama maksud. Qada' dan qadar terbahagi kepada dua. First, qada' dan qadar yang m...