"Macam mana keadaan isteri saya, doktor?""Tiada apa yang perlu dirisaukan. Isteri Encik cuma kekurangan tenaga sahaja." balasnya.
Taehyung mengucap syukur di dalam hati lalu meraup rambutnya ke belakang. Syukur kerana tiada apa yang serius. Doktor itu diam seketika sebelum kembali bertanya
"Encik tak bagi isteri Encik makan ke?"
Senyuman Taehyung mati serta-merta. Soalan itu membuatkan dirinya terasa seperti suami yang tidak bertanggungjawab.
"Eh, maksud saya... Encik tak bagi makanan yang berkhasiat kat isteri Encik ke? tambahan pula, isteri Encik baru berada di fasa awal kandungan." tambah doktor itu dengan lebih mesra apabila melihat riak wajah lelaki itu berubah sebentar tadi.
Taehyung tersentak. Jantung berdegup laju. Telinganya tidak salah dengar tadi, kan? Fasa awal kandungan?
"Apa maksud doktor, fasa awal kandungan? isteri saya mengandung?" soalan Taehyung menyebabkan Doktor lelaki itu terangkat kening.
"Ya, isteri Encik mengandung dan tahniah! Encik bakal jadi ayah tidak lama lagi." Doktor itu berkata ceria seraya berjabat tangan dengan Taehyung.
"Ahmad Mikhail..."
Taehyung tersedar daripada lamunan apabila suara seseorang menyapa gegendang telinganya. Suara orang yang tersayang.
"Ya, sayang?"
Cepat-cepat dia mengesat air matanya lalu menumpukan perhatian kepada Erina yang sedang terbaring lemah di atas katil. Hati Taehyung rapuh apabila melihat keadaan Erina yang lemah itu. Dia rindukan Erina yang dahulu. Seorang yang sangat ceria.
"Awak fikir apa sampai saya panggil banyak kali pun tak sedar?" tanya Erina dengan senyuman.
Tangan Erina yang sedang digenggam oleh Taehyung itu dicium lama. Mereka saling merenung antara satu sama lain. Tidak lepas. Apabila ada tenaga untuk berkata, Taehyung mendekatkan wajahnya ke wajah perempuan itu.
"Erin mengandung."
Sepi.
Tidak lama apabila terlepas juga tawa Erina. Tidak kuat namun cukup untuk membuat dahi Taehyung berkerut.
"Kenapa sayang ketawa? saya tak main-main tau."
Erina berdehem sekejap lalu merenung anak mata suaminya. Lama sehingga tidak sedar air mata sudah menitis di pipi bersihnya. Taehyung bertambah risau.
"Saya tahu. Saya mengandung anak awak dah 1 bulan, Taehyung."
Jelas riak terkejut di wajah Taehyung. Tidak sangka apa yang telah dikatakan oleh Erina dan sedang mencerna apa yang berlaku.
"Are you serious?"
Erina menjawab pertanyaan suaminya dengan anggukan. Dia tersengih lebar lalu membawa tangan Taehyung ke atas perutnya yang berlapikkan baju itu.
"Plan saya nak buat surprise kat awak. Tapi macam-macam pulak jadi so tak surprise dah." kata Erina sayu sebelum dia mengembungkan pipi. Marah manja.
"Mana doktor tu? saya nak jumpa dia!" kata Erina pura-pura marah sambil melilaukan matanya ke sekeliling bilik itu. Sejurus itu, Taehyung melepaskan tawanya.
Erina juga turut tertawa. Dia tidak mahu melihat wajah Taehyung yang muram seperti tadi. Dalam hati, dia sangat bersyukur kerana Allah masih memberi dia peluang untuk berasa menjadi ibu. Dan tidak lupa juga, masih memberi dia peluang untuk berjumpa dengan suaminya.

ANDA SEDANG MEMBACA
Takdir | KTH
Fanfiction"Kalau awak kata takdir kita memang dah ditetapkan sebelum kita lahir lagi, macam mana pulak dengan orang-orang yang bunuh diri tu?" - Taehyung "Takdir dan qada' qadar sama maksud. Qada' dan qadar terbahagi kepada dua. First, qada' dan qadar yang m...