Brunei?!"Termenung apa lagi tu? jomlah keluar."
Chaerim menegur Erina dan Taehyung yang tidak habis lagi terkejutnya. Dari atas kapal terbang sehinggalah tiba di hotel 5 bintang ini. Punyalah dia bertungkus-lumus mencari tiket untuk pasangan sejoli itu dua hari lepas. Akhirnya mereka tiba di Brunei malam ini juga.
"Mak tinggal kat sini ke?" soal Erina sambil mendongak ke atas melihat bangunan di hadapannya yang besar dan tampak mewah itu manakala Taehyung sedang mengeluarkan bagasi mereka dari bonet.
"Ikut je dulu." Chaerim mula berjalan apabila Taehyung selesai mengeluarkan bagasi.
Pintu kaca sebesar sedepa dibuka oleh dua orang pekerja wanita dengan senyuman serta ucapan selamat datang. Walaupun Taehyung agak yakin bahawa orang-orang di sini tidak mengenalinya, dia perlu juga memakai pelitup muka demi keselamatan.
Chaerim mengarahkan Erina dan Taehyung untuk tunggu sebentar manakala dia berlalu ke kaunter untuk menempah bilik dan...
"Kak Yasmin ada?" soal Chaerim kepada penjaga kaunter itu.
"Tadi dia kata nak pergi klinik. Saya tengok dia pun macam kurang sihat je hari ini." pekerja wanita itu menceritakan kepada Chaerim. Semua staf di hotel ini kenal Chaerim dan kakaknya, Chaehyun atau nama Islamnya, Yasmin yang bekerja sebagai pembantu pemilik hotel ini.
Chaerim mengangguk perlahan dengan riak wajah yang risau. Kalau Erina tahu, pasti dia akan bersedih lagi. Chaerim mengambil dua kad bilik yang sudah ditempah lalu berlalu semula kepada mereka yang sedang menunggu.
"Macam mana?" Erina menyoal dengan agak terdesak.
"Malam ni awak rehat je dulu, esok kita pergi jumpa dengan dia." Chaerim menyerahkan salah satu kad kepada Taehyung lalu terus berlari anak menuju ke lif.
Taehyung dan Erina berpandangan seketika sebelum menghembus nafas perlahan. Sekurang-kurangnya, Erina boleh merehatkan fizikal dan mentalnya sebelum terkejung apabila berjumpa dengan mak kandung buat pertama kali nanti.
///
Selesai sahaja membersihkan diri, Erina terus merebahkan badan di atas katil bersebelahan Taehyung yang sedang menonton televisyen. Kartun omar & hana pulak tu.
"Takde cerita lain ke?" tanya Erina sambil membetulkan bantal di kepala.
"Mesti best kan kalau kita ada baby."
Tangan yang bergerak sebentar tadi kini terhenti. Pandai Taehyung buat Erina terkaku malam-malam macam ini. Taehyung menoleh ke sebelah apabila Erina tiba-tiba sahaja tidak bersuara.
"Dan itu tak bermaksud saya tak sayang isteri saya ni." Taehyung terus memeluk isterinya lalu dicium kedua-dua belah pipinya.
"Saya minta maaf ka—"
"Shh! tidur."
Taehyung menutup televisyen serta lampu meja lalu membetulkan posisinya yang sedang memeluk Erina. Perlahan-lahan dia mengangkat kepala Erina lalu meletakkan lengannya di bawah. Rambut hitam isterinya dibelai lembut.
"Sayang.."
"Hm?"
"Lepas ni jangan minta maaf lagi soal anak."
"Kenapa?"
"Sebab soal anak ni Allah yang tentukan. Sekurang-kurangnya kita sebagai hamba dah berusaha."
Mengantuk pula Erina mendengar kata-kata lelaki itu. Sebab apa? sebab dia tahu semua itu. Rasanya dalam setiap drama melayu yang dia pernah tengok ada dialog itu.
YOU ARE READING
Takdir | KTH
أدب الهواة"Kalau awak kata takdir kita memang dah ditetapkan sebelum kita lahir lagi, macam mana pulak dengan orang-orang yang bunuh diri tu?" - Taehyung "Takdir dan qada' qadar sama maksud. Qada' dan qadar terbahagi kepada dua. First, qada' dan qadar yang m...