malay/korean
—
"WOO TAHNIAHH BTS!!" hampir semua staf-staf dari Big Hit Entertainment di belakang pentas menyorak ke atas kemenangan BTS kerana telah memenangi anugerah paling besar pada malam itu.
Mereka bertujuh itu juga tidak dapat menahan air mata walaupun ianya bukan kali pertama mereka memenanginya. Erina yang merupakan staf baru beberapa bulan lepas pun turut menitiskan air mata.Tipu lah kalau dia kata dia tak malu. Bukannya dia yang menang pun. Mereka semua saling berpelukan termasuklah Chaerim. Erina yang sudah mengesat air matanya hanya berdiri di hujung bilik itu. Tanpa dia perasan, seorang lelaki berjalan ke arahnya sambil tersedu-sedu kerana menangis yang sangat teruk.
"Erin-ssi" Taehyung menegurnya. Erina yang perasan terus menepuk tangan dan bersorak kepada Taehyung.
"Wah! tahniah Taehyung-ssi! tak sia-sia saya berpenat lelah kerja dengan awak heheh. Kenapa awak nangis? awak patut gembira tau sebab usaha awak selama ini dah berjaya!" kata Erina memberi semangat kepada Taehyung. Nak peluk tapi tak boleh. Tapi tanpa mereka sedar, Chaerim melihat semua pergerakan mereka dari jauh.
Tiba-tiba Taehyung mula mendepakan tangan untuk memeluk Erina yang berada di depannya tetapi tidak kesampaian apabila Chaerim menjerit namanya."Taehyung!" Erina yang macam blur-blur itu ditarik oleh Chaerim. Yelah semua benda berlaku dalam sekelip mata. Dia bersyukur juga yang Chaerim menyelamatkannya daripada dipeluk oleh ajnabi.
"Aku dah cakap kan yang dia ini muslim? apa masalah kau?!" Chaerim berkata tidak terlalu menjerit dan tidak terlalu perlahan. Reaksi Taehyung seperti orang tua yang terlupa dan dah teringat balik. Taehyung membulatkan mata dan terus menunduk ke arah Erina.
"Saya betul-betul minta maaf! s-saya lupa" dan dia terus berlalu pergi bersama yang lain untuk sesi temu ramah. Erina berasa kesian terhadap Taehyung kerana Chaerim memarahinya dengan perkataan yang kasar!
"Kenapa awak marah dia teruk sangat Chaerim?" soal Erina tidak meninggikan suara kerana dia ada rasa hormat terhadap Chaerim. Walaupun dari pagi tadi mereka tidak bercakap langsung.
"What? Erin awak patutnya berterima kasih! ke awak memang nak dipeluk dengan dia? yelah dia kan lelaki pujaan wanita and bila awak dipeluk oleh dia awak rasa bangga sebab awak dapat free je kan?!" jawab Chaerim tidak berpuas hati. Dia pun tidak tahu kenapa dia marah sangat apabila Taehyung dekatkan diri dengan Erina. Erina yang tidak menahan dengan kata-kata Chaerim terus hilang sabar
"Chaerim!" Erina memotong percakapan Chaerim. Bukan percakapan tetapi hinaan ke atas dirinya. Mata Erina mula berkabur dek kerana air mata yang bertakung. Dia tak pernah lagi dihina seteruk itu sepanjang hidup. Dia juga bukan seorang yang akan melawan balik tetapi dia jenis yang suka berundur.
Erina berpaling daripada Chaerim dan pada masa yang sama setitis air matanya jatuh. Bilik air ditujui dan dia melepaskan segala kesakitannya di situ. Pelik. Mulut yang kecil pun boleh menyakitkan hati seorang manusia. Setelah beberapa minit, Erina mencuci mukanya dan membetulkan rambutnya yang agak serabai.
"Chaerim cakap macam itu sebab dia sayang kau Erin.. bukan sebab sengaja nak sakitkan hati kau. Yang kau nak sedih sangat ini kenapa?" bisik hati Erina menenangkan diri sendiri. Dia melepaskan keluhan yang panjang dan keluar dari bilik air.
Bilik Hotel
Setelah selesai mencuci muka dan menggosok gigi, Erina keluar dari bilik air dan terus menuju ke katilnya tanpa memandang Chaerim yang sedang duduk di bucu katil. Dia kemudiannya mengebas-ngebas katilnya menandakan dia mahu Chaerim beredar.
"Erin" Chaerim bersuara dan Erina berhenti lalu duduk di bucu katil bertentangan dengan Chaerim sambil memandang kakinya. Cantik pulak kaki dia malam ini.
"I'm so sorry Erin, saya tau saya salah tapi itu sebab saya tak nak apa-apa jadi dekat awak. Saya dah anggap awak macam adik saya tau" kata Chaerim dengan mata yang berair sambil perlahan-lahan menggenggam tangan Erina. Erina mengangkat muka untuk melihat mata Chaerim. Dia tidak marah. Dia cuma sedih dengan kata-kata Chaerim. Dia juga sudah menganggap Chaerim seperti kakaknya sendiri.
"Saya tak marah pun... maybe agak terkejut sebab itu tindakan luar kawal sikit itu hm" Erina tersenyum. Macam tiada kene mengena dengan tajuk sains yang dia belajar tapi takpelah.
"Sepatutnya awak minta maaf dengan Taehyung sebab dia tidak bersalah, Chaerim. Dia tidak biasa.
So saya harap awak berbaik semula dengan dia ya?" sambung Erina lagi. Chaerim mengangguk lalu terus memeluk Erina. Ada sebab kenapa dia terlalu protective terhadap Erina."Dind dong"
Mereka melepaskan pelukan dan memandang ke arah pintu. Siapa pulak yang datang lewat-lewat ini? Chaerim dan Erina melangkah ke pintu dan membukanya. Angry bird?
"Chaerim noona! Tae minta maaf sangat-sangat. Saya salah. Erin! saya minta maaf tau" rayu Taehyung sambil menggosok kedua tapak tangannya sambil melutut. Erina dan Chaerim memandang antara satu sama lain. Mata Erina menyuruhnya apa yang disuruhnya tadi. Chaerim mengeluh lalu memegang tangan Taehyung menandakan dia untuk berhenti.
"Noona yang patut minta maaf dekat Tae sebab Tae still tak biasa lagi kan? Noona minta maaf!" kata Chaerim hanya dengan satu nafas sambil menutup matanya. Tangan di sisi. Kelakar pun ada jugak. Sebelum sempat Taehyung bersuara, Erina memotong
"Okay dah! selamat malam Taehyung-ssi!" dengan itu Erina menarik Chaerim ke dalam dan menutup pintu. Chaerim dan Erina melepaskan tawa.
At least, mereka bertiga tidak bergaduh dan berdendam. Erina sangat bersyukur.TAKDIR
finally, today is the day. happy birthday to our baby bear kim taehyung !! 💜💚💙
YOU ARE READING
Takdir | KTH
Fanfiction"Kalau awak kata takdir kita memang dah ditetapkan sebelum kita lahir lagi, macam mana pulak dengan orang-orang yang bunuh diri tu?" - Taehyung "Takdir dan qada' qadar sama maksud. Qada' dan qadar terbahagi kepada dua. First, qada' dan qadar yang m...