"Saya dah cakap dengan director, awak boleh duduk depan tu." Chaerim menunjuk ke tempat paling hadapan. Erina mengangguk sebelum bergerak."Annyeonghaseyo." Erina menyapa pengarah di sebelahnya dengan perlahan. Dia duduk bersila di atas lantai. Bangtan sedang menyambut ulang tahun mereka yang ke-7. Disebabkan bosan duduk dengan Chaerim di belah belakang, Erina meminta izin untuk duduk di bahagian kru kamera.
Penulis skrip di sebelah kanannya pula menunjuk kertas lukisan yang mempunyai soalan-soalan kepada mereka.
"Apa yang anda mahu lakukan dengan ahli lain pada masa akan datang?" Jimin membaca dengan kuat lalu menjawab
"Saya tak nak apa-apa. Saya cuma nak ada dengan korang selamanya sebagai BTS. Itu je." Erina bermain dengan jarinya. Terasa bersalah kerana ketika dia masih tidak mengenali dunia kpop, dia banyak berfikiran seperti 'muka macam perempuan', 'buat hidung' dan banyak lagi. Tapi sekarang baru dia sedar, tak perlu menilai visual mereka kalau tidak pernah mendalami lirik lagu-lagu mereka.
Salah seorang staf menghulurkan Erina sebotol air mineral. Erina menunduk sedikit sebelum membuka penutup botol.
"Aku teringin nak tengok anak korang." Baru sahaja bibir Erina nak menyentuh botol, Taehyung memberi jawapannya. Tak jadi Erina nak minum. Tiba-tiba tekaknya terasa kering. Nasib baik belum minum, kalau tengah minum? mahu dia menanggung malu sebulan!Erina mengangkat muka. Hah kau! dah kenapa tenung dia macam tu?!
Spontan mereka semua melepaskan tawa termasuklah kru kamera. Namjoon sampai terbatuk-batuk mendengarnya. Erina menundukkan kepala daripada terus bertentangan mata dengan suaminya. Erina buat-buat ketawa. Yelah nanti kang dia seorang je yang tak gelak apa pulak yang diorang fikir?
Dikala mereka meneruskan perbualan, Erina menelan air liur. Erina tahu suaminya masih hormat kepada dirinya yang belum bersedia. Tetapi dia juga tahu hukum menolak suami dan apa balasannya. Setakat ini, Taehyung tidak pernah lagi bercakap isu anak.
Erina tersedar daripada lamunan apabila bunyi orang bersiul menyapa gegendang telinganya. Siapa lagi kalau bukan suaminya? Erina malas mahu melayan manakala Taehyung masih cuba mendapatkan perhatian Erina. Pinggang ramping Erina dicuit-cuitnya.
"Stop main-main boleh tak?" Erina merengus sambil menjeling Taehyung yang sedang tersenyum dengan senyuman kotaknya di sebelah. Sabarrr.
"Aras 5"
Erina berlalu keluar dengan pantas. Dia menoleh ke belakang dan senyuman kotak Taehyung menyapa pandangannya. Tidak puas hati, Erina berhenti melangkah.
"Yang awak ikut saya ni kenapa? studio ada kat tingkat atas kan?" soal Erina. Apa yang dia tahu, tujuan Taehyung datang hari ini adalah untuk berlatih untuk konsert BANGBANGCON yang akan berlangsung tidak lama lagi.
Taehyung mengemam bibir. Jari telunjuknya dibawa ke dagu seolah sedang berfikir.
"Eh? salah ke kalau seorang suami nak hantar isteri dia ke tempat kerja?" Taehyung membalas dengan soalan. Erina mengukir senyuman menahan geram.
"Terima kasih tapi saya dah sampai dah pun ke tempat kerja saya jadi awak boleh pergi buat kerja awak pula sekarang ya, suamiku?" Erina memusingkan badan lalu ingin mula melangkah. Lengannya direntap oleh Taehyung. Kening Erina terangkat.
"Tak nak salam ke? pahala ni.." kata Taehyung merenung ke anak mata Erina.
Perlahan-lahan tangan Erina menyentuh tangan Taehyung lalu disalamnya. Erina berkerut apabila tangan Taehyung tidak melepaskan genggamannya.

YOU ARE READING
Takdir | KTH
Fanfiction"Kalau awak kata takdir kita memang dah ditetapkan sebelum kita lahir lagi, macam mana pulak dengan orang-orang yang bunuh diri tu?" - Taehyung "Takdir dan qada' qadar sama maksud. Qada' dan qadar terbahagi kepada dua. First, qada' dan qadar yang m...