22 ☾

248 16 2
                                    


Buka sahaja mata, wajah lelaki di depan mata. Erina menilik muka itu. Dari kening yang lebat, bulu mata yang panjang, hidung yang mancung dan sehinggalah bibir yang terbuka sedikit. Best pulak mimpi kali ini. Tangan Erina naik menyentuh kening lebat itu. Tiba-tiba mata lelaki itu terbuka menyebabkan Erina terjerit kecil dan terjatuh ke bawah.

"Aduh! mimpi pun sakit macam ni ke?" gumam Erina sambil mengurut punggung yang sakit. Perlahan-lahan dia bangun dan berdiri di tepi katil. Matanya membulat dengan mulut-mulut sekali ternganga.

"Kau siapa?! kenapa kau ada kat atas katil.."
Bilik asing itu dilihatnya. Bukan bilik dia.

"..aku?" Erina berkerut. Jari telunjuknya dibawa ke dagu seolah-olah sedang berfikir. Taehyung yang melihat terus melepaskan tawa yang ditahan tadi. Alahai isteri!

Dengan pergerakan kilat, tangan Erina ditarik Taehyung sehingga berbaring semula di atas katil. Badan Taehyung di atas badan Erina. Sepi. Taehyung membuat muka seperti
kau-tengok-betul-betul-aku-ni-siapa. Erina yang bagai tersedar terus menutup muka yang membahang dengan tangan. Ah malu 3.0! Pagi-pagi dah tunjuk kebodohan kat suami!

"Ingat dah? ke still rasa macam mimpi lagi?" Taehyung bernada sinis. Erina terus menepuk perlahan dada Taehyung. Oh dia nak main perli-perli? Erina pun boleh lah!

"Eh mimpi lagi ni ha!" dengan mata yang tertutup dan mulut menahan senyum, tangan Erina tergapai-gapai ke atas iaitu betul-betul di sebelah muka Taehyung.

Taehyung yang melihat tindakan Erina itu hanya tersenyum senget sebelum perlahan-lahan bibirnya mencium dagu Erina sekejap. Terus terdiam Erina. Tangan yang tadinya bergerak terus menjadi kaku di udara. Taehyung main kasar!

"Eh kenapa diam? habis dah mimpi tu?" Taehyung tersenyum sinis. Erina masih kaku. Tak, dia takkan mengalah!

"Eh? Seo joon oppa nak kiss kita lah!" rasa menyesal pun ada kerana dia perlu memuncungkan bibir pulak! Sejak bila Erina Aleya jadi bodoh waktu pagi ni?

Walaupun hanya beberapa saat sahaja dia memuncungkan bibir namun Taehyung lebih pantas menyambar. Erina pasrah dengan mata yang masih terpejam. Dia terkaku lagi. Taehyung menjarakkan wajahnya dengan senyuman kemenangan.

"Eee gelilah! dah la tak mandi lagi bluwekk." Erina menolak badan Taehyung lalu meloloskan diri ke dalam bilik air. Ya Allah! Dia dah nak mati ke? Jantung ni laju sangat! Erina dengar suara Taehyung yang sedang gelak dengan sakan di luar. Erina merengus perlahan sebelum berlalu ke sinki untuk membasuh muka dan menggosok gigi.

                                      ////

"Masak apa tu, isteriku?" Taehyung memeluk pinggang Erina dari belakang. Dagunya diletakkan di atas bahu Erina.

"Masak nasi goreng je, suamiku." Erina melayan. Apabila sudah selesai menggoreng nasi bersama kimchi, dia menutup api. Mangkuk kaca di kabinet atas cuba dicapai namun dia terlalu pendek untuk itu.

"Eh, isteriku! biar suamimu yang tinggi lagi kacak ini yang tolong ambilkan ya." tangan Erina dibawa turun lalu tangannya yang sebelah lagi mencapai mangkuk kaca itu dengan semudah abc.

Erina menggulingkan mata ke atas. Tangan Taehyung kembali melilit di pinggang ramping Erina. Nasi di atas kuali dituang ke dalam mangkuk tersebut lalu mahu diletakkan di atas meja makan.

"Tepi lah, saya nak buat kerja ni." Erina cuba untuk mara ke hadapan namun gagal apabila tangan Taehyung makin kuat memeluknya.

"5 minit." Erina hanya melayan. Taehyung mula mencium belakang leher Erina yang terdedah kerana dia mengikat rambut dengan gaya messy bun. Perlahan-lahan bibirnya bergerak ke leher sebelah kiri dan bahu.
Erina gigit bibir.

Takdir | KTH Where stories live. Discover now