Oktober 2019
—
Wow.
Chaerim dan Erina sama-sama terpegun dengan apa yang dilihat oleh mereka sekarang. Ibu negara Arab Saudi. Riyadh. Kedua-dua mereka masih ternganga melihat lampu-lampu yang cantik menghiasi malam.
Menara Kingdom yang tinggi ditambahkan lampu berwarna-warni juga melambangkan betapa cantiknya kota ini.
Bunyi loceng membuatkan mereka berdua menutup mulut lalu Chaerim pergi ke arah pintu manakala Erina merebahkan diri di atas katilnya.
"Erin awak nak makan apa?!" teriak Chaerim dari pintu. Macam jauh sangat dia ini.
"Saya share dengan awak je! kenyang lagi!" setelah beberapa minit, Chaerim muncul dan turut menghempaskan badan ke atas katilnya.
"Esok pagi rehearsal." kata Chaerim.
Erina tidak membalas kerana dia memang patut tahu dan perlu sentiasa bersiap-sedia. Sepi yang lama. Kedua-dua mereka sudah pun tertidur dengan nyenyak.Keesokannya
Selepas sahaja Erina keluar dari bilik air, Chaerim terus berlari masuk. Lapar.
Malam tadi mereka langsung tidak terjaga mungkin kerana terlalu letih. Erina mula bersiap-siap. Lapar juga hehe. Tidak sampai setengah jam, Chaerim keluar dari bilik air dan sama seperti Erina, dia mula bersiap-siap.Sambil menunggu, Erina mengambil gambar pemandangan di luar. Nak hantar di instagram? nanti-nanti je lah. Chaerim pernah mengingatkannya, jika boleh, kerja mereka sebagai staf di Big Hit Entertainment biarlah tidak diketahui. Keep it lowkey.
"Let's go!" jerit Chaerim tidak sabar.
Erina keluar bersama beg sandangnya kerana selepas bersarapan, mereka akan terus ke Stadium Antarabangsa Raja Fahd untuk rehearsal. Pakaian yang Erina pakai tidak lah terlalu tebal tetapi tetap menutup aurat. Kepala dikecualikan.Sampai sahaja di tempat makan, Chaerim berlari dahulu untuk mengambil makanan. Pfftt lapar sangat lah tu. Erina terhenti daripada melangkah. Mata membulat.
Hampir kesemua staf-staf perempuan yang lain mempunyai kain selendang di atas kepala. Aduh! Hanya dia dan Chaerim sahaja tidak.
Ini mesti sebab mereka tertidur awal malam tadi hadoii."Good morning Erin! Best tidur? Mimpi apa?" suara nyaring itu membuatkan Erina terkejut. Jhope. Erina hanya tersengih sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Nah untuk awak dan Chae noona." Hoseok menghulurkan dua helai kain selendang berwarna hitam kepada Erina.
Dia mengambilnya dan mengucapkan terima kasih."Nanti lepas ambil makanan, duduk dengan kitorang tau!" pesan Hoseok sebelum berlalu pergi ke meja bulat yang diduduki oleh mereka bertujuh. Ada dua tempat kosong khas untuknya dan Chaerim.
Selesai sahaja bersarapan, mereka terus bergerak ke stadium untuk rehearsal. Bak kata Yoongi, kalau habis rehearsal awal, bolehlah mereka berjalan-jalan di kota Riyadh ini. Tetapi dia kata dia tak nak jalan-jalan.
Nak tidur.Stadium Antarabangsa Raja Fahd
"Babai~" Chaerim melambai Erina yang perlu pergi ke tempat duduk penonton bersama yang lain. Mentang-mentanglah manager.
Erina duduk di barisan kelima dan dihujung. Mereka diarahkan untuk tunggu sementara para pengurus berbincang dengan pihak stadium. Dia kemudian bangun dan mengeluarkan telefonnya untuk mengambil gambar. Tanpa sedar, Erina sudah berada jauh dari mereka.
"Sikit je lagi okeh." Erina berkata pada diri sendiri lalu menangkap gambar yang terakhir iaitu muka putihnya. Tiba-tiba dia teringatkan Taehyung. Erina mengeluh. Hampir 3 bulan Taehyung cuba mengelakkan diri daripadanya. Apabila ditanya, dia tidak melayan.
Erina penat. Malas. Dia tidak perlukan lelaki itu dalam hidupnya lagi. Dia bergerak semula ke tempat berkumpul.Langkah Erina terhenti saat ternampak Taehyung di barisan tengah. Dia sekarang berada pada barisan paling atas.
Perlahan-lahan, dia menuju ke arah Taehyung dan terus melabuhkan punggung di sebelah lelaki itu. Taehyung agak terkejut. Serta-merta dia bangun dan mula untuk melangkah tetapi berhenti apabila Erina bersuara"Apa salah saya?"
Sepi. Perlahan-lahan Taehyung duduk semula. Taehyung duduk selang satu kerusi.
Yang memisahkan antara dirinya dan Erina. Erina masih tidak mengalihkan pandangannya daripada Taehyung. Dia perlukan jawapan.Akhirnya Taehyung memandang tepat muka Erina. Sungguh dia rindu dengan perempuan itu. Ada sebab dia elakkan diri daripada Erina dan biarlah dirinya sahaja yang tahu.
Taehyung tersenyum nipis sambil menggelengkan kepala dengan perlahan. Setelah itu, kedua-dua mereka tidak bersuara. Masing-masing sedang melepaskan rindu dengan cara menatap mata.
"Awak..." Erina bersuara untuk menghalang dirinya menangis. Kuatlah wahai hati!
"Nanti bila awak nak kahwin, awak nak lelaki yang macam mana?" soal Taehyung tiba-tiba. Lidah Erina kelu. Dia tak sangka Taehyung akan soalnya begitu. Tetapi dia tetap menjawab. Dia nak mereka seperti dahulu. Mereka yang seperti kawan rapat.
"Saya nak lelaki yang penyayang, rajin, suka budak-budak dan yang paling penting, kuat agama." Erina tersenyum bayangkan satu hari nanti, seorang lelaki akan menjadi imamnya.
"Kuat agama?" soal Taehyung dan Erina mengangguk dengan pantas.
"Seseorang yang boleh jadi imam saya. Setiap kali solat, dia akan jadi imam. Setiap kali mengaji, dia tolong ajar. Setiap kali saya buat salah, dia akan betulkan. Mungkin awak tak faham tapi saya nak lelaki yang boleh bimbing saya ke arah yang lebih baik." jelas Erina panjang lebar. Dia tersenyum kerana Taehyung takkan faham apa yang dia cakap.
Erina memandang ke hadapan semula.Taehyung merenung sisi muka Erina.
Dari rambut hadapan yang terkeluar daripada selendang di kepala, kening semula jadi yang cantik terlukis walaupun terdapat parut, mata yang mempunyai bulu mata yang panjang dan lentik, hidung yang tidak berapa mancung tetapi tetap terlihat cantik, bibir yang berwarna merah jambu dan seksi......Taehyung menelan air liur sendiri. Dia mengalihkan pandangan ke arah lain.
"Tak. Kau tak boleh Taehyung! Sabar!" Taehyung terus bangun dan berlalu pergi. Erina hanya memandang sayu.
TAKDIR
#happysugaday
#happybirthdayyoongi
#ourgeniusminpd
#kingyoongiday
💛💜💙🐱💙💜💛
![](https://img.wattpad.com/cover/244750243-288-k16830.jpg)
YOU ARE READING
Takdir | KTH
Fiksi Penggemar"Kalau awak kata takdir kita memang dah ditetapkan sebelum kita lahir lagi, macam mana pulak dengan orang-orang yang bunuh diri tu?" - Taehyung "Takdir dan qada' qadar sama maksud. Qada' dan qadar terbahagi kepada dua. First, qada' dan qadar yang m...