"Saya betul-betul minta maaf, Erin. Oleh kerana kelalaian saya, awak terpaksa hadap semua ini." kata Chaerim dengan nada kesal.Sepasang matanya yang merah dek kerana menahan tangisan bertentang dengan sepasang mata milik Erina. Kedua-dua belah tangan Erina digenggam perlahan. Chaerim berharap agar Erina dapat memaafkan dirinya kerana dia sendiri pun susah untuk memaafkan diri sendiri.
"Chaerim, saya tak pernah salahkan awak. Saya redha dengan apa yang dah jadi." balasnya lembut.
Chaerim terus menarik Erina ke dalam pelukan tatkala air matanya telah mengalir di pipi. Erina membalas pelukannya dengan senyuman nipis. Matanya melihat ke arah penjuru bilik di mana Taehyung berada.
"Sekarang, awak dah bersedia untuk ceritakan segalanya?" kata Chaerim setelah beberapa minit berpelukan bersama Erina. Erina tersenyum lembut sambil menganggukkan kepalanya.
"So, encik jumpa Erina bila?" soal Inspektor Han kepada Taehyung memulakan tugasnya.
"Tadi. Ada orang hantar dia ke rumah saya."
"Encik kenal orang tu?"
Taehyung menyepi seketika saat soalan itu ditujukan. Sempat matanya melihat ke arah katil Erina. Rambutnya dikuak perlahan.
"Aniq." mendengar sepasang nama itu membuatkan Inspektor Han tersentak.
"Dia pernah datang jumpa saya bagitahu tentang stalker Erin. Saya memang tak percaya dia tapi..." sambung Taehyung lagi apabila Inspektor Han tidak membalas apa-apa.
"Saya harap encik bersabar. Saya hanya perlu dengar dari pihak isteri encik untuk menangkap pelaku itu." kata Inspektor Han sambil menepuk perlahan bahu Taehyung. Dia faham perasaan lelaki muda itu. Siapa sahaja yang sanggup kehilangan isteri sendiri?
Taehyung segera menuju ke arah Erina dan Chaerim saat melihat Erina yang sudah menangis teresak-esak.
"Erin?" kedua-dua belah tangan Taehyung naik memegang pipi Erina. Wajah perempuan itu dilihat olehnya.
"Kenapa sayang nangis?" soal Taehyung dengan penuh lembut. Mata mereka saling bertentangan antara satu sama lain.
"Dia sentuh saya, Taehyung." Erina mencebik lalu terus mengeluarkan air mata.
Taehyung menarik Erina ke dalam pelukannya. Chaerim dan Inspektor Han yang faham dengan situasi itu turut memberi kerjasama dengan memberi ruang kepada pasangan itu.
Setelah pintu ditutup, cepat-cepat Taehyung membawa wajah Erina berhadapan dengannya. Melihat wajah bersih yang sudah lencun dengan air mata itu membuatkan hati lelakinya hancur.
"Kenapa ni?" ibu jari Taehyung mengelap air mata yang masih mengalir. Pipi isterinya dikucup lembut.
"Saya ada kat sini, Erin. Saya takkan tinggalkan awak lagi. Mulai saat ini, tiada lelaki lain yang akan sentuh awak melainkan saya."
Rambut Erina yang sedikit serabai diperbetulkan dengan jari-jemarinya. Perlahan-lahan Erina dibaringkan semula setelah tangisannya semakin reda. Tangan Erina digenggam dan dicium lama. Sayu hati Taehyung melihat keadaan isterinya itu.
"Saya teman sayang rehat, ya?" katanya lagi sambil mengusap rambut hitam milik Erina.
"Saya kenal lelaki tu..." perlahan sahaja Erina bersuara namun telinga Taehyung dapat menangkap kata-katanya itu.
"Sayang, tak perlu paksa diri. Just take your time." lembut suara Taehyung berkata-kata sambil mengelus perlahan pipi Erina.
Mata Erina semakin memberat dek kerana ketenangan yang dirasai hasil daripada sentuhan suaminya itu. Akhirnya Erina tertidur di bawah sentuhan Taehyung.
\\\
"Dah berapa lama diorang kahwin?" tanya Inspektor Han memecahkan kesunyian di antara dia dan Chaerim.
Mereka sedang duduk di tempat menunggu sementara Taehyung menenangkan Erina. Koridor hospital agak sunyi kerana hari semakin gelap.
"Baru lagi. 4 bulan macam tu." jawab Chaerim sambil menggetel hujung lengan bajunya. Suasana yang agak sunyi itu membuatkan keadaan semakin kekok tambahan pula hanya mereka berdua sahaja berada di situ.
"Cik dah buat apa yang saya suruh?"
Chaerim menggulingkan anak matanya setiap kali lelaki itu memanggilnya dengan panggilan formal. Dia sangat tidak suka.
"Panggil saya Chaerim je tak perlu cik. Dan saya dah buat apa yang awak suruh. Saya dah rakam keterangan daripada Erin dan fortunately, dia kenal pelaku tu." panjang penjelasan Chaerim.
"Dia kenal pelaku tu?" tanya Inspektor Han bagi memastikan dia tidak tersalah dengar.
Chaerim hanya menganggukkan kepala lalu mengeluarkan Samsungnya. Ingin memberi Inspektor Han mendengar keterangan daripada Erina yang telah dirakam olehnya.
Tidak sempat apabila mereka terdengar bunyi pintu ditutup dan Taehyung muncul dengan wajah yang agak berserabut. Kedua-dua mereka bangun mendapatkan lelaki itu.
"Erin okay? dia dah cerita semuanya?"
Inspektor Han berdehem sambil memandang perempuan di sisinya. Sebagai tanda supaya tidak memaksa Taehyung dengan keadaannya yang sebegitu. Chaerim mengemam bibir kerana sudah terlanjur kata. Dia tidak sepatutnya menyerang Taehyung seperti itu.
"Saya tak nak Erin paksa diri cerita semua." jelas Taehyung sambil meraup mukanya. Punggung dilabuhkan ke kerusi besi itu.
"Tapi dia dah cerita kat saya." kata Chaerim sambil melabuhkan punggung di sebelah lelaki itu.
Taehyung hanya menggumam sebagai balasan. Taehyung menyelesakan diri dengan menyandarkan badannya. Mata terpejam sambil jarinya naik mengurut kening. Dia penat mental dan fizikal ketika ini. Tapi Taehyung sedar bahawa isterinya lebih penat dengan semua dugaan.
"Siapa Ismail?" tanya Chaerim setelah lama mendiamkan diri.
TAKDIR

ANDA SEDANG MEMBACA
Takdir | KTH
Fanfiction"Kalau awak kata takdir kita memang dah ditetapkan sebelum kita lahir lagi, macam mana pulak dengan orang-orang yang bunuh diri tu?" - Taehyung "Takdir dan qada' qadar sama maksud. Qada' dan qadar terbahagi kepada dua. First, qada' dan qadar yang m...