malay/korean
—
"Sedap tak?" Chaerim bertanya dan Erina mengangguk dengan mulut yang penuh.
Sekarang mereka dalam perjalanan ke Jepun lagi untuk Mnet Asian Music Awards 2018. Semalam baru sahaja BTS World Tour di Taiwan habis dan mereka terus ke Jepun. Bukan Bangtan sahaja yang penat malah semua yang bekerja ini pun sama. Pejam celik pejam celik sudah pun bulan Disember. Hubungan Erina dengan Bangtan pun semakin rapat.
"Makan pun comot haih" kata Chaerim lalu mengesat mayonis di tepi bibir Erina. Erina hanya tersengih.
"Sedap sangat ah gimbap inii"
🛬🛬
"Saya keluar kejap tau sebab ada meeting" Chaerim menyarung selipar dan keluar dari bilik hotel dia dan Erina. Erina? Ada ni tengah baring terkangkang kat atas katil. Pasal ibunya? Masih tidak dapat dihubungi. Kadang-kadang dia sedih dengan perubahan ibunya itu tetapi Bangtan dan Chaerim selalu ada dikala dirinya sedih. Tidak dinafikan lagi mengapa mereka ini mempunyai ramai peminat dari serata dunia. Tanpa sedar Erina tersenyum sendiri.
"Ding dong"
Tiba-tiba loceng biliknya berbunyi. Dengan malas Erina menuju ke pintu dan terserlah lah seorang jejaka berambut merah menyala. Cuba teka cuba teka.
"Taehyung-ssi, ada apa?" soal Erina sambil menggosok matanya. Dah gatal gosok lah.
"Teman saya keluar jom" Taehyung tersenyum. Erina ternganga. Tak nampak ke dia tengah dalam keadaan ngantuk ini?
"Awak tak nak rest ke?" Erina bertanya.
"Taknak. Nanti saya tak bangun-bangun sampai esok" jawab Taehyung serious.
"Tak takut fans nampak?" soal Erina lagi bagi menakutkan Taehyung.
"Tak! Ini Jepun lah" jawab Taehyung sambil menguak rambutnya ke belakang. Erina hanya membuat muka seposen. Ya Jepun. Negara paling berdisiplin. Tapi apa kene mengena?!
"Jebal" Taehyung menutup mata sambil menyatukan kedua-dua tangannya. Erina terpaksalah ikut. Bukan selalu kan.
"Hish yelah tapi kat cafe bawah ini je eh" Erina menjeling Taehyung dan dia hanya mengangguk sambil menyandarkan badannya di dinding sebelah pintu. Maksudnya dia tunggu lah. Setelah mengambil telefon dan beg duit, Erina keluar dan mereka terus menaiki lif ke aras bawah. Dia dan Taehyung tidak perlu memakai mask kerana bangunan ini memang khas untuk semua calon anugerah tersebut.
Setelah mendapat tempat, mereka duduk dan pelayan lelaki datang membawa menu. Taehyung memesan satu set sushi dan coklat panas manakala Erina yang tidak lapar itu hanya memesan teh panas. Setelah selesai mengambil pesanan, pelayan lelaki itu beredar. Mata Erina memerhati sekeliling cafe itu. Walaupun dia tidak kenal seorang pun, tetapi dia tahu antara idol-idol ini mesti ada yang menjalinkan hubungan.
Tanpa sedar dia tersenyum kecil. Macam mana lah mereka boleh pertahankan hubungan mereka dengan masa kerja yang padat. Diri dia yang pernah 'couple' pun putus kerana sibuk PT3. Taehyung yang bosan bermain telefonnya pun menutup lalu meletakkan ke atas meja. Dia memandang Erina.
"Dah jumpa dah?" soal Taehyung dan serta merta Erina mengerutkan dahi. Yelah tiba-tiba je jumpa. Jumpa apa?
"Bakal suami?" jawab Taehyung kerana apa yang dia nampak tadi adalah mata Erina seperti mencari seseorang. Erina berdecit. Sebabnya hanyalah untuk hilangkan rasa kekok antara dia dan Taehyung. Ya, memang dia dah mula rapat dengan Taehyung tapi itu tak bermaksud yang dia juga dah mula rasa selesa dengan lelaki yang bukan mahram.
"Awak memang tak nak cakap dengan saya ke?" soal Taehyung lagi apabila lihat Erina termenung.
"Nak cakap pasal apa?" kata Erina sambil mengacau air teh nya yang baru sahaja sampai.
"Pasal baju saya lah takkan pasal air ini pulak" Taehyung menggeleng lalu memasukkan sushi salmon ke dalam mulut. Erina yang sedang syok bermain dengan teh nya itu berhenti lalu menyandarkan badan ke belakang sambil mengeluh.
"Disebabkan rambut awak merah jadi saya sediakan suit merah khas untuk awak. Haa matching-matching gitu" kata Erina sambil menunjuk-nunjuk rambut Taehyung seperti seorang pereka fesyen professional. Taehyung tergelak dengan kata-kata Erina walaupun ianya hambar.
"Comel" kata Taehyung di dalam hati.
🛏🛏
Perlahan-lahan Erina menaiki katil lalu membaringkan diri. Mata yang mengantuk mula memberat tetapi sebelum dia berlayar ke alam mimpi, dia membaca doa. Setelah itu dia menaikkan selimut ke paras ketiak dan bersedia untuk tidur tetapi satu suara menghancurkan segalanya. Eh macam kejam sangat je.
"Pergi mana tadi?" soal Chaerim dengan mata yang masih tertutup rapat.
"Taehyung ajak minum" jawab Erina sambil memandang siling yang putih bersih itu.
"Looks like he started liking you" kata Chaerim selamba. Erina membulatkan mata lalu memandang Chaerim yang sedang menutup mata. Dia tidak percaya apa yang baru sahaja dia dengar. Impossible.
Erina berdecit lalu baring membelakangkan Chaerim di katil sebelahnya."Nonsense" Erina melelapkan mata.
Setelah beberapa minit, Chaerim bersuara lagi sebelum dia betul-betul tertidur.
"Erin, awak tak tahu yang dia pernah letakkan kepala awak ke bahu dia masa awak tertidur dalam flight haritu. And the best part is, awak perempuan pertama yang saya nampak dilayan seperti itu dengan Taehyung" Chaerim berkata perlahan dan tidak mahu Erina mendengarnya.
Tetapi Erina dapat dengar dengan jelas sekali sehingga dia susah untuk melelapkan matanya semula. Baru dia teringat yang dia pernah tertidur semasa Taehyung duduk di sebelahnya untuk meminta maaf. Tapi takkan dia tak tahu yang Erina ini seorang muslim? Yang tidak boleh disentuh sesuka hati?
TAKDIR
chapter bosan btw OKEY DOKEY YOW! IS THAT TRUE? YES! OKEY DOKEY YOW ok sampai situ je HAHAHAHAHHA 🐆
YOU ARE READING
Takdir | KTH
Fanfiction"Kalau awak kata takdir kita memang dah ditetapkan sebelum kita lahir lagi, macam mana pulak dengan orang-orang yang bunuh diri tu?" - Taehyung "Takdir dan qada' qadar sama maksud. Qada' dan qadar terbahagi kepada dua. First, qada' dan qadar yang m...