37 ☾

127 12 2
                                    


Erina memerhati seluruh kawasan lapangan terbang yang penuh dengan manusia itu. Setiap daripada mereka dengan hal masing-masing termasuklah dia dan Taehyung.

"Erinku sayang.." Taehyung bernada manja lalu memeluk Erina dari belakang. Wajahnya disembamkan ke leher jinjang perempuan itu.

Erina tersenyum kecil lalu jari-jemarinya naik bermain dengan rambut kerinting suaminya. Lama mereka berkedudukan sebegitu tanpa sepatah kata sehinggalah Taehyung mengangkat kepala lalu memusingkan Erina menghadapnya.

"Macam mana saya nak tidur kalau sayang takde kat sebelah?" Taehyung memuncungkan mulut. Erina berdecit.

"Peluklah bantal macam awak single dulu."

"Tapi masa saya single saya jarang peluk bantal. Biasanya peluk Jungkook tapi kadang-kadang peluk Jimin jugak. Hoseok-hyung pun ada ju—" Erina meletakkan jari telunjuknya di bibir Taehyung. Kalau boleh, semua nama dia nak sebut.

Perlahan-lahan Erina memeluk lelaki itu dengan sangat erat. Jujur, dia juga tidak sanggup untuk berjauhan dengan suami sendiri sampai rasa nak menangis. Sebelum ini okay sahaja tetapi kali ini dia sedih sangat.

"Saya dah nak kene masuk..." Taehyung meleraikan pelukan dengan lembut. Dia mengangkat dagu Erina mendongak memandangnya. Dahi bersih isterinya dicium lama.

"Jaga diri. I love you, sayang."

Taehyung tersenyum apabila Erina mencium tangannya. Dia kemudiannya berlalu pergi bersama beg yang dibawa. Erina melambai tangannya dengan perlahan-lahan apabila Taehyung hilang dari pandangan mata.

"Kenapa aku over sangat ni?" kata Erina lalu mengelap air mata yang mengalir di pipinya. Sudahlah malu apabila orang yang lalu-lalang tengok dengan muka yang serius.

                                       ///

"Assalamualaikum."

Erina memberi salam lalu masuk ke dalam rumah. Beg tangannya dicampak ke atas sofa seraya menghempaskan tubuhnya ke atas sofa. Tidak tahu mengapa, sejak dia pulang dari menghantar Taehyung, kepalanya pening dan tekak terasa loya. Puan Jasmin, Chaehyun dan Chaerim masih belum balik dari kedai untuk membeli sedikit barang dapur.

Erina menekup tangannya ke mulut sebelum dengan pantas dia berlari ke sinki dapur. Yang keluar hanyalah air liur. Mulut dibersihkan dan rasa loya di tekak masih tidak hilang.

"Erin, are you okay?" suara Chaehyun menyapa gegendang telinganya. Dia tidak perasan pula yang mereka baru pulang.

"Kenapa pucat sangat muka ni?" Chaehyun membelek wajah Erina dengan kening yang berkerut risau. Tangannya dibasahkan lalu dilap muka perempuan itu.

Kepala seperti semakin kuat memusing dan terasa seperti kekurangan oksigen, Erina rebah di pegangan mamanya.

"Erin?!" Chaehyun menggoncang perlahan bahu Erina sebelum memanggil Chaerim yang berada di ruang tamu.

"Kenapa dengan Erin?"

"Dia tiba-tiba pengsan. Kita pergi hospital sekarang!"

                                        \\\











"Tahniah Puan! tidak lama lagi Puan bakal menjadi seorang ibu. Kandungan Puan pun sudah masuk 3 minggu."











Dia mengandung?
Adakah dia sedang bermimpi?












"Syukur alhamdulillah! mama dan ibu nak dapat cucu dah."

Takdir | KTH Where stories live. Discover now