8 ☾

214 27 15
                                    

malay/korean

"Erin-ah! Palli juseyooo!" suara Chaerim dari luar membuatkan Erina melihat dirinya di cermin buat kali terakhir sebelum keluar bersama beg rodanya.

"Awak turun start enjin dulu saya nak kunci pintu ini jap" Chaerim menyerahkan kunci kereta kepadanya. Erina pun turun ke lobi. Yeah rumah Chaerim apartment tingkat 2. Setelah menghidupkan enjin, dia meletakkan begnya ke dalam bonet kereta dan seraya itu Chaerim muncul. Mereka memulakan perjalanan ke lapangan kapal terbang.

💺💺

Sekarang mereka sudah pun berada di dalam pesawat dan perjalanan baru mengambil masa setengah jam. Erina seperti biasa, duduk di tepi tingkap. Dia memang penggemar tempat duduk tepi tingkap. Sekarang Erina sangatlah bosan. Nak tidur? Tak ngantuk lagi. Nak tengok movie? Tiada mood. Nak makan? Boleh jugak. Baru sahaja dia mahu menegur Chaerim yang sedang bermain PUBG di sebelahnya, Chaerim berkata dahulu

"Erin, saya nak duduk dengan Jungkook jap tau"

"Eh! Buat apa?" soal Erina apabila Chaerim mula bangun dari duduknya.

"Layan anime ah apa lagi? Awak duduk je sini tengok movie ke tau. Bye" kata Chaerim dan berlalu ke belakang.

Erina mengeluh. Akhirnya dia bercadang untuk dengar lagu sahaja sambil menangkap gambar awan di luar. Kuasa tuhan cantik sangat.

"Hyung, bagi Chaerim noona duduk sini jap" kata Jungkook kepada Taehyung yang sedang termenung itu.

"Habistu saya nak duduk mana?" soal Taehyung kepada Chaerim.

"Tu sebelah Erina. Eh cepat lah tak sabar dah ni" gesa Chaerim lalu menarik tangan Taehyung sehingga dia bangun dari tempat duduknya. Yeah kuasa Kim Chaerim.

Sebelum Taehyung mula melangkah, Chaerim memberi peringatan

"Jangan sakitkan hati dia lagi eh kalau tak siap lo"

Taehyung mengeluh dan melangkah dengan lemah ke tempat Chaerim. Dia terfikir untuk duduk dengan Jimin tetapi Jhope sedang tidur di sebelahnya jadi dia hapuskan niatnya dan berhenti apabila ternampak Erina sedang melihat telefonnya.

 Dia terfikir untuk duduk dengan Jimin tetapi Jhope sedang tidur di sebelahnya jadi dia hapuskan niatnya dan berhenti apabila ternampak Erina sedang melihat telefonnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ketika Erina sedang memfokuskan cameranya, dia terasa tempat duduk di sebelahnya memberat seperti ada orang duduk. Dia berfikir yang Chaerim sudah merinduinya.

"Eh baru sekejap dah rindu? hm? baru saya tahu awak ini tak boleh jauh eh dengan saya hahah" sakat Erina sambil fokusnya pada camera iphonenya. Tidak tahu gerangan yang duduk di sebelahnya sekarang.

"Dah habis cakap?" Taehyung bersuara menyebabkan Erina terkaku. Langsung tidak bergerak. Kenapa pulak lah mamat ini ada kat sini?!

"Dah kenapa?" soalan Taehyung menyedarkan diri Erina. Dengan segera dia menutup telefonnya dan menaikkan volume. Topi yang dipakai pun ditarik sehingga menutup bahagian matanya. Dia tak mahu cakap dengan Taehyung kerana lelaki itu telah anggap dia sebagai seorang sasaeng. Erina menutup mata dan bersandar dengan selesa. Tetapi bagaimana mahu selesa kalau orang lelaki asing duduk di sebelah dia?!

"Erina-ssi" Taehyung memanggil Erina. Dia tidak tahu yang Erina menaikkan volume paling maksimum. Pekak pun pekak lah janji tak bercakap dengan dia.

"Erina" Taehyung menarik earphone dari telinga kiri Erina. Bapak kuat. Tak letak kat telinga lagi dah dengar.

"Apa masalah?" Erina berkata dengan tidak berpuas hati sambil memandang mata Taehyung tajam.

"Nak pekak ke?" soal Taehyung. Dia melepaskan earphone itu dan Erina segera mencapainya semula.

"Saya nak cakap ni" kata Taehyung. Erina berhentikan lagu di telefonnya dan meletakkan earphone ke tepi.

"Tentang apa?" Erina sebenarnya suka lah tu sebab dia memang perlukan seseorang untuk berborak. But not with this guy huh.

"Tentang kita" jawab Taehyung selamba sambil menghalakan jari ke arah dirinya dan Erina silih-berganti.

Erina hanya menjeling dan melihat ke luar tingkap. Sebabnya kerana hati dia berdebar sangat sekarang ini. Entah kenapa dia nak cakap pasal mereka pulak?

"Tentang kejadian hari itu bukan tentang kita ke? Tentang diorang jugak eh?" fikir Taehyung.

Serta-merta Erina memandang Taehyung dengan muka yang tidak boleh ditafsirkan. Kenapa lah dia fikir sampai luar kotak?! Padahal pasal hari itu je. Erina berdehem.

"Then? Kenapa? Awak nak baling saya ke bawah?" soal Erina serious.

"Saya minta maaf, Erina-ssi. Saya bukan apa cuma risau tentang privacy kitorang dan keselamatan kitorang. Itu je" Taehyung berkata bersungguh-sungguh dengan mata bulat seperti bayi dan tangan disatukan.

Erina melihat muka Taehyung yang berambut perang muda itu. Entah bila dia tukarnya. Wait. Bukan muka tetapi mata dia. Erina nampak keikhlasan dalam sepasang mata itu.

"Okay saya maafkan tapi satu je saya nak pesan kat awak. Lain kali, cuba senyum walaupun orang yang awak tak kenal, orang yang awak tak suka. Nak tahu kenapa? Dengan senyuman lah dapat buat orang selesa dengan kita. Tapi dalam masa yang tertentu je lah janganlah orang tengah kene kejar dengan penjahat awak senyum je itu tak pandai namanya" jelas Erina panjang lebar.

Taehyung memandang mata Erina dengan kekaguman. Siapa sangka? Seorang perempuan yang lebih muda daripadanya ceramah depan dia. First time kot. Akhirnya, Taehyung tersenyum kecil dan menghulurkan tangan untuk bersalaman sebagai tanda kemaafan dan persahabatan?

Erina yang melihat segera meletakkan tangan kanannya ke dada dan menunduk sedikit sambil tersenyum.

"Saya orang Islam"

Selepas itu, mereka berdua berborak tentang diri masing-masing. Taehyung juga ada tanya mengapa Erina datang ke Korea tapi Erina hanya menjawab 'sengaja' Dia pun tidak tahu kenapa ibunya suruh dia ke sini. Nombornya juga sudah di block oleh ibunya. Apabila penat bercerita, Erina tertidur manakala Taehyung menonton movie.

Takdir yang membuatkan mereka duduk bersebelahan...










































                                      TAKDIR
masih bosan tapi takpelah 😂
sorry ayat berterabur sangat 😭
vote vote ! 💙

Takdir | KTH Where stories live. Discover now