Erina mengangkat kening menunggu Taehyung menyambung percakapannya."Ismail tu..?"
"Ismail tu yang banyak ajar saya tentang Islam selain Ustaz Fahmi. Bukan tentang Islam je, bahasa melayu pun saya belajar daripada dia." Taehyung menyambung makan. Erina terdiam.
"Maknanya, dia faham bahasa melayulah?" Erina bertanya. Taehyung hanya membalas dengan anggukan. Tiba-tiba Erina tersenyum lebar. Crush faham bahasa dia!
"Kenapa tersengih-sengih pulak?" Taehyung berkerut memandang Erina. Jelas nada cemburunya. Erina hanya menggeleng lalu menyambung makan. Suasana di situ hanya kedengaran bunyi orang mengunyah dan menghirup sup sahaja.
"Tadi Chaerim noona bagi barang awak. Tu." Taehyung menunjuk ke arah ruang tamu. Erina melihat ada sebuah beg kertas berwarna hitam di atas sofa.
"Apa tu?"
"Tak tahu. Dia tak bagi tengok." Taehyung jawab bersahaja. Erina yang sedang berkerut makin berkerut mukanya. Agak-agaknya, apalah barang itu? Kalau nak kata hadiah hari jadi, lambaaaat lagi.
Selesai sahaja mengisi perut, mereka mengemas meja bersama-sama. Taehyung berlalu ke ruang tamu untuk berehat seketika manakala Erina ingin membersihkan diri di dalam bilik bersama barang yang diberi oleh Chaerim. Perasaan ingin tahu itu semakin meninggi.
Erina duduk di birai katil. Dia menghembus nafas sebelum mengeluarkan sebuah plastik hitam dari dalam beg kertas itu. Entah mengapa, hatinya berdebar semacam. Entah-entah santau? Ish!
"Hah?" Erina ternganga. Mimpi apa pulak Chaerim ni nak bagi dia baju kelawar?
Baju kelawar yang berwarna ungu tua bercampur dengan ungu muda itu ditiliknya. Cantik. Erina mengemas segala plastik yang bersepah itu lalu berlalu ke bilik air bersama baju kelawar pemberian Chaerim. Tidak lupa juga tuala yang tersangkut.
Bukan biasa-biasa nak tidur pakai baju kelawar kat Korea. Hahahah!
\\\\
Erina keluar dari bilik air dengan muka yang keruh. Kenapa? baju kelawar yang diberi oleh Chaerim sangat longgar ye anak-anak! Sudahlah longgar, senteng pulak tu. Separas betis dan lengannya. Bahagian leher jangan cakap lah, jenuh dia duk angkat-angkat taknak bagi jatuh dan mendedahkan collarbone nya yang cantik itu.
Matanya tertancap pada figura yang sedang duduk bersandar di atas katil. Rambut yang serabai dilengkapkan lagi dengan cermin mata elok terletak di atas kepala. Taehyung yang sedang tekun membuat kerja di laptop diperhatikan. Hensem rupanya mamat ni. Eh.
"Awak tengah buat apa?" tanya Erina sambil menyangkut tuala. Kakinya melangkah ke arah katil dengan kening yang terangkat.
"Baju apa ni?" Taehyung membalas dengan soalan. Erina dipandang atas bawah dengan muka yang susah nak dijangka.
"Nama baju ni baju kelawar. Baju tidur ni memang famous kat Malaysia." Erina mengangkat baju yang jatuh ke bahunya. Haih dah serupa macam off-shoulder punya baju.
"Ni yang Chae noona bagi?" Erina mengangguk sebelum menarik lagi kain yang jatuh ke bahu. Stres pulak dibuatnya.
Pergerakannya terhenti apabila Taehyung memegang tangannya yang sedang bergerak tadi. Mereka saling bertatapan. Erina terhanyut dengan sepasang mata milik Taehyung sehingga tidak sedar yang Taehyung sudah menjatuhkan tangannya ke bawah. Diikuti sekali dengan baju itu.
"Okay dah macam ni. Seksi." Taehyung tersenyum senget membuatkan pipi Erina menjadi tomato.
"Awak buat apa ni?" Erina menukar topik. Parah lah kalau cakap pasal baju dia lagi.
YOU ARE READING
Takdir | KTH
Fanfiction"Kalau awak kata takdir kita memang dah ditetapkan sebelum kita lahir lagi, macam mana pulak dengan orang-orang yang bunuh diri tu?" - Taehyung "Takdir dan qada' qadar sama maksud. Qada' dan qadar terbahagi kepada dua. First, qada' dan qadar yang m...