Tok tok!Pintu dikuak dari luar dan terpacul wajah lelaki itu dengan ceria. Namun wajahnya berubah tatkala melihat Erina yang masih tidak membersihkan diri dan menukar pakaian yang dibeli olehnya.
"Sayang, kenapa tak mandi lagi?" lembut lelaki itu bertanya.
"Jangan panggil aku sayang lah! aku geli." jerit Erina sambil mencampak sebuah bantal ke arah lelaki bangsat itu.
Bantal tersebut terkena dada lelaki itu menyebabkan dia melangkah ke arah Erina. Perempuan itu kekal rapat di dinding. Takut jika lelaki itu naik tangan kepadanya.
Dengan sepantas kilat tangan lelaki itu naik mencengkam rahang Erina. Tidak terlalu kuat namun cukup untuk membuat perempuan itu terasa sakit.
"Lepas!" kaki Erina tidak sempat untuk naik menendang lelaki di hadapannya apabila sebelah lagi tangan lelaki itu menahan kedua belah kakinya.
"Abang nak Erin tukar baju. Baju ni buruk, tak sesuai dengan Erin. Mandi dan tukar baju. Faham?" jelas dan penuh dengan ketegasan.
Erina dengan susah payah menganggukan kepalanya. Setelah itu, lelaki itu menurunkan tangannya ke sisi. Wajahnya bertukar ceria semula. Erina yang melihat emosi lelaki itu juga berasa takut.
"Abang belikan baju mahal ni khas untuk Erin tau! dah lama abang simpan baju ni hanya untuk tengok Erin pakai. Cantik kan?" soalnya sambil mengeluarkan sehelai baju dari dalam beg plastik berjenama itu.
Terbeliak terus mata Erina apabila melihat sehelai lingerie berwarna hitam di tangannya itu. Terasa sesak nafasnya jika dia memakai baju itu dan buat free show di hadapan lelaki bukan mahram. Seksi nauzubillah!
"Erin mandi ya? Abang nak tidur kejap. Malam nanti nak guna tenaga banyak.." kata lelaki itu dengan nada yang boleh membuat bulu roma Erina menegak. Jari telunjuknya naik mencuit dagu perempuan itu sebelum beredar.
Sekali lagi air mata yang bertakung di tubir mata pecah dan mengalir di pipinya. Erina terduduk sambil teresak-esak. Kenapa? kenapa Allah uji dirinya sebegini sekali? Tiada yang dia mahukan selain Taehyung sahaja sekarang ini.
"Ya Allah, kuatkan hambaMu ini..."
\\\
Aniq mendongakkan kepalanya sambil melihat anak tangga tersebut. Dia mengeluh kecil apabila dia terpaksa memanjat tangga ini lagi untuk meminta maaf kepada pelanggannya hari itu. Bos dia yang memaksa untuk berjumpa semula dengan pelanggan itu dan memohon maaf secara bersemuka.
"Aduh! harap-harap dia tak mabuk lah kali ini" bisik Aniq dengan penuh berharap.
Sepanjang mendaki anak tangga itu, Aniq berdoa di dalam hati supaya Allah permudahkan segala urusannya. Jarang-jarang Aniq takut dengan yang sama jenis! semoga dirinya tidak dinodai lagi.
Tangannya terhenti seketika sebelum menekan loceng. Sempat dia berdoa buat kali terakhir sebelum menekan loceng sekali. Entah mengapa jantungnya berdegup kencang. Takut lain macam ni!
Pintu dikuak perlahan dari dalam dan Aniq sudah pasrahkan segalanya. Bismillah!
Aniq tidak sempat untuk membuka mulut saat melihat seorang wanita di hadapannya. Terbeliak matanya lagi apabila wanita itu merupakan Erina.
"Rin?"
Erina terus mengangkat jari telunjuknya ke bibir supaya Aniq tidak bersuara. Dia menutup pintu dengan penuh cermat. Risau kalau lelaki itu terjaga dari lenanya. Setelah itu, cepat-cepat Erina menarik lengan baju Aniq dan berlari ke arah motor lelaki itu.
"Erina? macam mana Rin boleh ada kat dalam rumah tu? siapa lelaki tu?" bertubi-tubi soalan yang ditujukan namun ringkas sahaja jawapan daripada Erina.
"Saya terangkan semuanya kat balai nanti."
Mata Erina sesekali melihat ke arah tangga. Takut jika lelaki itu terjaga dari tidurnya dan mungkin Erina tidak dapat meloloskan diri lagi. Namun dia berasa lega apabila tiada kelibat lelaki itu sehinggalah motor Aniq bergerak keluar dari kawasan perumahan itu.
Alhamdulillah!
///
Perlahan-lahan pintu dikuak dari luar. Taehyung melangkah masuk ke dalam rumahnya dengan kaki kanan. Dahinya berkerut apabila rumah itu gelap-gelita seperti tiada orang.
"Erin?"
Taehyung membuka lampu utama dan kakinya melangkah ke arah bilik tidur. Juga kosong. Sempat juga dia melihat ke dalam bilik air dan almari. Berfikiran bahawa isterinya itu ingin membuat kejutan. Namun hampa.
"Sayang?!" sahut Taehyung dengan nada yang lebih tinggi.
Dia berdiri kaku di tengah-tengah ruang tamu itu. Taehyung cuba untuk menenangkan diri dengan berfikiran positif.
"Mungkin Chaerim bawa Erin ke rumah dia kot.." katanya perlahan sambil menganggukan kepala.
"Dan sebab tulah Chae noona call tadi. Yes!"
Taehyung menghempaskan badan ke atas sofa itu dengan senyuman di bibir. Kenapalah dia tidak terfikir perkara itu sejak awal tadi? maklumlah IQ dia lebih rendah daripada Namjoon.
Ding dong!
Beberapa minit kemudian, loceng rumahnya berbunyi. Taehyung yang sedang menonton drama di televisyen segera bergerak menuju ke arah pintu rumah dengan senyuman yang lebar. Sempat dia memperbetulkan rambutnya yang agak serabai sebelum membuka pintu.
Serta-merta senyumannya mati tatkala wajah lelaki yang tidak disukainya menyapa pandangannya. Taehyung tidak sempat bersuara apabila kelibat Erina muncul dari belakang Aniq dan terus memeluk tubuhnya.
"Kau buat apa dengan isteri aku?" soal Taehyung sambil merenung tajam anak mata Aniq. Pandangan yang penuh dengan dendam.
TAKDIR
bismillah. chap yang hilang now author dah buat yang baru. hopefully korang boleh terima yang baru ni since author rasa yang lama lagi best sebenarnya 😭
YOU ARE READING
Takdir | KTH
Fanfiction"Kalau awak kata takdir kita memang dah ditetapkan sebelum kita lahir lagi, macam mana pulak dengan orang-orang yang bunuh diri tu?" - Taehyung "Takdir dan qada' qadar sama maksud. Qada' dan qadar terbahagi kepada dua. First, qada' dan qadar yang m...