⚜️ BAB 55

71 5 5
                                        




"KELUAR makan?" soal Aira dengan kening yang berkerut.

Ali ni memang sah dah kena sampuk dengan jembalang. Jarang betul dia mengajak keluar makan, selalunya Mak Limah yang akan memasak sepanjang Aira menetap di rumah mereka. Adalah sekali sekala Ali yang bertukang di dapur itu. Tetapi tak adalah selalu dapur berasap disebabkan dia.

"Ali nak makan apa nak? Jarang betul kita nak makan luar ni, kamu baru dapat gaji ke?" soal Mak Limah pula.

Ali hanya diam sambil mengunyah buah mangga yang dikupas oleh Aira. Mereka sekarang sedang berehat di pangkin depan rumah. Buah mangga yang masak itu pula dipetik oleh Ali dari pokok yang mereka berteduh itu. Memandangkan lelaki itu yang petik, maka Aira terpaksalah tolong kupaskan sebab dia pun nak merasa mangga tu juga.

"Pak Abu bagi gaji seminggu sekali mak. Tapi kali ni banyak pula, katanya boleh bawa mak makan luar sekali. Bukan selalu kita keluar makan."

Mak Limah mengganguk. Dia juga turut sama mengambil seulas buah mangga yang telah dipotong lalu disua ke mulut.

"Nak, nanti biar mak pulak kupaskan. Kesian kamu tak makan dari tadi sebab kupas buah mangga," ujar Mak Limah setelah seulas mangga tadi selamat ditelan olehnya. Aira senyum sedikit sebelum menggeleng.

Setakat kupas buah mangga, apalah sangat.

"Biarlah mak, Aira kupaskan. Sekali sekala dapat rasa buah mangga yang orang lain kupaskan, apa salahnya?" celah Ali sambil tersengih.

Muka Aira dipandang sekilas sebelum satu ulas lagi buah mangga diambil dan dimakan. Dia tersenyum lebar bila mangga manis tersebut selamat berada di dalam mulutnya.

"Awak cakap kita nak keluar makan. Bila tu?" soal Aira pula.

"Malam ni," ringkas jawapan Ali tanpa selindung. Aira hanya menggangguk perlahan.

Aira pandang Ali di sebelahnya yang sedang berbaring mengiring sambil menongkat tangan kirinya. Kaki kirinya naik pada lutut kaki kanan sambil bergerak-gerak. Lagak orang senang hati betul.

"Ceria nampak."

Kening Ali terangkat sekejap sebelum wajah Aira pula dipandangnya. Sekarang pisau telah bertukar tangan ke Mak Limah. Itu bermaksud Aira sudah tidak mengupas buah mangga yang mereka sedang makan. Patutlah lain semacam hasil potongannya.

Ali berdehem sedikit sebelum satu senyuman tersungging pada bibirnya.

"Mestilah, orang baru dapat gaji kut. Kau pun patut gembira, boleh makan luar nanti. Bukan selalu aku nak ajak makan luar," balas Ali.

"Kita nak naik apa keluar tu? Kenapa tak makan petang je? Malam-malam kedai mana aje yang buka kalau di area sini?"

Ali lepaskan keluhan kecil. Aira dan soalan-soalan klisenya.

Tak boleh ke kalau dia ni ikut je, jangan banyak tanya? Monolog Ali sendiri.

"Aku pinjam kereta saga Pak Abu nanti lepas balik masjid. Aku nak bawa tu makan char kuetiau, biasanya kedai tu buka malam je. Asal? Kau tak nak ikut ke?" tanya Ali dengan wajah yang tegang.

Aira angguk perlahan. Tak berani nak bertentang mata dengan Ali. Mood lelaki tu bukan boleh kira. Kadang-kadang macam orang perempuan yang tengah datang bulan!

***

"Sayang nak pergi mana tu?" tegur Syah.

Langkah Aira terbantut di depan pintu rumah. Kepala ditoleh ke arah punca suara yang baru saja menyapa dia. Syah sekarang sedang duduk di ruang tamu sambil menonton televiyen bersama adik lelakinya.

Sweet ChocoCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang