Cerita ini hanya rekaan semata-mata tidak ada kena-mengena dengan yang hidup dan yang sudah mati.
Cerita ini juga adalah fanfiction dari beberapa manhwa seperti Who made me princess, your throne dan lain-lain tapi telah diubahsuai oleh penulis.
~~~~ °°•°° ~~~~
"Hello, Nael. Kenapa?" Soal Melissa setelah mengangkat panggilan telefon sambil mengambil air minuman yang dipesannya sebentar tadi.
"Oh, nothing. Saya cuma mahu berbual dengan awak." Balas Nael.
"Aw, rindulah ni. Tak apa dua minggu lagi kan kita kahwin."
"No, I mean, yes. I miss you but I feel something will happen to you."
"It's okay, Nael. I will be fine."
"Ya, you right. I love you."
"Love you too, bye!"
"Bye, Melissa."
Melissa menyimpan kembali telefonnya ke dalam beg lalu berjalan sambil menghirup air. Matanya memandang kiri dan kanan, melihat sekiranya terdapat kereta yang sedang melalui jalan raya. Apabila tiada, dia mula melangkah diatas garisan hitam putih jalan tar itu.
Namun entah mengapa sebuah kereta berwarna biru meluru laju kearah Melissa. Apa yang dia dengar selepas itu ialah bisikan-bisikan orang yang berada disekitar serta seseorang sedang memegang pergelangan tangannya sebelum pandangannya perlahan-lahan menjadi kabur dan menggelap.
***
Melissa cuba untuk membuka matanya. Walaupun begitu pandangannya kelihatan sangat kabur. Tidak lama itu, dia terdengar pula suara beberapa orang wanita sedang bercakap dengan nada yang gembira.
"Tuanku, ianya lelaki." Kata seorang wanita sambil menyerahkan seorang bayi yang sudah dibersihkan dan dibalut kepada wanita yang sedang berbaring.
Wanita itu atau dikenali sebagai Permaisuri Serena de Reinhold memandang anak lelakinya yang telah pun berada dikedua lengannya. Matanya mula melembut. "Beta mahu raja sendiri yang menamakan anak beta." Kata Serena.
"Ya, baiklah tuanku. Patik akan beritahu berita gembira ini kepada yang mulia raja dengan segera." Balas salah seorang wanita yang berada disitu lalu dia pun melangkah keluar dari bilik itu selepas meminta izin.
Serena hanya mengiyakan sahaja kata-kata tersebut sambil diperiksa oleh doktor diraja.
Sementara itu difikiran Melissa, apa yang berlaku? Kenapa aku rasa aku macam didukung-dukung ini? Aku rasa ringan. Aku jadi...bayi ke? Tak mungkinlah. Banyak sangat baca novel ini. Mungkin lagi bagus aku tidur agaknya. Good night...
~~~~ °°•°° ~~~~
350
17.5.2021
YOU ARE READING
The Royal Siblings
FantasyApabila Melissa membuka matanya, dia terus berfikir, 'Eh, tadi bukan aku kena langgar dengan kereta ke?' Tidak lama kemudian baru dia tersedar, dia berada didalam sebuah novel yang baru sahaja dihabiskannya sebelum dia dilanggar. Mungkin itu salah d...