Chapter 64: Menari dengan...

123 21 8
                                    

"Freya, awak tak apa-apa ke?" Estelle bertanya tatkala terlihat rakannya tersenyum-senyum sejak dari tadi.

Freya membuka kipas tangan untuk menutup separuh wajahnya. "Oh, tak ada apa-apalah. Cuma..."

"Dia baru sahaja dapat menari dengan putera mahkota sebentar tadi." Belle memberitahu.

"Ah, patutlah. Well, tahniah Freya. Impian dari dulu awak tercapai juga akhirnya."

Freya segera menutup kembali kipasnya. "Jadi apa kata kita minum untuk meraikannya?" Soalnya teruja.

"Ya, boleh saja..."

"Disini rupanya kamu, Cik Estelle."

Suara seorang lelaki mengejutkan ketiga-tiga wanita itu lalu mereka menoleh untuk melihat gerangan siapakah orang yang menegur mereka.

"Putera mahkota?!" Soal Freya, terkesima.

Louis tersenyum janggal. "Oh, adakah beta mengganggu kamu bertiga?"

"Tidak, sudah semestinya tidak." Sekali lagi Freya membuka kipas tangan untuk menyembunyikan wajahnya.

"Begitu, baguslah. Jadi..." Louis mengalihkan pandangannya kearah Estelle. "...kalau tak kisah, bolehkah kita berbual sebentar?"

"Um..." Estelle mengerling kembarnya yang mengangguk-anggukkan kepala lalu dia menjawab, "Jika itu yang tuanku hajatkan, patik tidak kisah."

Louis mengekalkan senyuman di wajahnya sambil menghulurkan lengannya. "Mari." Selepas melihat Estelle meletakkan tangan di lengannya, mereka berdua pun mula berjalan menyusuri orang ramai. Kemudian, dia berhenti dihadapan seorang pelayan yang sedang membawa air. Dua gelas air diambilnya lalu diberikan satu kepada Estelle.

Untuk seketika Estelle teragak-agak tetapi selepas mendengar yang ianya bukan alkohol dia pun mengambilnya. "Ada apa tuanku ingin berbual dengan patik?" Dia menyoal setelah agak lama mereka berdua berdiam diri.

Louis mendekatkan dirinya dengan Estelle lalu merenungnya dan tersenyum sendiri. "Beta sebenarnya ada sesuatu yang ingin ditanyakan, tetapi beta tak pasti jika kamu akan menjawabnya dengan jujur."

Jari telunjuk Estelle menyentuh bibirnya sendiri. "Tapi kalau tuanku tak tanya, tuanku tak akan tahu."

"Ah, begitu." Putera itu mengundurkan dirinya. "Jadi, beta akan bertanya. Apa yang kamu lakukan dikedai jam hari itu?"

Lembut sahaja suara putera itu kedengaran di telinganya. "Hurmm." Estelle tidak tahu mahu memberitahu terus terang atau tidak, oleh itu dia cuma memberikan gaya seperti sedang berfikir sahaja. "Tuanku fikir?"

"Beta fikir..." Sekali lagi Louis maju kehadapan dan membisikkan, "...ada sesuatu yang kamu lakukan disitu, betul bukan?"

"Sudah tentu tuanku." Dengan senyum mesranya dia membalas. "Ianya adalah sebuah kedai jam, apalagi kita akan buat jika ke sana?" Gelasnya yang sudah tidak berisi diletakkan ke tepi. Tatkala dia menoleh ke kiri, matanya terbeliak seketika sebelum berkata semula dengan agak kekok. "Uh, um, rasanya patik mahu menghirup udara segar sekarang."

"Hmm?" Louis tertanya-tanya lalu dia mengerling ke arah yang dilihat oleh wanita itu tadi. Tiada sesiapa yang sepatutnya perlu dirisaukan oleh Estelle, cuma beberapa orang bangsawan dan Hubert serta Duke Robert yang sedang berbual sahaja. Itu apa yang difikirkan olehnya. "Ah...hurmm." Kemudian dia segera memegang tangan Estelle sebelum wanita itu melangkah jauh darinya...,

"Huh? Tuanku?"

...dan sekelip mata mereka telah pun berada ditempat lain.

Estelle memandang sekeliling. "Ah, kita ditaman." Lalu dia memalingkan kembali wajahnya ke arah putera itu. "Kenapa kita disini?"

The Royal SiblingsWhere stories live. Discover now